Baby dengan mama nak balik
Dalam pukul 8am, selepas anak lelaki aku naik bas sekolah, isteriku call suruh datang ambil dia petang nanti. Apa lagi, habiskan baju yang perlu dibasuh dan plan dengan anak-anak aku yang lain.Dalam pukul 12, anak lelaki aku balik. Aku ajak gi masjid solat jumaat, terus naik atas mandi tukar baju. Aku tukar suruh dia pakai baju sekolah tadi, dia naik tukar baju untuk main dan cakap tak nak pergi pula.. huk aloh... tak pe lah.. aku pun tak pening nak mengatur semua... cuma sayang sikit sebab dah bersemangat tadi tapi dilunturkan oleh aku lak.. hmmm...
Sampah kat hospital!! |
Lepas solat jumaat, aku terus gerak ke hospital sungai buloh.
Baby balik rumah
Sorang je |
Sampai je kat wad, nurse bagi borang biru suruh pergi bayar dulu. Aku gi kaunter hasil. Lama juga menunggu. Dalam dok tunggu tu ternampak satu majalah yang salah satu tajuk artikelnya tak bagus langsung (tak menyihatkan minda).
Agak-agaks sesuai ke letak kat hospital? |
Lama juga le menunggu sebab seorang je staff dia. Yang lain tak masuk lagi.. huh...
Tunggu abah selesai bayar... ye ye nak balik |
Dalam pukul 4, dah clear... Jom balik...
Soffiya namanya
Sampai rumah, bagi dia orang rehat dulu. Wife aku pun tak leh gerak. Kena papah. Siap jatuh lagi uri dalam perut tu.. (dan esoknya jatuh lagi uri.. doktor kat hospital tak buat betul ni... lepas tu tak periksa betul sebelum discharge) ... Lepas tanam uri yang baru jatuh (semalam dah tanam dah) aku tak pergi ambil anak lagi. Lepas solat, pergi makan, baru ambil anak-anak.Sedapnyer tidur kat tilam.. (tapi lepas tu mama letak tilam tepi sebab bau kucing) |
Mulanya akak tak setuju, tapi lepas aku cakap, kalau Aishah, dua bunyi je.. tak sama dengan mama, kakak, dan syasya.. baru lah dia setuju...
Bos melawat
tidur je kerjanya |
Soffiya - Khamis (6.25pm), 04 October 2012
No comments:
Post a Comment