Wednesday, December 3, 2014

Kalau kereta susah nak start - Cara mudah sebelum hantar mekanik

Sekadar ingin berkongsi pengalaman baru yang saya belajar dari bapa mertua dan abang ipar saya. Semalam kereta isteri tak boleh start. Pada saya yang cetek ilmu kereta ini, sama ada bateri ataupun starter pin dah blow.

Lepas godek sekejap, saya tanya bapa mertua saya. Mulanya kita orang guna jumper dan cuba start. Namun hasilnya tiada. Kemudian abang ipar saya datang dan ketuk starter sedikit. Selepas itu, guna jumper semula... dan terbaek.. kereta boleh start semula.

Contoh starter kereta
Lokasi starter kebanyakan kereta

So kengkawan, kalau bateri masih elok, dan yang lain ok, cuba ketuk sedikit starter kereta tu. :)