Monday, September 8, 2008

Perkeso patut ringankan beban orang bukan susahkan

Setuju sangat dengan saranan Dr Subramanian (Menteri Sumber Manusia) berkenaan kelonggaran oleh Perkeso untuk pekerja yang terlibat dalam kemalangan yang tidak melalui jalan sepatutnya ketempat kerja (melalui lencongan atau jalan lain) atau keluar makan dari kawasan tempat kerja.

Bayangkan jika seseorang itu tinggal di satu kawasan yang mempunyai pelbagai cara atau jalan untuk sampai ke tempat kerjanya, apakah menjadi kesalahan padanya kerana tidak mengikut jalan yang menjadi kebiasaannya jika dia cuba mengelak kesesakkan jalan atau cuba berjimat dengan melalui jalan yang singkat dan mudah? Apakah menjadi kesalahan jika dia memasuki satu lorong sebentar untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ketempat kerja? Adakah menjadi kesalahan jika dia keluar makan, sedangkan di kawasan kerjanya ada disediakan makanan (tetapi sudah tiada pilihan kerana dia keluar lewat)?

Sepatutnya, Perkeso tidak boleh meletakkan syarat sebegitu. Andaikan seseorang itu tinggal di Rawang. Kebiasaannya dia menunggang motosikal dari Rawang ke tempat kerja di KL melalui Lebuh Raya PLUS dan pulang melalui jalan yang sama. Tetapi, ada ketika dia perlu pulang melalui Templer Park kerana singgah di pasar borong selayang untuk membeli barang. Adakalanya juga dia terpaksa menaiki komuter kerana hari hujan. Andai dia kemalangan kerana melalui Templer park atau menaiki komuter, maka jika ikut takrifan Perkeso, dia tidak boleh 'claim' perkeso. Tapi logik ke tidak takrifan perkeso itu, jika tujuan orang itu ialah mengelak kesesakan, hujan, banjir dan seumpamanya dan dia masih bertujuan asal yakni pergi dan pulang dari kerja?

Inilah masalah didalam perkhidmatan yang tidak telus dan tidak cekap serta tujuan baik tapi disalah gunakan hingga menyusahkan pencarum-pencarum dalam perkeso semua. Apakah motif dan sebab Perkeso begitu menyusahkan untuk keluarkan duit tapi begitu rakus meminta orang mencarum kedalamnya, tiada siapa yang tahu melainkan orang-orang tertentu sahaja.

Kepada Dr. Subramaniam, teruskan tugas anda dalam menjaga kami @ pekerja @ sumber manusia ini semua dari menjadi mangsa mereka yang rakus.

Konsortium tak pernah serik

Baru je senyap sekejap kes bas konsortium ni, ni dah kena balik. Memang syarikat ni perlu digantung seumur hidup, bukan setakat sebulan je. Ahli lembaga pengarah atau pemilik dia dan sekutunya patut diharamkan terus dari terlibat dalam perniagaan jenis ni. Yang menghairankan pula tu, setelah terjadi barulah kecoh bas ada 14 saman dan pemandu ada 13 saman serta waran tangkap. Macam mana bas dan pemandu yang ada waran boleh berada diatas jalan raya dan membawa bersama penumpang lagi? Kemana perginya POLIS dan JPJ? Kenapa tidak ditangkap @ ditahan mereka ini yang sememangnya membahayakan penumpang dan juga kenderaan lain dijalan raya? Kenapa sibuk dengan tali pinggang belakang yang tidak mengurangkan kemalangan tetapi tidak sibuk melakukan pemeriksaan keatas kenderaan dan pemandu yang sememangnya boleh bukan sahaja mendatangkan bahaya pada kenderaan lain dan penumpang, malah menyebabkan kemalangan?

Dulu bising sekejap, lepas tu senyap.... sekarang gendang yang sama berbunyi lagi... lepas sebulan senyap la tu... Sampai bila nasib pengguna akan jadi begini? Tak kan nak tunggu laporan atau aduan atau dah jadi baru nak bertindak. Jadilah 'PROAKTIF' sedikit. Ke nak Pak Lah turun padang gak, merasa keperitan beli tiket bas dan naik bas express baru nak bertindak?

Setiap kali budget, mesti ada peruntukan untuk menaik taraf pengangkutan awam seperti Monorail, LRT, bas, dan lain-lain. Tapi setiap tahun juga peruntukan itu entah kemana kerana taraf pengangkutan awam masih ditakuk lama. Tiada ketepatan masa, masa perjalanan tidak menentu, tidak selesa, harga tidak setimpal dengan perkhidmatan, berbau hapak (bas metro dan bas mini), pemandu yang kurang ajar, tidak mengikut arah laluan yang sepatutnya, dan bas yang tidak diselenggara dengan betul (keluar asap hitam, aircond selalu rosak, bau busuk, dll).

Hmmm.... Apakan daya, kami hanya penumpang @ pengguna, ada kuasa membeli tapi tiada kuasa menawar dan mengugut. Tidak seperti penyedia perkhidmatan itu... Kami hanya berharap....

Sukan lasak depan rumah dibulan puasa

hehehe... seminggu ni hujan lebat. Laman kat depan rumah jadi lecak. Memandangkan aku tak sempat tanam rumput lagi (pulus tak de) maka banyak le lopak dan lubangnya. Pagi semalam, isteri cuba reverse kereta dan masuk ke kawasan laman. Nak buat u-turn, tetiba tersangkut pada salah satu lopak yang dalam, terus sangkut. Apa lagi, pagi tu aku jadilah peserta kembara 4WD rainforest challenge. Pening gak cari penyelesaiannya. Susah oooo... Cari orang nak pinjam tali pun susah gak. Last-last, gi kedai beli sendiri, puas hati. Senang tak payah meminjam dah. Pukul 1 baru semuanya selesai. Kereta isteri berjaya ditarik oleh kereta aku (yang hampir kena jual). Hmmm... masih ada gunanya juga proton wira tu ye...

Berbaris dalam MOSTI

Tanggal 31/08/2008 ... pertama kali dalam sejarah, saya berbaris di perbarisan Hari Merdeka. Seronok juga berbaris ni... Walau pun penat tapi gembira... hehehe dapat le satu sut pakaian free... boleh pakai g opis... tapi kesian gak kat keluarga. Seminggu isteri saya susah amik dan menghantar anak sebab saya pergi awal untuk raptai. Kesian juga pada anak-anak yang tak tengok abah dia nie seminggu... Pergi dia org tengah tidur, balik semua dah tidur.