Tuesday, March 12, 2013

Fun @ Kidzania

Ini berlaku tahun lepas... Semasa aku cuti panjang untuk mengemas bilik dan memasang almari dari Ikea. Baru sekarang dapat gambar semua.

Dr Idlan (Pakar Nutrisi)
Kepada yang ada anak, digalakkan bawa anak anda ke KidZania. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan. Dan paling penting, mereka belajar bagaimana susahnya ibu-bapa kerja mencari rezeki bagi mereka makan :).

Anak-anak boleh jadi bomba, polis, ahli kimia, doktor, dan pelbagai lagi :). Siap dapat duit bila dah habis satu pekerjaan dan boleh digunakan untuk beli makanan disitu. Cuma duitnya boleh digunakan disitu sahaja aaa...

Anak aku hanya buat 2 kerja je... satu jadi ahli kimia sebab suka minum vitagen...
Dr Athirah (Pakar Nutrisi dan Model sambilan)
Dengar ye adik semua... ini cara buat vitagen...

Betul ke tu? ada nak tambah pape perasa?
Dah... simpan kat tempat sejuk
Ha... mai semua beratur amik gaji...


Dalam banyak kerja.. masuk penjara gak korang pilih.. huh... 
Satu lagi... tengok je lah kat gambar tu.. tak tau nak kata apa dah... huhuhu. kakak dengan muka tak puas hati.. Idlan maintain cute dlm tu... syasya je dengan penuh bersalah mukanya.. huhuhu.. handal sungguh anak aku berlakon... sabar je lah...

Gaji time... :)
Cuma.. kalau nak anak anda enjoy, bawa masa bukan cuti sekolah.. lama sikit spend masa kat situ dan kurang orang, maka peluang nak cuba tu banyak la. Lagi satu, kanak-kanak dibawah 12 tahun kalau silap, kena ada penjaga sekali (1 to 1)... so kalau ada 3 orang anak, susah sikit la, melainkan ada sedara boleh membantu. :)

p/s: lambat update sebab baru dapat gambar... and sori lah.. tukang amik gambar ialah amatur (den masa tu shopping kat ikea)... :)