Wednesday, May 29, 2013

Menjalani kursus NTSP di NIOSH

Semalam, aku attend kursus NTSP (NIOSH TNB Safety Passport) di NIOSH, Bandar Baru Bangi. Pasport ini diperlukan oleh sesiapa sahaja yang menjadi kontraktor @ supplier @ vendor untuk TNB dan perlu memasuki kawasan pencawang TNB (restricted area).

Lepas semua staf aku pergi, kini tiba giliran aku pula. Ada dua sesi soalan. Yang pertama sekadar untuk melihat sejauh mana pemahaman seseorang sebelum kursus, manakala exam yang sebenar ialah selepas kursus tamat, iaitu di penghujung hari.

Dan untuk first exam, aku rasa mudah. Cuma ada 3 soalan yang aku sendiri konpius dan tak boleh jawab sebab tak baca buku in-detail.

Kursus sebenar bermula pada pukul 10.30pagi. Ada lebih kurang 25 orang yang kebanyakkannya ialah technician, site supervisor, cableman, wireman, chargeman dan aku seorang je kategori lain :).

Yang aku tak puas hati ialah agak ramai juga bangla yang ada dan ambil kursus itu. Kesemua bangla yang ambil paling kurang 5 tahun di Malaysia dan paling lama ialah 16 tahun... fuuh.. hmmm... kesian pada warga Malaysia yang kerja semakin kurang kerana kini dipenuhi dengan warga bukan malaysia yang bukan sahaja lebih murah, malah tidak ada keperluan untuk majikan bayar SOCSO dan KWSP. hmmm patutlah dia orang bawa masuk ramai... ruginya orang malaysia jika terus bermalasan dan tidak bersungguh kerana mereka itu bersemangat.

Yang aku tak puas hati lagi ialah, kursus jadi lama sebab nak bagi faham bangla yang ada. Paling hebat bila fasilitator suruh tukar tempat bagi membantu bangla ni jawab soalan dan lepas... tension aku. Cuma  aku malas nak bantu. Aku hanya senyum je... Aku bantu warga Malaysia bila dia orang konpius dan tak faham soalan. Yang bukan, aku hanya diam dan tak jawab...

Apa pun, aku nak berkongsi akan kursus yang mudah ini dan sepatutnya ada penambahbaikan juga pada kursus ni iaiatu disistem kan kursus ini. Jawab menggunakan komputer dan bukan stail SPM.. kena hitamkan. Sekarang JPJ pun pakai sistem komputer untuk lesen L. Apatah lagi NIOSH yang sepatutnya lebih advance. 

3 hari lagi aku tahu jawapan sama ada aku lulus atau tidak. Tapi aku agak yakin aku lulus sebab markah lulusnya ialah 12/20 ... kecil dan In Shaa Allah, tak de masalah. Lagipun fhint. Ok la tu :)... Cuma, berdasarkan sesi pertama, aku yakin, In Shaa Allah aku lulus.

asilitator dah bagi

Lepas ni nak ambil NIOSH Oil & Gas Safety Passport pula :).

4 comments:

Anonymous said...

hi, dah pernah tak renew kad niosh tu?

Belasah said...

Ada soalan bocor tak.. sbb aku esok nk pergi kursus tu.. please.. ihihi

Anonymous said...

Gdd

Anonymous said...

Ada contoh soalan ke boss