Sunday, January 13, 2013

Thank you Allah

I was looking at my pictures (captured using mobile phones) at skydrive. Sorting and deleting unwanted pictures to clear my cloud drive :)...
While choosing the pictures to delete... found one which previously was ignore or my hijab was not open to see it... And today, somehow, it appears... thank you Allah for remind me of you.
Wish to share with you the picture and hope you all can have the same feeling... understanding the meaning of Ehsan (Hadith No. 2 from 40 hadith imam nawawi)

Can you see?
 

Wednesday, January 9, 2013

Anak juga boleh menjadi guru, penasihat, dan rakan anda

Mempunyai anak yang bijak adalah idaman setiap ibu bapa. Malah, mempunyai anak yang bukan sahaja bijak, tetapi juga soleh merupakan doa setiap ibu bapa yang mencari redha Allah.

Alhamdulillah, anak aku, walaupun baru berumur 6 tahun, sudah memberi pelbagai nasihat pada abahnya. Mungkin kerana mendapat pendidikan di taska yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Dalam sebulan dua lepas, aku mendapat nasihat berguna, walaupun secara bersahaja dan selamba, tetapi mengingatkan aku betapa aku adakalanya terlupa...

Senario 1
Berlaku didalam kereta ketika menuju ke tempat beli sarapan.
Abah: Buka radio tu idlan...
Idlan: (membuka radio dan kebetulan radio IKIM.fm)
IKIM.fm: (ceramah agama oleh ustazah)... taubat.. adakalanya kita lihat apa yang tak kena pada anak kita, staf kita, dan juga bisnes.. macam-macam usaha dah lakukan, tapi tetap begitu juga. Ya tuan2 dan puan2 sekalian.. mungkin sudah tiba masanya kita pandang belakang dan lihat akan dosa2 yang pernah kita lakukan.. sudahkah kita bertaubat?.... (dan panjang lagi)
Idlan: Taubat tu apa abah?
Abah: Taubat tu rasa bersalah sebab buat salah.. lepas tu minta maaf dengan Allah.. solat taubat...
Anak: Abah dah taubat (dengan muka selamba sambil kedua tangan diletakkan belakang kepala, bersandar pada kerusi sambil pandang ke depan)
Abah: terdiam... tersenyum sambil tengok anak... dalam hati... (terkena den... hmmm kena bertaubat ni)


Senario 2
Juga berlaku dalam kereta
Abah: (Buka radio dan kebetulan radio di hitz.fm)
Anak: (tukar radio tekan nombor 1 ... IKIM.fm)
IKIM.fm: (alunan zikir)
Anak: Titi (Idlan) suka dengar ni... Abah suka tak?
Abah: hehehe.. suka... (hehehehe...)




Senario 3
Masih berlaku dalam kereta .. dalam perjalanan ke masjid
Anak: (masuk dan buka radio... dapat IKIM.fm)
IKIM.fm: (alunan ayat suci Al-Quran)
Anak: Abah bila nak ngaji... asyik ajar kami je... tak pernah tengok abah ngaji pun...
Abah: Abah ngaji tak kan depan kamu...
Anak: ala.. nak juga dengar abah ngaji...
Abah: ye lah ... nanti abah ngaji bagi korang dengar ye.. (dalam hati... kena practice perbetulkan bacaan balik ni)...



hehehehe... itu lah dia... walaupun pedas, tetapi terbaik dalam mengajar kita ibu bapa yang adakalanya (selalunya lah) terleka atas urusan kerja dan peribadi...

Moga anak-anak kita semua diberkati dan menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi ahli syurga Allah.... aaamiiinn.

Monday, January 7, 2013

Projek 'Re-make' Bilik

Setelah berulang kali permintaan dibuat oleh isteri dan anak-anak... dan setelah melihat betapa perlunya pengasingan bilik dilaksanakan segera, maka, pada akhir bulan 12 (selama 5 hari berturut-turut), aku bersama anak-anak melaksanakan projek 're-make' bilik.

Operasi pertama ialah dengan mengukur ketinggian dan keluasan bilik tidur utama. Selepas itu, operasi mencari barang. Aku hantar ketiga-tiga anak aku (Yah, Idlan, dan Syasya) ke Kidzania bersama pengasuh dan anak-anaknya sebagai peneman manakala aku, wife dan baby sofi ke IKEA untuk proses mencari dan membeli.

Proses pertama di IKEA ialah mencari 'design' dan perabot yang sesuai untuk dibuat almari pakaian. Pencarian kami terhenti pada jenama 'Stolmen'. Setelah diukur dan dilihat pada praktikaliti, keputusan terus dibuat dan kami mula mengira dan membayangkan (serta melukis atas kertas .. pada yang ingin buat begini, jgn lupa bawa alat ukur sendiri dan buku nota bersama pensil bagi memudahkan perancangan.. Andai ingin dapatkan bantuan teknikal, boleh sahaja hubungi pekerja IKEA di kaunter bahagian bilik tidur tetapi awas kerana andai ramai orang, anda terpaksa menunggu dan kalau bawa anak, memang tak best la).

Setelah selesai, kita orang turun bawah untuk pilih dan amik... rupanya, untuk perabut besar, anda kena pergi ke kaunter dibahagian tersebut untuk membuat tempahan. Setelah selesai membuat kiraan dan tempahan, aku bayar dan ke kaunter mengambil barang... Selesai pada pukul 3 petang... singgah dirumah mertua untuk ambil 'driller'.

Operasi kedua bermula pada petang tersebut. Perkara pertama yang aku buat ialah membuka dan memasang laci untuk memudahkan pengukuran jarak. Jangan ikut sangat cara pasang di buku yang disertakan, ada yang anda perlu pasang dahulu, jika tidak, susah juga kecuali tangan anda berjari halus.

Operasi kedua disambung pada hari kedua (hari jumaat). Perkara pertama ialah memindahkan almari anak-anak keluar. Selesai itu, aku mula proses mengukur dan memasang struktur tiang. Susah juga nak pasang kerana struktur bilik yang tidak sekata. Ada bahagian yang tinggi sedikit. Ada tempat yang dindingnya kedepan sikit. Struktur pertama mengambil masa hampir 2 jam untuk aku dirikan. Operasi kedua dihentikan dan disambung selepas solat jumaat.

Pada hari kedua ini, aku menggunakan bahagian tempat gantung baju sebagai tanda ukur jarak. Kalau pakai pita pengukur, pasti lari kerana ada bahagian yang struktur tiangnya senget sedikit. Susah juga menyusunnya. Operasi meletakkan struktur tiang (ada 4 tiang) hanya selesai pada pukul 9 malam.

Operasi ketiga pada hari ketiga ialah menyusun laci dan tempat simpanan barang atas. Operasi ketiga terpaksa dihentikan kerana ada bahagian yang kekurangan skru. Aku terpaksa pergi semula ke IKEA. Disana, aku habiskan masa hampir 1 jam kerana menunggu giliran untuk mendapatkan gantian. Setelah dapat 'replacement', aku habiskan 1 jam lagi untuk beli tambahan tiang dan 'drawer' besar. Sampai dirumah dalam pukul 1ptg.

Operasi ketiga disambung setelah makan, solat, dan tidur... hehehe penat ooo... Anak-anak pun dah bising tanya bila nak siap.  Akhirnya operasi ketiga selesai pada petang tersebut. Fuuh.. siap semua... Esok akan bermula operasi hari keempat, yakni proses pemindahan bilik.

Operasi keempat bermula pada hari keempat iaitu proses pindah dan kemas. Aku bermula dengan proses mengemas almari dan memindahkan pakaian aku dan wife ke almari yang baru dibina. Setelah selesai, proses mengosongkan bilik dan membuang apa jua benda yang tidak diperlukan dilaksanakan. Selepas itu, proses memasang semula kipas kerana sebelum ini, yang memasang kipas pasang pada papan nipis.. dan tahap melendut dah. huh... Terpaksa aku panjat bumbung dan pasang kayu keras bersama cangkuk. Setelah selesai, bilik itu dikemas dan dimasukkan almari anak lelaki aku bersama dengan komputernya dan tempat simpanan barangnya.

Selesai itu, aku kemas pula bilik anak perempuan aku, komputer aku terpaksa dipindahkan ke bilik tidur utama bersama printer. Letih juga kerana terpaksa akan seorang diri memandangkan isteri terpaksa masak dan melayan kerenah baby. Operasi keempat selesai.

Operasi kelima, yakni operasi mengemaskini dan menyusun atur semua kelengkapan agar lebih kemas dan proses mengelap dan membuang habuk bermula pada tengahari hari kelima kerana pada paginya, kami ke TESCO untuk membeli-belah barang-barang serta kelengkapan sekolah anak. Banyak juga proses pengemaskinian terpaksa dilakukan. Banyak juga barang dan pakaian dibuang. Ada yang disimpan untuk disedekahkan kemudian hari. Operasi kelima tamat pada petang itu.

Operasi keenam ialah 'check n balance' serta 'reboot' sistem 'network' dan 'wireless printer'. Anak-anak dilatih untuk tidur dibilik mereka. Idlan dan Yah ok, tapi syasya nampaknya kena setahun lagi la tidur dengan mama dia. Huh...

Akhirnya, operasi 're-make' berakhir pada hari ke-enam dengan susun-atur bilik yang baru dan pengasingan anak-anak :)...

Reka, beli, dan pasang sendiri.. puas hati
Bilik anak dara
Pada rakan-rakan yang ada budget 'ciput', boleh pergi ke IKEA dan reka almari dan susun atur bilik sendiri. Di jamin menjimatkan. Almari pakaian yang dibuat kurang dari RM3000 dengan susunan yang menepati citarasa. :)


Bilik hero
Hero dan komputernya
Anak dara bersama komputernya

Thursday, January 3, 2013

My first photography award

After lots of trial... at last, I've won an award.. although it is not that much... but at least, it is another stepping stone for me :)

ds_pix-nl_awards-header

Congratulations Nurul!

The Pixoto community has seen your work and they love it!! So much so that you have won some bling for your profile. Check out your award:
KLCC.jpg#13
in the Top 20% in Buildings & Architecture
for the Day of 1/01/13 · 7 points
You’ve racked up a whopping 7 points!
Points determine your rank in the Pixoto Player Directory so you just made great strides against your competition. You can view your award on your Player Profile page or on the Image Detail page.
Share your good news on Facebook or Twitter to inspire others and reap some well-earned attention for your fine work!
Well done!
Jason, Justin & Scott
Team Pixoto
ds_pix-nl_awards-footer