Monday, October 28, 2013

Cerita seorang insan

Sekadar perkongsian

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ 

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, 

ﻻ ﺇﻟـﮧ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠـَّـﮧ ﻣُـכـﻤَّــﺪْ ﺭَﺳُــﻮﻝُ ﺍﻟﻠـَّـﮧ



【ツ】 Selepas itu dia berkata,

ﻻ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺳُﺒْﺤﺎﻧَﻚَ ﺇِﻧّﻰ


ﻛُﻨْﺖُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻈَّﺎﻟِﻤﻴﻦَ 



【ツ】 Dia menambah sikit lagi,

ﺳُﺒْﺤﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩِ 


ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ 



【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yg sangat besar 


dari ALLAH SWT 


【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?



【ツ】 Orang itu adalah KAMU

Wednesday, October 16, 2013

Salam Eid Adha - Ini kalilah

 15 Oktober 2013 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H 

Salam Eid-Adha pada mak abah, rakan taulan, dan sedara mara sekalian. Tahun ini merupakan kali pertama raya kami sekeluarga agak simple dan diluar kebiasaan. Malahan, jamuan di pagi raya juga pertama kalinya cukup mudah. Ini semua gara-gara aku tidak bercuti dan isteriku juga agak sibuk dengan eksperimennya.

Idlan di Surau (hensem boy)
Pagi raya, aku dah bangun seawal pukul 5.30pagi. Selepas kedengaran azan subuh, mandi sunat dan seterusnya menunaikan solat subuh. Anak-anak masih belum bangun. Kepenatan rasanya. Selepas solat, aku asah le pisau dan parang untuk aktiviti korban hari ni... rasa macam tajam... tapi bila mula melapah... kurang makan... hmmm...

Lepas habis mengasah, aku kejutkan anak-anak... Kali ini, aku hanya bawa anak lelaki aku (the only one) ke surau berdekatan rumah. Sampai kat surau dalam pukul 7.45pagi. Adalah sorang baru. Join saudara Haji untuk sama-sama bertakbir. Lebih kurang 15 minit kemudian, baru beransur penuh surau. Solat sunat AidilAdha disurau dimulakan pada pukul 8.20pagi di imamkan oleh Ustaz Edyanto. Beliau juga baca khutbah raya selepas itu.

Ustaz Edy baca khutbah
Dalam jam pukul 9.05pagi, semua bersurai ke rumah. Sampai je, anak-anak dah lapar. Apa lagi, santap jamuan raya yakni mihun goreng dan air teh o perisa strawberi... Hehehe... Wife cakap nak buat rendang tapi tak sempat beli daging semalam... Ye lah.. dah balik pun pukul 8 malam sampai rumah. Habih tu cam no. Simple je lah... Redha je lah ye.. hehehe

Barisan 8 ekor lembu yang akan dikorbankan
(telah terkorban semasa blog ini ditulis)
Rilek brader (kerbau yang dikorbankan)
Dalam pukul 9.30pagi, aku ke surau untuk join saudara seISLAM berkorban. Aku menyibuk je sebab tak masuk kurban pun. Sekadar membantu menjatuhkan lembu, memegang lembu, dan melapah daging. Dalam pukul 12tgh, habis.. Melantak le kat surau lak. Sempat le jamah nasi lemak surau sediakan. Ada dia orang buat gulai daging, tapi aku dah tak sempat tunggu.

Elok-elok azan zohor, edaran daging pada peserta pun dah habis, dia orang bagi pula pada petugas. Hmm.. Dapat le dalam 2 - 3 kilo rasanya (daging + tulang). Tidak mengharap.. tapi orang bagi tidak menolak.. kui kui kui kui...

kat school mama
Aku bergegas balik lepas habis.. mandi dengan selambanya diluar (tapi tak bogel aa).. Lepas solat, kita orang sekeluarga bergerak ke Lembah Keramat. Ingat nak beraya sana sebab mertua dah call wife sebelumnya suruh bawa anak-anak. Elok je sampai, dia orang tak ada. Mungkin lama tunggu, maka dia orang pergi beraya di rumah sedara mara yang lain.... hmmm... Terpaksalah bawa anak-anak beraya di UKM, kampus KL. Wife kena buat eksperimen lagi dan tengok specimen hidup ke mati.... so, ada lah dalam sejam lebih berkampung kat situ... sedih oooo bila hari raya dok macam tu... hahaha... tapi nasib baik anak-anak enjoy je.
Di school mama
Tunggu mama habis buat eksperimen

Cool Sofi
Habis buat kerja, melepak di Subway Jusco AU2 untuk makan tengahari. Pertama kali raya dengan makan sandwich je.. hahaha... mesti aku tak lupa nya la. Yang penting anak-anak enjoy... Lepas makan, ingat nak singgah rumah mertua, tapi dia orang belum balik lagi... So balik lah kita orang ke rumah.

Melantak kat Subway
Melantak kat Subway
Sampai kat kawasan rumah, sempat le beraya di rumah pengasuh anak-anak @ ibu. Adalah sikit suasana raya.... :) ... ibu memang terbaiklah dalam layan anak-anak aku... siap buat kek lagi... Susah nak dapat pengasuh anak-anak macam ni...

hmmm.. Kul 6.30ptg, sampai kat rumah... lepas mandi, mengaji, and solat asar, semua masuk tidur kepenatan berjalan (dalam kereta) sepanjang hari... Inilah pengalaman kami sekeluarga menyambut raya Eid-Adha 2013M/1434H... Simple janji enjoy... hahaha

Saturday, September 21, 2013

Travelog - Solo Ride to Kedah (Sep 14 & 15 2013)

Bermula
Pada hari sabtu lepas, aku mengambil kesempatan cuti Hari Malaysia pada 16/9 dengan pulang ke kampung pada 14 dan 15 September 2013.

Seperti yang aku lakukan ketika minggu pertama puasa, aku pulang ke kampung dengan Er6-f bagi menjimatkan masa dan kos minyak :) dan ride secara solo.

Perjalanan aku bermula pada pukul 9pagi dari Bandar Tasik Puteri. Aku isi minyak secukupnya pada hari sebelumnya di stesyen Shell Jln Duta (lebih kurang RM22 - Masa bertolak ada la kurang satu bar).

Aku lepasi Tapah pada pukul 9.40am. Dalam perjalanan, ada beberapa konvoi yang aku lepasi termasuklah sekumpulan rider Vespa (dimana aku sedari pada hari isnin melalui FB, bahawa salah seorang rider merupakan insan yang aku kenali).

Rehat dan Rawat di R&R Sungai Perak
Aku sampai di R&R Sungai Perak pada pukul 10.15am. Lepas isi minyak (dalam RM23) serta minum dan rehat selama 15 minit, aku mulakan kembali perjalanan. Sekali lagi aku bertembung dengan beberapa rider yang dalam konvoi. Mulanya aku ikut dari belakang... tapi lepas tengok budget time aku dah lari sikit, aku melepaskan diri. Selepas memberi salam (angkat tangan) aku pecut ke arah destinasi aku.

Sampai kat kamunting, aku perlahankan moto.. Ye lah.. pengalaman lalu mengajar aku untuk memperlahankannya .. ada AES... hmm sesungguhnya terdetik di hati aku, 'Malaysia patut hanya benarkan motosikal dibawah 120cc dan kereta dibawa 660cc untuk berada di jalan raya kerana had laju yang dibenarkan hanya 110km/j. Apa guna ada Suprima S berkuasa turbo andai kancil 660cc sudah mampu memotong dek kerana had laju yang tersekat pada 110km/j'...

Menuju ke Penang
Ala ku li hal... Sampai kat Juru aku terlintas untuk menjejak kaki ke Penang. Nak cari Koay Teow @ Thai Koay Teow Th'ng kesukaan aku. Lalu tol Juru, aku rasa PLUS patut 'take note' mengenai ini, iaitu laluan motosikal dibelakang tol yang gila sempit dan berbonggol-bonggol serta selekoh yang menambahkan kesempitan dan ketidak-sesuaian untuk motosikal besar. Nasib baik aku tak pasang box lagi.. kalau tak mau susah nak lalu.



Sampai kat Jambatan Pulau Pinang, aku dikejutkan oleh pembayaran tol untuk motosikal... Kah Kah Kah Kah... Betapa hipokrit sungguh kepimpinan PR dinegeri yang diterajui DAP ini. Motosikal pun kena bayar tu bro.. RM1.40 (masih sah pada 15 Sep 2013 .. tak tau lepas ni dihapuskan). Sudah la tu, seksa pula aku nak turun motosikal dan cari duit kecik nak buat bayar tol Jambatan. hmmm... Motosikal pun kena bayar (basikal tak leh lalu lak tu), apa kes nak hapuskan tol seluruh negara... Sungguh.. Ramai tertipu dengan mereka. Ala ku li hal... aku bayar dan teruskan perjalanan juga sebab nak lepaskan gian pekena makanan kegemaran aku tu.







Pekena Koay Teow Th'ng
Aku sampai kedai tu yang terletak di Jalan Padang Tembak, Ayer Hitam pada pukul 11.15 pagi (klik sini untuk tahu mengenai kedai makan tu).

Koay Teow Th'ng edisi special + Teh Ais (RM6.20)
Selepas pekena Koay Teow Th'ng dan Teh Ais (murah tu.. nak tahu lanjut, klik kat sini) dan selepas mengorat awek jaga kedai makan tu (hehehe...), aku gerak ke rumah orang tua aku di Sungai Petani pada pukul 12.00 tengah hari. Kali ini aku melalui Feri.

Menaiki Feri ke Bagan / Butterworth

Agak lama juga menanti Feri untuk sampai. Lebih kurang 20 minit untuk berada di atas Feri. Feri aku naik dipanggil Pulau Payar. Antara feri yang perlahan berbanding Pulau Kapas yang pernah aku naik. Aku tiba di tanah besar @ Butterworth lebih kurang 20 minit dan disambut dengan hujan renyai-renyai. Masa dalam feri tadi, aku cuak juga sebab orang sana masukkan motosikal selagi boleh.. Gila sempit.. risau aku.. ye lah sayang moto beb... hahaha

Aku (tiada dlm gambar) atas Feri Pulau Payar
Sampai je kat Butterworth, aku pecut terus ke Sungai Petani. Aku terus tanpa henti dan sampai kat rumah orang tua aku di Sidam Kiri tepat pukul 1.15 tengahari .. masa untuk makan tengahari lak tu... hahaha... Lihat pada bar minyak aku yang aku isi kali terakhir di R&R Sungai Perak, masih ada 2 bar lagi... Menjimatkan dengan Er6 ni :) walaupun aku pecut dlm 140 - 160km/j... hmmm

Bapa aku masak simple je.. Sayur goreng + ikan kembung masak ala singgang + gulai rebung dengan ayam (jiran sebelah beri) ... aku bedal 2 pinggan nasi .. hahaha urrrpp.. kenyang..

Aktiviti hari pertama
Aktiviti hari pertama aku di kampung ialah tidur lepas kekenyangan... hahaha... Nasib baik jadi musafir, leh solat jama' ... kenyang bro + penat ride...

Petang tu aku mulakan aktiviti hubungi bapa saudara yang perlu aku temui untuk urusan keluarga. Huh.. sama ada tak dapat call atau call tamat tanpa sebab .. nombor lagi satu terus keluar wrong number.Tension aku... ingat nak setel urusan harta ni secepat mungkin... Susah sungguh rupanya...

Malam lak, aku goreng telur dan buat roti sandwich telur je.. aku buat untuk makan.. Mak aku makan dua keping je... aku lak 4 keping.. hehehe... Sementara tunggu maghrib, aku baca sikit surah Thoha... Alhamdulillah, mak aku walaupun sudah tidak berapa nampak, tapi ingatannya masih kuat dan nampak kesalahan bacaan aku melalui pendengarannya dan pendengarannya cukup baik sebab aku baca perlahan je. hmmmm...

Semut ganas tapi bekerjasama
Hari Kedua
Hari kedua, aku pergi sarapan dengan abang aku. Dia balik sebab nak pergi sekolah anak dia ambil keputusan ujian PMR dan Alhamdulillah, ada la sikit keyakinan untuk melihat dia melangkah jauh hasil dari usaha ramai orang.

Lepas makan tengahari, aku lepak sekejap... Lepas mandi, solat... Aku bertolak pulang ketika jam menunjukkan pukul 3.45pm. hmmm... sempat ke aku sampai Rawang sebelum maghrib ni?

Balik ke BTP
Aku isi minyak di Petronas Taman apa nama ntah.. (berhampiran dengan JPJ sungai petani). Aku isi RM19. Kali ini, masuk je highway, aku tekan.. paling kurang 140km/j... Dan seperti biasa, aku melepasi beberapa riders yang berkonvoi sebab tak tahan.. slow sangat dia orang bawa .. lebih kuran 130km/j ... aku nak sampai cepat bro.. sorry aaa.. lain kali aku join.

Aku tiba di R&R Sungai Perak lebih kurang pukul 4.45pm. Lepas isi minyak (dalam RM22), rehat, dan pekena Livita dan air mineral setengah botol, aku gerak semula. Dengan purata 140km/j dan adakalanya mencecah 170km/j, aku tiba di Petronas Rawang pukul 6.15pm. Isi dalam RM20 minyak, aku gerak pulang ke rumah.

Aku tiba di rumah pada pukul 7.15pm.. setelah berhenti di port lepak kengkawan sambil tengok dia orang main volleyball... hehehe...

Tamatlah sudah Solo Ride aku kali ini.
 
Tika Menanti Feri
  Sedikit perkongsian... belilah ER6 (f atau n) sebab jimat minyak.. Untuk jarak Bandar Tasik Puteri - Penang - Sungai Petani - Bandar Tasik Puteri, jumlah minyak yang digunapakai ialah RM106 bersamaan 50 liter (RM2.10 per liter) dengan tangki minyak masih lagi penuh ketika motosikal berada diruang letak kenderaan didalam rumah (ada 5.5 bar bersamaan lebih kurang 10 liter lagi belum guna). Purata ialah 22km/liter. Tapi kalau bawa 130km/j dan kebawah, pasti lebih jimat.

Wednesday, September 18, 2013

Strong Mind

I love to test my IQ and my mind to see how good it was and this is one of those test that I like.

Saturday, August 10, 2013

Travelife - Eid-Fitri 1434H

Alhamdulillah, selesai sudah ramadhan 1434H (bersamaan 2013M). Dan seperti biasa pada tahun-tahun sebelumnya (sejak kahwin), aku akan ke-rumah mertua di Lembah Keramat pada 30 ramadhan dan akan beraya pada hari pertama di sana.
kasi trim abis aa tambhy
Aktiviti bermula dengan mengemas dan membersihkan diri. Aku bawa anak lelaki aku pergi potong rambut di kedai berdekatan. Senang sikit kasi kemas dan bersih. hehehe.

Lepas tu, balik tolong pape yang patut... Cuma kali ni, aura dia lain sikit. Ada aura kesedihan (bukan kat aku la)...

Malam tu, aku gi surau awal sikit... dah lama nak bertakbir ni... hahaha... Dan seperti biasa, kawasan itu akan adakan takbir dari rumah ke rumah.. Aku dengan anak-anak join takbir Jalan AU5C/12 ... Kali ini mula kat rumah mertua aku dulu... Sini, menu kelaziman ialah pecal.. kasi kaw punya rasa ke'jawa'an.

aiseh.. syahdu ke bang

Tunduk je korang

Anak aku lak, macam biasa, nak ikut... ye lah... orang sini bagi duit raya malam raya masa takbir... Kali pertama dulu anak lelaki aku je ikut, maka kakak jeles teramat... Sejak dari tu, mesti dia orang nak ikut sekali. La ni bawa 3... 3 tahun lagi kena bawa 4 bila si bongsu dah besar sikit.

Aku maintain hensem

Abang ipar aku ngan 2 orang anak ye (2 ni je)

Anak aku bersama sepupu dia orang

Ni rumah nombor 2

Rumah ke 3

Rumah ke empat

Rumah ke 5 .. dah kira nampak

Rumah ke 6... ceria la tu anak pompuan aku

Dapat dalam 10 buah rumah (aku rasa)... anak semua cakap dah penat... nak balik tido.. aku pun sekali lah.. lagipun kali ni dia orang nak pergi jauh sikit.. Sampai jalan 16... hahaha sudah tak mampu ooo... waktu tu pun dah kul 11.30mlm...

Esoknya, aku bangun JIT (just in time)... elok2 lepas mandi sunat hari raya dan pakai jubah, azan subuh pun berkumandang... Aku gi solat awal dan bertakbir kejap..

Lepas tu balik dan minum pagi sambil bersembang ngan bapa mertua aku... Dalam pukul 7pagi, aku gerak anak-anak suruh dia orang mandi... Ye lah, tak nak berebut bilik air.. tapi ada kuasa veto lak.. suruh tunggu jap.. tak pe la... janji jgn lewat udah...

Lepas jamah makan dan anak aku dah siap, aku bawa dia orang gi surau... biasanya aku gi masjid, tapi sebab kali ni semua anak aku nak ikut, aku bawa gi surau je.. ada mak-mak sedara dia orang.. leh tolong tgk 2 orang anak pompuan aku tu.. Paling tak sabar ialah syasya.. hahaha... siap ada inai lagi tu...

Sampai kat surau awal... tak ramai lagi orang... aku ngan anak lelaki aku, idlan, dok kat depan dan bertakbir... pulun abis wa cakap lu... Aku pun lepas abis... sebab semalaman tension dengan aura dingin...
Ider di barisan depan bertakbir

Ider menghayati takbir

Semakin ramai orang datang

Aku la ni
 Solat raya mula lebih kurang 8.30am. Lepas tu dengar khutbah jap...

Lepas khutbah dan bersalam-salaman, pengerusi surau panggil bebudak bawah 12 tahun suruh beratur.. aisehman... dapat lagi duit raya bebudak ni... AJK pun berbaris, tapi utk bagi duit raya la...

Anak aku pun turut sama walaupun tak bermastautin disitu.. janji datang rumah famili gak kan.. hehehe

Syasya maintain kiut

Ider serius beratur

Si kiut dan si masam di belakangnya

Aku dan si bongsu... hehehe

Ape lah malu si bongsu ni...

Si masam control lawa la tu... 

Lepas beraya... aku tak sempat kasik duit raya kat anak-anak sedara.. ye lah.. tak sempat masukkan duit dalam pek lagi... kesian gak dia orang.. tapi terimalah suratan ye... nanti wak/paman kasik masa paman acap bertunang eeek...

Plan asal gi puchong satu keluarga ziarah keluarga sebelah mak mertua dan lepas tu gi meru ziarah keluarga besan abah mertua (mak isteri pada abang ipar)...

Tapi, elok je masuk kereta dan gerak sikit, wife ajak gi sabak bernam (parit baru).. nak melawat wak sal (kakak mak mertua) yang tengah jalani rawatan kemo sebab barah payu-dara. hmm... tanya dia apesal tukar plan... dia cakap tak nak gi puchong sebab kurang rapat... tapi aku yakin sebab aura dingin punya hal... ape-ape je lah .. asalkan tak tempias kat aku udah le...

So kita orang pergi la ke sabak bernam.. ikut latar... jalan clear sampai le selepas latar highway.. lepas tu sosak... sepatutnya 2 jam je perjalanan (tak lebih)... jadi 3 jam...

Sampai kat parit baru dalam pukul 2.30 petang... Solat jap kat masjid dia.. yang masih kekalkan kayu sebahagian utamanya.. kelas gitu.. tak panas ooo...

Lepas solat... kita orang ziarah rumah wak mah (kakak gak tu).. lepas tu wak sal... lepas tu wak.. ntah dah lupa... paling best makan kat rumah pertama sebelah masjid je... siap ada masak lomak cili api kulit lembu.. sedap... aku balun dekat satu mangkuk ratah kulit lembu je.. hehehe.

Balik dari parit baru dalam pukul 4 petang dan sampai kat BTP pada pukul 6.00 petang.. jalan clear la balik... Singgah jap kat rumah ibu @ pengasuh anak2... makan ketupat nasi ... hehehe..

Kita orang sampai rumah dalam pukul 7.30mlm... kasi clear semua.. naik bilik, mandi, solat dan terus tidur.. penat oooo... lagi pun, esok nak jalan jauh sik...

Ok la... esok nyer cerita sambung lain page..

Salam Eid-Fitri untuk semua kenalan

2 Syawal 1434 H.

Monday, August 5, 2013

Majlis Berbuka Puasa MPN @ Pondok Moden Ad-Darrain

Pertam tiba :)
Pada hari jumaat, tanggal 26 Julai, 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H, company tempat aku kerja (Matrix Power Network) telah mengadakan satu lawatan ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain yang ditadbir oleh ustaz Mohd Fadzil Ismail. Ia merupakan satu inisiatif syarikat untuk mengadakan satu aktiviti setiap quarter bagi memastikan pekerjanya dilengkapi pembinaan dari segi fizikal dan rohani serta merapatkan diri pada Allah.

Seronok nampak
Kunjungan kali ini adalah bertujuan merapatkan diri pada tempat-tempat ilmu, menyerahkan sumbangan dan seterusnya berbuka puasa bersama pelajar tahfiz.








Suka laman luas
Untuk yang berminat, Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain ini terletak di Lot 2849, Jalan Cempaka, Batu 10,Telok Panglima Garang, 42500 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Untuk ke lokasi boleh rujuk di website mereka atau google-maps.

Pondok Moden
Hajat di hati nak bawa tiga orang anak aku, tetapi yang no. 3 kena chicken-pox pula. Maka, terpaksalah pergi bertiga (dengan kakak dan idlan). Kita orang bertolak pada pukul 4 petang (senyap-senyap keluar masa syasya tidur.. kalau tak dia nak ikut.. kesian pula, tapi tak nak le ada orang terkena jangkitan lak). Sengaja aku tolak awal sebab tak tau jalan.

Menggunakan peta dalam aplikasi Sygic (tak banyak lokasi dia dapat cari), aku terpaksa ikut jalan jauh. Cuak juga sebab masuk jauh ke dalam kampung. Tapi alhamdulillah, aku sekeluarga tiba pada pukul 5 petang. Paling awal tu.... Sampai je dengar dia orang tengah membaca Quran. Ada juga yang sedang kemas meja.

Sengih je ko
apa yang ko fikirkan
Dalam pukul 5.30pm, barulah ada seorang demi seorang staff MPN yang telah memberi kata putus untuk hadir, tiba di lokasi.
Memilih pewangi... 

Aku la ni
Lead (yang kecik) singer and backup singer
Majlis bermula dengan persembahan Qasidah dari pelajar tahfiz sementara menanti ketibaan mudir @ Al-fadhil Ustaz Fadzil dan MD MPN. Lebih kurang pukul 6.15, MD MPN tiba bersama mudir dan majlis bermula dengan kata aluan dari pengerusi majlis yang dikhabarkan akan kahwin tak lama lagi. Kemudian, giliran mudir memberi sepatah dua kata dan diteruskan dengan MD MPN.

Pelajar Tahfiz


Chalet untuk yang datang hari minggu
Selepas itu, majlis penyerahan sumbangan. Kemudian, para pelawat (kita orang la) dibawa oleh mudir melihat disekeliling pondok moden. Fuuh.. hebat dan cukup lengkap serta sempurna. Memang bestlah. Pada orang dewasa yang berminat mendalami ilmu agama pada hari sabtu dan ahad, juga disediakan 'chalet' untuk tidur disana. Masa melalui tempat masa, kelihatan pelajar tahfiz sedang memasak juadah. Hebat.. sambil masak, sambil mengalunkan ayat-ayat suci Allah (patutlah makanan yang dia orang masak walaupun bukan taraf Cef, tapi sedap dimakan)

Sembang sambil tunggu waktu berbuka
Tour tamat pada pukul 7.15mlm dan semua bersedia untuk berbuka puasa. Aku duduk bersama anak lelaki aku manakala si kakak nya aku suruh join staf perempuan MPN. Selepas berbuka puasa (yang ringan tapi berat juga aku lantak.. kuih sedap ooo), kita orang tunaikan solat Maghrib bersama imam tahfiz. Sedap suara walaupun orang nya senyap je.

Lepas solat maghrib, lantak lagi.. sedap gak.. aku tambah ooo... Masak simple iaitu dalca daging dan sambal ayam serta acar timun... Paling best ialah air jus manga yang dibuat sendiri dan juga manisan yang turut dibuat sendiri... sedap dan menyelerakan.

Selepas itu, ada beberapa orang staf bergerak pulang kerana ada yang ambil kesempatan cuti tiga hari untuk pulang ke kampung dan ada yang ada urusan lain.

Aku lak.. tunggu solat isyak.. :).. Lepas solat isyak, aku pun angkat kaki balik.. sebab fikirkan perjalanan yang jauh serta agak kepenatan.

Al-fadhil Ustaz Mohd Fadzil Ismail @ Mudir
Hmm.. apa yang aku dapat untuk aktiviti kali ini?
1. Memasak sambil mengalunkan ayat-ayat suci lagi baik dari menyanyi.. Confirm makanan sedap (dah dua kali lihat perkara ni.
2. Bila ada masa lapang, datanglah dalami ilmu agama disini. Suasana yang cukup baik
3. Bila kerja dengan ikhlas kerana Allah, semua perkara dipermudahkan.

Gambar lain boleh dilihat di sini.