Pada hari sabtu lepas, aku mengambil kesempatan cuti Hari Malaysia pada 16/9 dengan pulang ke kampung pada 14 dan 15 September 2013.
Seperti yang aku lakukan ketika minggu pertama puasa, aku pulang ke kampung dengan Er6-f bagi menjimatkan masa dan kos minyak :) dan ride secara solo.
Perjalanan aku bermula pada pukul 9pagi dari Bandar Tasik Puteri. Aku isi minyak secukupnya pada hari sebelumnya di stesyen Shell Jln Duta (lebih kurang RM22 - Masa bertolak ada la kurang satu bar).
Aku lepasi Tapah pada pukul 9.40am. Dalam perjalanan, ada beberapa konvoi yang aku lepasi termasuklah sekumpulan rider Vespa (dimana aku sedari pada hari isnin melalui FB, bahawa salah seorang rider merupakan insan yang aku kenali).
Rehat dan Rawat di R&R Sungai Perak
Aku sampai di R&R Sungai Perak pada pukul 10.15am. Lepas isi minyak (dalam RM23) serta minum dan rehat selama 15 minit, aku mulakan kembali perjalanan. Sekali lagi aku bertembung dengan beberapa rider yang dalam konvoi. Mulanya aku ikut dari belakang... tapi lepas tengok budget time aku dah lari sikit, aku melepaskan diri. Selepas memberi salam (angkat tangan) aku pecut ke arah destinasi aku.
Sampai kat kamunting, aku perlahankan moto.. Ye lah.. pengalaman lalu mengajar aku untuk memperlahankannya .. ada AES... hmm sesungguhnya terdetik di hati aku, 'Malaysia patut hanya benarkan motosikal dibawah 120cc dan kereta dibawa 660cc untuk berada di jalan raya kerana had laju yang dibenarkan hanya 110km/j. Apa guna ada Suprima S berkuasa turbo andai kancil 660cc sudah mampu memotong dek kerana had laju yang tersekat pada 110km/j'...
Menuju ke Penang
Ala ku li hal... Sampai kat Juru aku terlintas untuk menjejak kaki ke Penang. Nak cari Koay Teow @ Thai Koay Teow Th'ng kesukaan aku. Lalu tol Juru, aku rasa PLUS patut 'take note' mengenai ini, iaitu laluan motosikal dibelakang tol yang gila sempit dan berbonggol-bonggol serta selekoh yang menambahkan kesempitan dan ketidak-sesuaian untuk motosikal besar. Nasib baik aku tak pasang box lagi.. kalau tak mau susah nak lalu.
Sampai kat Jambatan Pulau Pinang, aku dikejutkan oleh pembayaran tol untuk motosikal... Kah Kah Kah Kah... Betapa hipokrit sungguh kepimpinan PR dinegeri yang diterajui DAP ini. Motosikal pun kena bayar tu bro.. RM1.40 (masih sah pada 15 Sep 2013 .. tak tau lepas ni dihapuskan). Sudah la tu, seksa pula aku nak turun motosikal dan cari duit kecik nak buat bayar tol Jambatan. hmmm... Motosikal pun kena bayar (basikal tak leh lalu lak tu), apa kes nak hapuskan tol seluruh negara... Sungguh.. Ramai tertipu dengan mereka. Ala ku li hal... aku bayar dan teruskan perjalanan juga sebab nak lepaskan gian pekena makanan kegemaran aku tu.
Pekena Koay Teow Th'ng
Aku sampai kedai tu yang terletak di Jalan Padang Tembak, Ayer Hitam pada pukul 11.15 pagi (klik sini untuk tahu mengenai kedai makan tu).
Koay Teow Th'ng edisi special + Teh Ais (RM6.20) |
Menaiki Feri ke Bagan / Butterworth
Agak lama juga menanti Feri untuk sampai. Lebih kurang 20 minit untuk berada di atas Feri. Feri aku naik dipanggil Pulau Payar. Antara feri yang perlahan berbanding Pulau Kapas yang pernah aku naik. Aku tiba di tanah besar @ Butterworth lebih kurang 20 minit dan disambut dengan hujan renyai-renyai. Masa dalam feri tadi, aku cuak juga sebab orang sana masukkan motosikal selagi boleh.. Gila sempit.. risau aku.. ye lah sayang moto beb... hahaha
Aku (tiada dlm gambar) atas Feri Pulau Payar |
Bapa aku masak simple je.. Sayur goreng + ikan kembung masak ala singgang + gulai rebung dengan ayam (jiran sebelah beri) ... aku bedal 2 pinggan nasi .. hahaha urrrpp.. kenyang..
Aktiviti hari pertama
Aktiviti hari pertama aku di kampung ialah tidur lepas kekenyangan... hahaha... Nasib baik jadi musafir, leh solat jama' ... kenyang bro + penat ride...
Petang tu aku mulakan aktiviti hubungi bapa saudara yang perlu aku temui untuk urusan keluarga. Huh.. sama ada tak dapat call atau call tamat tanpa sebab .. nombor lagi satu terus keluar wrong number.Tension aku... ingat nak setel urusan harta ni secepat mungkin... Susah sungguh rupanya...
Malam lak, aku goreng telur dan buat roti sandwich telur je.. aku buat untuk makan.. Mak aku makan dua keping je... aku lak 4 keping.. hehehe... Sementara tunggu maghrib, aku baca sikit surah Thoha... Alhamdulillah, mak aku walaupun sudah tidak berapa nampak, tapi ingatannya masih kuat dan nampak kesalahan bacaan aku melalui pendengarannya dan pendengarannya cukup baik sebab aku baca perlahan je. hmmmm...
Semut ganas tapi bekerjasama |
Hari kedua, aku pergi sarapan dengan abang aku. Dia balik sebab nak pergi sekolah anak dia ambil keputusan ujian PMR dan Alhamdulillah, ada la sikit keyakinan untuk melihat dia melangkah jauh hasil dari usaha ramai orang.
Lepas makan tengahari, aku lepak sekejap... Lepas mandi, solat... Aku bertolak pulang ketika jam menunjukkan pukul 3.45pm. hmmm... sempat ke aku sampai Rawang sebelum maghrib ni?
Balik ke BTP
Aku isi minyak di Petronas Taman apa nama ntah.. (berhampiran dengan JPJ sungai petani). Aku isi RM19. Kali ini, masuk je highway, aku tekan.. paling kurang 140km/j... Dan seperti biasa, aku melepasi beberapa riders yang berkonvoi sebab tak tahan.. slow sangat dia orang bawa .. lebih kuran 130km/j ... aku nak sampai cepat bro.. sorry aaa.. lain kali aku join.
Aku tiba di R&R Sungai Perak lebih kurang pukul 4.45pm. Lepas isi minyak (dalam RM22), rehat, dan pekena Livita dan air mineral setengah botol, aku gerak semula. Dengan purata 140km/j dan adakalanya mencecah 170km/j, aku tiba di Petronas Rawang pukul 6.15pm. Isi dalam RM20 minyak, aku gerak pulang ke rumah.
Aku tiba di rumah pada pukul 7.15pm.. setelah berhenti di port lepak kengkawan sambil tengok dia orang main volleyball... hehehe...
Tamatlah sudah Solo Ride aku kali ini.
Tika Menanti Feri |
No comments:
Post a Comment