Wednesday, November 30, 2011

Bukakan hati anda pada Allah...

Pada 26/11/2011, aku dah melakukan sesuatu tanpa sengaja ketika bersama keluarga di satu majlis di lembah klang. Ia merupakan sesuatu yang merupakan satu titik permulaan pada sesuatu yang lain walaupun ia tidak disengajakan. Dan paling penting, aku belajar untuk menerima keadaan itu dengan hati yang lebih terbuka.

Akibat dari itu, aku telah digantung tugas selama 2 minggu bagi membolehkan satu siasatan dalaman dilaksanakan walaupun pada firasat hati aku, bahawa ini sepatutnya tidak terjadi dan juga aku sepatutnya diberi peluang memberi penjelasan sebelum mereka mengambil tindakan sebegitu.

Namun, setelah berfikir panjang, secara positifnya, aku berasa tenang. Aku dapat menggunakan masa ini yang jarang-jarang dapat untuk melengkapkan tesis aku. InsyaAllah, aku akan usahakan sehabisnya untuk menghabiskannya. Selain itu, aku dapat juga gunakan masa ini untuk bersama dengan keluarga aku dengan sebenar-benarnya bersama.

Hari ini merupakan hari pertama aku habiskan masa bersama anak bongsu aku. Gembira dia dengan layanan yang aku berikan yang selama ini hanya dapat dinikmati dalam sejam dua setiap hari. Itu pun bukan dengan sepenuh hati.

Selain itu, aku belajar sesuatu yang penting juga hari ini ketika aku daftarkan persekolahan anak lelaki aku. Panjang lebar aku bersembang dengan pengetua Sekolah Tadika Al-Farabi (Ust. Junaid). Banyak perkara yang aku belajar seperti pengaruh anak dalam dakwah, pengaruh anak dalam membawa kita ke jalan yang betul, keperluan anak, sistem pembelajaran cara ISLAM, dan banyak lagi. Dan paling penting, cara untuk mengaitkan setiap yang ada di alam ini dengan Allah menggunakan cara yang paling mudah ketika berbicara dengan anak-anak.

Juga satu ilmu yang aku pelajari hari ini yang aku sendiri tidak pernah terfikir... Kenapa air laut masin? Jika dulu aku akan jawap sebab ada kandungan garam dan garam membantu memampatkan air lantas membantu proses pengapungan sesuatu objek. Itulah sains yang aku pelajari dulu. Tetapi kini, ilmu itu telah ditambah sedikit kerana dulu aku tidak pernah terfikir akan kemasinannya yang kekal masin walaupun hakikatnya air laut dikatakan berasal dari sungai yang tawar kerana ada sebabnya masin itu. Pastinya, ilmu ini juga ingin aku kongsi bersama pada semua pembaca blog aku... Tujuan Allah jadikan air laut itu masin dan kekal masin adalah kerana jika tidak Allah jadikan begitu, pastinya dunia yang dipenuhi lautan ini akan dipenuhi dengan bau busuk dan juga udara beracun hasil dari pereputan bangkai. Bayangkan kotoran dari sungai serta bangkai haiwan didalam lautan yang tidak terbilang banyaknya dikumpul di laut yang tidak berunsur masin... pastinya kita tidak mahu terbayangkan perkara tersebut. Dan kerana masin itulah, maka, proses pengawetan berlaku secara semula jadi lantas memastikan air laut dan sekitarnya terus kekal segar (sebab itu ada minyak wangi berdasarkan bauan air laut iaitu sea breeze yang menyegarkan). Begitu hebatnya ciptaan Illahi ini. Subhanallah...


Alhamdulillah... satu lagi hari yang baik untuk aku... moga akan terus jadi begini InsyaAllah...

Kadangkala yang terbaik pada fikirkan kita itu adalah yang tidak baik dan yang tidak baik pada mata kita itu merupakan sesuatu yang baik yang telah ditentukanNYA.


لاَ يُكلٌفُ الله نفسا الأ وُسعَهَا

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "[ 2 : 286 ].

2:216

"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." (2: 216)

Thursday, November 10, 2011

Kenduri Kahwin adik 1

InsyaAllah, 11/11/2011, adik bongsu aku akan melangsungkan perkahwinannya. Aku bertolak balik hari rabu... awal 2 hari memandangkan ada kerja yang perlu dilakukan dan juga kena la tolong sikit. Maklumlah, ini mungkin kenduri yang dikendalikan abah yang terakhir. Banyak juga perkara yang dilaksanakannya tidak aku persetujui, namun, atas kapasiti sebagai anak dan juga abang, aku membantu apa yang terdaya.

Aku bertolak dari Rawang dalam pukul 11tgh dan tiba di Sungai Petani dalam pukul 4ptg. Berhenti sekali di Tapah untuk nikmati makan tengahari (KFC la) dan solat. Tiba je mak dah kata ada tugas menanti. Aku siap kemas lepas tu tolong adik susun barang kahwinnya.

Pukul 9mlm aku check-in Swiss-Inn Sungai Petani dan rehat. Esok ada kerja lagi