Monday, December 6, 2010

Bersama anak-anak di MAHA 2010

Aku pergi 2 kali ke MAHA 2010. Kali pertama pada 27/11 (Sabtu) dan kali kedua aku pergi pada 04/12 (Sabtu juga). Kali pertama hanya bersama anak lelaki aku dan kali kedua bersama anak pertama dan kedua aku. Enjoy.. cuma masa tidak mengizinkan kami menunggang kuda. Kecewa juga anak ku. Aku pula, pulang dengan beberapa belian tanaman yang akan menghiasi laman aku.

 2 orang anak aku yang posing sebelah kereta gajah (kata anak lelaki aku) ... siap suruh beli tu... hahahaha
 Pokok durian belanda yang harapnya akan membesar dan berbuah untuk cucu-cucu aku nanti...
 Pokok sukun.. beli di MAHA juga... dah lama aku cari dan baru kali ini berjumpa... Dah ditanam kat laman rumah...
 Pokok ubi kayu medan.. Semalam aku tengok dah tumbuh daun. Boleh le nanti goreng.. Moga membesar dan boleh tutup pagar :)
 Pokok Gula @ Stevia... harapnya akan hidup subur dan berguna pada orang semua...
 Ulam raja... tanam sehari, pastu mati... susah nak cari.. aku salah tanam la pulak... dah la nak cari pun susah... hmmm...
 Pokok pudina yang sudah ada tunas baru.
 Pokok cili api yang kali ke-empat aku tanam...
 Pokok stevia yang aku tanam ni mati keesokkan harinya... Rupa-rupanya salah tanam la... Tak boleh pakai tanah kat rumah. Kena beli tanah gambut pula.
 Kedua anak aku ni tak mandi lagi. Sejuk katanya. Terus ikut aku pergi MAHA sehinggalah kepetang. Ni naik bas nak pergi Hall A.
 Ni tengah posing kat depan tunggu bas nak pergi Hall A
 Sorang control macho, sorang lagi control ayu. Pakai topi aku beli kat sarawak.....
Anak aku ambil gambar aku semasa aku tengah pam darah keluar di Hall D ketika MAHA 2010.