Sunday, August 26, 2012

Travelog AidilFitri 2012

Pagi 30 Ramadhan

Lepas sahur dan solat di surau, rilek di rumah dan rasa malas nak bergerak. Isteri dan anak aku yang bongsu masih bermalas-malasan. Dua orang lagi anak sudah pun berada di rumah mertua sejak hari khamis lagi. Maklumlah, dah tak sabar nak raya. Pukul 12tgh, kami bergerak ke sana, Lembah Keramat.

Malam 1 Syawal

Anak-anak dah tak sabar dan asyik tanya bila nak pergi takbir raya. Maklumlah, tahun lepas anak lelaki aku je mengikut. Bila balik, poket penuh dengan duit raya. Maka, tahun ini, semua anak aku nak ikut.
Selepas berbuka dengan nasi minyak.. fuuhh power.. aku solat maghrib dan kemudian ke surau bersama anak lelaki untuk bertakbir raya. Selepas isyak, kembali kerumah untuk mengambil anak perempuan ikut bersama bertakbir.

Takbir kali ini disertai oleh ramai anak muda. Orang tua agak berkurangan sedikit. Bermula dari rumah pertama di hujung jalan, kami bergerak satu persatu rumah hingga kerumah mertua aku yang terakhir untuk kali ini. Bermacam-macam makanan dihidangkan dan anak aku seperti biasa, layan takbir, lepas tu minum dan makan tak ingat... paling best, anak ketiga aku, tanpa segan silu (selepas trend 2 - 3 rumah bagi duit raya) dia terus tanya 'tak de duit raya ke abah' selepas doa dibaca selepas takbir... huhuhu malu sebentar aku. Tapi yang pasti, tiga poket baju aku penuh dengan sampul raya... termasuklah untuk aku juga walaupun dah bawa 3 orang anak... orang bagi aku amik je... hehehehe.

Ketika bertakbir, anak aku juga ikut bertakbir walaupun yang dengar cuma la, ila, akbar... sahaja.. Ok la tu buat permulaan.. Moga semangat takbir akan meresapi hidup mereka seterusnya.

Hari Raya 1 Syawal

tiga bersaudara bersama sepupu
Aku seperti biasa, bangun awal dan terus mandi sunat dan pergi ke surau untuk bertakbir. Sudah hampir 7 tahun aku berbuat begitu. Hari pertama aku akan beraya di rumah mertua. Teringin juga nak balik ke kampung dan beraya di kampung pada raya pertama, tetapi memikirkan jarak perjalanan yang sepatutnya dalam masa 5 jam boleh sampai akan bertukar menjadi 10 jam, aku terpaksa pendamkan sahaja niat tersebut. Kalau bujang, aku sanggup lagi. Tapi sejak berkeluarga ni, aku kena fikir pasal keselesaan anak-anak dan isteri juga kerana aku nak perjalanan aku dalam keadaan gembira dari awal hingga akhir. Kalau anak-anak mula bising, mau nyer seronok tukar jadi tension.
sengih melampau lak anak pompuan aku ni

Selepas solat subuh dan bertakbir, aku balik ke rumah mertua untuk siapkan anak-anak. Kali ini, solat raya diikuti oleh anak lelaki aku. Anak perempuan ikut mbah-nya (tok) ke surau. Aku lak lebih selesa ke masjid sebab masjid habis awal :). Selepas selesai solat, semua dah fikir mana nak pergi. Aku tak kisah sebab masih rasa penat dan mengantuk sebab jarang boleh tidur di tempat yang diluar kelaziman aku .. hehehe...
Bersama mbah one and mbah two

Dalam pukul 11 pagi, perjalanan melawat saudara sebelah isteri bermula dengan rumah pertama dilawati ialah rumah ibu kepada bibik paman nasir (isteri kepada adik mak mertua aku) di kinrara. Kemudian disusuli dengan rumah sebuah lagi rumah saudara isteri di puchong. Yang terakhir kerana selepas itu aku terus pulang ke rumah sebab esok nak berjalan jauh.

Balik rumah, lepas mandi, semua tidur awal termasuklah aku..

Hari Raya 2 Syawal

Bangun semua... kita nak bertolak... Perancangan awal ialah bertolak pada pukul 7am sebab nak gerak tanpa rasa risau dengan kenderaan yang banyak dan panas terik. Tapi akhirnya pukul 10am baru bertolak. Dari Rawang, agak selesa tetapi panas agak terasa. Hajat dihati nak berhenti di hentian tapah, tapi tengok kenderaan punyalah banyak. Perhentian pertama ialah simpang pulai kalau tak silap di mana terletaknya RTC. Nasi lemak memang power la walaupun ringkas sebagai sarapan dan juga makan tengahari.

Aku isi minyak dan terus sambung perjalanan tanpa henti. Tiba di Sungai Petani pada pukul 2.15 petang. Ada beberapa kawasan tu agak perlahan kenderaan. Bukan kerana kemalangan teruk atau kenderaan banyak, tetapi kerana sikap pemandu malaysia yang prihatin tidak bertempat serta tetiba jadi penakut bila melihat kenderaan peronda polis sedang memeriksa kenderaan dilaluan kecemasan. Habis di perlahankan kenderaan tahap melampau. Dan paling best, perjalanan kali ini, Alhamdulillah, tidak sepanas biasa cuacanya.

Sampai je, kita orang cari lemang... tetapi lemang kali ini tidak menjadi. Keras.. mungkin tempat yang adik aku beli lemang tu bukan yang biasa aku beli kut. Anak aku pula dah penat berjalan, dok harap abah dia check-in hotel je sebab badan sudah rimas dan berpeluh. Paling best, mak aku terus keluar dari tempat duduk nya sambil berjalan perlahan (bertongkat) untuk menyambut cucunya balik. Mak.. Mak memang best.

Sejuk di pagi 3 syawal
Petang dalam pukul 3.30petang, aku check-in hotel dan lepaskan penat memandu. Selepas solat, aku bawa anak-anak aku mandi kolam sekejap. Dalam pukul 6 balik ke bilik sebab hujan. Lepas tu, dalam pukul 6.30petang, aku bawa anak aku pergi beli kasut kat shopping mall berdekatan dan kemudian beli nasi kandar makbul.. restoran kegemaran aku :) (salah satu lah). Lepas makan, semua masuk tidur kecuali aku layan TV sekejap. Aku memang susah nak tidur tempat lain selain dari rumah aku sendiri.

3 Syawal

Dah siap
Bikers @ marshall of the raya day @ Bro G
Seperti dirancang, aku bersiap dalam pukul 10 pagi bersama anak-anak untuk mengunjungi sanak saudara ku di kedah. Aku harap dapat round satu negeri, tetapi ramai (adik beradik aku) yang tak nak pergi sebab tak larat. Bermula pukul 11.30, kami pergi rumah member abah aku kat mana ntah aku dah tak ingat. Adalah dalam 30 minit kut kat situ. Pastu kita orang pergi rumah adik abah aku, yakni mak teh saadiah. Tok bah dah tak larat kerana sakit tuanya manakala sepupu aku lain berjalan kerumah sedara mereka. Kami dihidangkan dengan nasi (makan tengahari la apa lagi).. Aku balun 3 kali tambah... walaupun lauknya biasa je; masak lemak cili api, ikan tenggiri goreng, ulam petai dan timun, sambal belacan... tapi sebab makan ramai-ramai dan nasi tengah panas.. fuuuhhhh... kelas gitu.



Sedih nampak.. rilek la bro..
Perjalanan disambung ke destinasi terakhir iaitu rumah mak su aku. Sampai je mak su aku tak de sebab makan kenduri. Lepak le kita orang kat rumah pak cik aku (sebelah je). Makan kuih biasa... lebih kepada nak jumpa sedara mara je.. Pastu mak su balik.. dah tersedia laksa katanya. Apa lagi, aku bedal sampai tambah 2 kali walaupun tak minat laksa... tapi sebab ramai ada dan seronok bersama makan.. hehehe anak aku tengok je.. bini aku lagi le tak sentuh pun. Lepas tu ada lak kopi kampung yang memang kelas gitu.. Starbuck pun tak leh lawan... paling tak best, hanya ada kat area baling dan sungai petani je.. huhuhu...


Makanan luar biasa bagi orang kl... hehehe

The boss and anak-anak

My queen... macam biasa, suka tuang air

Rumah tok aku.. tinggal kenangan..

Pokok yang aku ingat sampai la ni.. kenangan kena ikat pada raya pertama sebab berebut beskat ngan sepupu

Malam tu aku dah tak larat. Lepak dan order makan dari hotel je.

4 Syawal - Balik ke Rawang

Lepas breakfast, anak aku layan mandi kolam dalam sejam lebih sebelum naik untuk bersiap pulang. Dalam pukul 11am, aku check-out tapi singgah rumah orang tua aku dulu. Lepak dalam 2 jam sambil makan nasi hasil tangan abang aku.. kelas gak abang aku masak... aku makan banyak gak le. lapar pun satu hal. Siap tapau lagi tu. hehehe..

Dalam pukul 1.30, kita orang bertolak balik. Perjalanan balik kali ini agak tension sikit kerana sikap pemandu malaysia yang seperti biasa, prihatin tidak bertempat hingga menyakitkan hati orang lain. Ada yang menggunakan lorang kecemasan ikut suka.. Aku ingat lagi 2 nombor kereta WTV5915 (waja hitam yang memandu macam orang gila dan memotong ikut suka hingga hampir sebabkan eksiden) dan CAY8668 (alphard putih yang dah kena saman pun dok ulang guna laluan kecemasan.. dah tu kat R&R parking blok laluan pejalan kaki dan kawasan OKU. dasar kurang ajar punya pemandu)..

Kali ini aku ambil masa 8 jam untuk tiba di rumah ku kerana sikap pemandu-pemandu jahat ini. Walaupun begitu, ia tidak seteruk 5 tahun dulu bila aku ambil masa 10 jam untuk tiba dan perjalanan kali ini juga diceriakan dengan telatah anak bongsu ku yang tak berhenti bercakap.

Alhamdulillah, walaupun tak berkesempatan melawat semua saudara mara, tapi, aku rasa perjalanan raya kali ini agak sempurna dan ok..

Untuk gambar lain dan paparan lebih cantik.. cek kat FB aku

Thursday, August 23, 2012

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim

Pada 11 Ogos 2012 (Sabtu), syarikat tempat aku bekerja telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim yang diletak di bawah jagaan/seliaan YPIN (Yayasan Pembangunan Insan Nasional). Seramai 40 orang anak yatim diraikan pada hari tersebut yang bermula dengan sesi perkenalan dan kemudian diikuti dengan membawa mereka membeli-belah persiapan raya dan akhir sekali, di akhiri dengan majlis berbuka puasa.

Sebilangan dari warga syarikat terpaksa mengundur diri selepas majlis berbuka puasa dek kerana jarak yang agak jauh dan juga kerenah anak sendiri yang mula terasa rimas kerana ketiadaan aktiviti untuk mereka termasuklah diri aku sendiri. Yang menemani aku pada hari itu ialah anak lelaki aku kerana adik dan kakaknya demam. Kesian....

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar hingga ke akhir selepas terawih yang disertakan dengan moreh. Moga ini merupakan permulaan pada perjalanan yang lebih baik serta diredhai Allah S.W.T hendakNYA.

Dibawah ini merupakan sebahagian dari koleksi gambar yang sempat aku rakam bersama mereka (klik untuk lihat lebih jelas).

Orang kuat syarikat

Ketua HR bersama keluarga dan anak yatim

Anak yatim yang aku bawa (dengan ketua HR) .. Tudung dan baju pink tu yang sulong  (Syahirah), yang tudung  dot-dot tu yang tengah @ no. 2 (Zana), dan yang bongsu bertudung hitam (Aini)

Advisor syarikat bersama orang kuat syarikat

Isteri ketua HR sedang membantu syahirah dan zana pilih tudung

Disinilah bermula

Perihal majlis

The three musketeers

Anak lelaki aku (penat menemani aku dan kenalan barunya sambil berpuasa)

Pak guard dan mak guard membantu... tanpa mereka, susah gak nak arrange

Mercu tanda rumah YPIN

Ceria menanti masa berjumpa

Orang kuat syarikat lagi

The directors

Melihat pada yang memerlukan

Mendengar keluh resah

Penaung YPIN

Ceria dan sabar

The Director

Zana dan Aini memilih kasut

Tiga bersaudara.... Syahirah, Aini, dan Zana

Pada sahabat sekerja... maaf kerana lambat upload sebab kekangan tugas :)