Saturday, April 27, 2013

Tonton Iron Man 3

Hari ini merupakan hari malas aku bersama anak-anak. Perkara pertama aku tanya pada anak aku selepas solat subuh (selepas dipujuk agar tunaikan solat) ialah apa yang mereka ingin lakukan. Isteri pun cakap nak bermalasan je.

Hmmm... Lepas tu anak-anak tuntut janji aku pada malam sebelumnya iaitu untuk tengok Iron Man 3 kat cinema... Mulanya fikir malas gak... yelah dengan anak 4 orang termasuk baby.. hmm.. so aku cuba try tengok kat Astro Best dan Astro First. Agak malang... tak de pula kat situ lagi...

So, bawalah anak pergi breakfast... Masa breakfast pun tak decide lagi... Dalam fikiran cuma nak pergi tesco beli barang je... Lepas breakfast.. aku gerak kereta ke arah tesco... Berhenti isi minyak .. pastu tanya famili lagi apa decision terakhir.. so bising la anak-anak nak tengok iron man... hmmm akhirnya singgah lah kita org tengok iron man 3 kat jusco rawang (emerald).

Sampai situ dalam pukul 9:45 pagi... rilek jap tunggu buka.. Buka je Jusco, terus ke TGV cinema dan terus amik seat... lucky sebab pepagi ni tak ramai lagi keluar.. so dapat le kita org pilih seat baik punya... Untuk famili of 6 (2 adults, 3 child, and 1 infants) dan kos cuma RM36... Aku rasa berbaloi untuk sekali sekala hiburkan anak-anak... Siap beli popcorn dan minuman lagi.. ok la tu... semua kos cuma RM50++ sikit :)...

Ok lah cite Iron Man 3.. ada part ok... ada part boring gak... habis dalam pukul 1:00pm... Anak-anak pun ok termasuk baby... cuma bab boring tu yang buat dia org rasa macam slow je jalan... aku pun rasa slow gak... bab lawan tu memang kaw le...

Balik, singgah beli roti.. sampai rumah, kasi makan.. pastu ajak solat... dan rehat kejap... habis separuh hari...... dapat juga habiskan masa bersama keluarga buat something :) ... esok ajak dia org berkebun lak .. dah lama tak bagi baja kat pokok.. :)