Monday, January 30, 2012

Promosi Mangga epal

Setelah 4 tahun menanti, akhirnya pokok mangga epal yang ditanam diluar rumah mula mengeluarkan hasil. Walaupun tidak banyak, tetapi Alhamdulillah, dapat juga nikmati hasil tanaman sendiri. Pokok yang bukan sahaja memberi manfaat dengan buahnya, tetapi juga membekalkan oksigen dan memproses CO2 dikawasan sekeliling sekali gus mengurangkan haba (dengan izin Allah S.W.T).

Ini gambar anak-anak ku posing dengan buah kali pertama.


Untuk gambar lain, lawati http://haszeli-photos.blogspot.com/2012/01/model-dan-buah.html

Bakal Khalifah Allah

Hari khamis yang lepas, anak lelaki ku pulang dari sekolah dengan menunjukkan kopiah yang baru diperolehinya dari sekolah (tadika Al-Farabi).

Terus aku suruh dia pakai untuk aku abadikan gambarnya sebagai kenangan dan sebagai titik awal kearah mengingatkan dia betapa dia cukup hebat ketika melakukan sunnah Rasul S.A.W.


Aku berharap Allah akan menjadikannya seorang insan dan anak yang soleh dan moga-moga menjadi salah seorang khalifah Allah yang disegani nanti (amiiinnnnn)

More picture at http://haszeli-photos.blogspot.com/2012/01/potrait-my-son.html

Saturday, January 28, 2012

Melawat Ladang Arnab

Pada hari isnin lepas, 23/1/2012, sempena cuti tahun baru cina, kami sekeluarga ke ladang ternakan arnab (Opah Farm). Kebetulan isteri aku perlukan stok mata arnab untuk eksperimennya dan aku perlu mengambil beberapa shot ladang tersebut untuk membantu rakan dalam promosi ladangnya, maka kami sekeluarga pergi ke sana.

Memang pantang ada cuti umum, kawasan bukit lagong sesak dengan warga kota mandi sungai yang semakin cetek. Harapnya mereka itu retilah menjaga kebersihan.

Apa pun, anak aku enjoy di ladang ternakan milik sahabat, Syawal. Ni beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.








* Ada gambar lain yang dipaparkan di Haszeli's Photo Blog, FB Kembara Tukang Gambar, dan Imagekind.com and Pixoto

Masih Mencari

Hari ini genaplah sebulan aku berhenti kerja dari MIMOS Berhad dan genaplah juga sebulan aku mencari kerja. Masih belum berjaya dan masih mencari. Apakah ini satu dugaan padaku dan keluargaku.

Yang pasti, aku tidak sampai hati menyatakan pada kedua orang tua ku. Malah anak-anakku juga tidak aku ceritakan agar mereka tidak merasa kecewa.

Ya Allah, ku pohon agar kau bantulah hambamu merentasi permasalahan ini. Hanya padaMU, Ya Allah, ku pohon dan ku pinta. Terimalah permintaan dari hambaMU yang selalu alpa dan berdosa. Ya Allah.

Friday, January 27, 2012

Main hujan

Dah lama anak-anak aku meminta kebenaran untuk bermain hujan. Ye lah, bapa dia dulu memang suka main hujan. Asal hujan je mesti mintak kebenaran mak untuk basuh depan rumah. Bukan takat depan rumah, basuh sampai ke tangga dari tingkat 4 sampai le ke tingkat bawah (tahun 80an di Blok C, Balai Polis Central)
View Larger Map

hahaha... kenangan lalu...

Sampai sekarang aku masih suka main hujan. Kalau hujan lebat je, mesti nak basuh longkang depan rumah. Kini bakat tu diwarisi oleh anak-anak. Masing-masing suka main hujan gak dari yang sulong hingga yang bongsu (setakat ni).







Hari itu, entah kenapa, bini aku beri keizinan pada mereka. Apa lagi, seronok lah dia org. Tengok lah mereka itu :)





Klik gambar untuk paparan lebih jelas atau layari http://haszeli-photos.blogspot.com/2012/01/main-hujan.html

Friday, January 6, 2012

Idlan - Hari pertama di Tadika Al-Farabi

Isi perut dengan pulut.. (darah org kedah... pagi dah makan pulut)
Tahun ini, aku hantar anak aku ke tadika yang dikendalikan oleh Ustaz Junaid, iaitu Tadika Al-Farabi. Kakak disekolahkan di Balqis dan Alhamdulillah, perkembangan kakak melangkaui apa yang aku harapkan. Dan kini, aku hantar anak kedua aku walaupun umurnya baru 5 tahun ke tadika Al-Farabi dengan harapan didikan awalnya akan membentuk dia menjadi ketua keluarga andai aku tiada nanti.

pakai kasut betul la..


Seorang khalifah mesti aku sediakan. Tidak dinafikan bahawa yang lain juga berupaya menjadi khalifah, tetapi, seorang lelaki perlu memimpin dan aku rasakan bahawa didikan agama perlu diberi terlebih dahulu pada anak lelaki aku sebagai proses menjadikan dia khalifah dimasa depan.






Selain itu, tujuan dihantar adalah membolehkan anak lelaki aku belajar bergaul. Selalu sangat bersama mama nya.. maka ini peluang terbaik untuk dia belajar berkawan. Dan InsyaAllah, akan diteruskan agar dia berupaya mengetuai keluarga ini suatu hari nanti.




kakak dan syasya bagi semangat...

p/s: Seronok dengar dia bercerita... tetapi sifat pemalunya masih tebal.

Thursday, January 5, 2012

Baju dari PM (2011)


Awal tahun lepas, aku hadiri minum petang bersama PM danrakan-rakan online-nya di rumahnya di Putrajaya. Menggunakan masa untuk berkenalan dengan beberapa orang senator (rugi tak bawa business card) dan juga SKMM punya KP (Tan Sri ******).



Awal tahun ini, aku dapat baju ... so thanks PM... although some people tak puas hati sebab gunakan duit rakyat (kata mereka), tapi sekurang-kurangnya aku puas hati sebab ada something untuk kenang-kenangan yang aku pernah minum dan duduk bersembang dengan PM ke-6 negara Malaysia.



Hari pertama kakak sekolah

Kakak ready to school
Tahun ini anak sulong aku, kakak @ Athirah, memasuki darjah satu. Hajat dihati nak hantar sekolah rendah agama Al-Haj (sekolah swasta), tapi malangnya, atas sebab-sebab tertentu, maka sekolah tersebut terpaksa membatalkan pengambilan pada tahun ini. Nak tak nak, hantar je ke sekolah kebangsaan bandar tasik puteri 1 (SKBTP1). Masa orientasi hari tu, aku tak sempat ambil gambar sebab ke uitm. Maka hari ini, aku luangkan masa untuk mengambil gambarnya sebelum dan selepas sekolah :)...
Idlan riang ambil kakak yang kepenatan

Senyum kak.. ceria anak abah ni

mama serius...

ha.. tak larat bawa bef
sekolah kakak... dah lusuh cat nyer

anak-anak orang menanti mak bapak....