Tuesday, January 6, 2015

Pengajaran Dari Eksiden

Setiap kejadian yang menimpa kita ada pengajarannya. Sama ada kita sedar atau tidak. Begitu juga yang berlaku pada diri aku beberapa minggu lepas.

Awal bulan 12, aku eksiden ... Pertama kali setelah dapat lesen 'B full' dan setelah hampir 2 tahun menunggang Er6-f aku... mulanya marah juga dengan pemandu kereta yang menyebabkan aku 'dipaksa' berehat selama hampir 3 minggu di rumah.. tetapi kemudian aku sedar bahawa aku mendapat beberapa pengajaran dari kejadian itu.

Pengajaran penting yang aku dapat ialah:

  1. Jika anda sedang menunggang motosikal, dan ada kereta membelok atau menukar lane tanpa memberi signal atau secara membuta tuli (memang sinonim dengan kebanyakkan pemandu Malaysia), pastikan:
    • Anda sempat break dan tidak ada kenderaan dibelakang anda
    • Jika sempat break, tetapi menyebabkan anda terbabas, pastikan ada sentuhan walaupun sedikit dengan kenderaan yang dipandu oleh pemandu 'bijak tahap cipan' itu. Ini kerana jika tiada sentuhan:
      • anda tidak akan dapat 'claim' insuran pemandu 'bijak tahap cipan' itu
      • buat penat anda buat laporan polis kerana jika polis siasat, anda terbabas selepas cuba elak.. case-close dan anda terpaksa 'claim' insuran sendiri
  2. Jika anda bekerja makan gaji
    • pastikan doktor yang merawat anda istiharkan anda 'house hospitalization'. Jika doktor hanya beri MC, anda tidak akan dapat apa-apa manfaat. 
    • Off your hp/email etc... Off your work (kecuali nak update pihak majikan berkaitan eksiden dan cuti MC anda la).. selain itu.. tutup semua sebab MC is MC :)
  3. Jika nak 'claim' insuran sendiri, pastikan motor anda rosak teruk hingga memerlukan beribu ringgit untuk baiki. Setakat bawah RM1000, lambatlah insuran nak lulus. Silap haribulan kena 'reject' atau kena buat kerja renya (nak kena submit itu ini la.. kena buat mcm-mcm la).
  4. HORMATI HAK OKU. Seksa oo bila aku terpaksa parking jauh sebab parking OKU telah digunakan oleh orang yang OKU di bahagian otak (bahagian lain sihat.. kat otak tu je tak leh fikir.. sinonim juga dengan pemandu Malaysia)
  5. Malaysia kekurangan infrastruktur untuk OKU. Yang ada pula disalahgunakan oleh OKO @ Orang Kurang Otak.
Apa pun.. kalau boleh.. elakkan dari terlibat dengan eksiden. Seksa oo