Showing posts with label Athirah. Show all posts
Showing posts with label Athirah. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Kakak masuk english contest

Sabtu bebaru ni, anak aku dipilih sekolah untuk pertandingan menyanyi sempena english carnival. Apa lagi.. excited sampai tak boleh tidur. Pukul 5.30pg dah bangun. hahaha...

Aku pun excited juga nak tengok. Maklum lah.. dulu kecik-kecik pemalu.

Bertempat di SK Taman Prima, Selayang... acara tersebut bermula. Ini merupakan video yg aku ambil guna handphone. Gambar dan video guna kamera akan diupload lambat sedikit.

:)

Monday, August 5, 2013

Majlis Berbuka Puasa MPN @ Pondok Moden Ad-Darrain

Pertam tiba :)
Pada hari jumaat, tanggal 26 Julai, 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H, company tempat aku kerja (Matrix Power Network) telah mengadakan satu lawatan ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain yang ditadbir oleh ustaz Mohd Fadzil Ismail. Ia merupakan satu inisiatif syarikat untuk mengadakan satu aktiviti setiap quarter bagi memastikan pekerjanya dilengkapi pembinaan dari segi fizikal dan rohani serta merapatkan diri pada Allah.

Seronok nampak
Kunjungan kali ini adalah bertujuan merapatkan diri pada tempat-tempat ilmu, menyerahkan sumbangan dan seterusnya berbuka puasa bersama pelajar tahfiz.








Suka laman luas
Untuk yang berminat, Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain ini terletak di Lot 2849, Jalan Cempaka, Batu 10,Telok Panglima Garang, 42500 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Untuk ke lokasi boleh rujuk di website mereka atau google-maps.

Pondok Moden
Hajat di hati nak bawa tiga orang anak aku, tetapi yang no. 3 kena chicken-pox pula. Maka, terpaksalah pergi bertiga (dengan kakak dan idlan). Kita orang bertolak pada pukul 4 petang (senyap-senyap keluar masa syasya tidur.. kalau tak dia nak ikut.. kesian pula, tapi tak nak le ada orang terkena jangkitan lak). Sengaja aku tolak awal sebab tak tau jalan.

Menggunakan peta dalam aplikasi Sygic (tak banyak lokasi dia dapat cari), aku terpaksa ikut jalan jauh. Cuak juga sebab masuk jauh ke dalam kampung. Tapi alhamdulillah, aku sekeluarga tiba pada pukul 5 petang. Paling awal tu.... Sampai je dengar dia orang tengah membaca Quran. Ada juga yang sedang kemas meja.

Sengih je ko
apa yang ko fikirkan
Dalam pukul 5.30pm, barulah ada seorang demi seorang staff MPN yang telah memberi kata putus untuk hadir, tiba di lokasi.
Memilih pewangi... 

Aku la ni
Lead (yang kecik) singer and backup singer
Majlis bermula dengan persembahan Qasidah dari pelajar tahfiz sementara menanti ketibaan mudir @ Al-fadhil Ustaz Fadzil dan MD MPN. Lebih kurang pukul 6.15, MD MPN tiba bersama mudir dan majlis bermula dengan kata aluan dari pengerusi majlis yang dikhabarkan akan kahwin tak lama lagi. Kemudian, giliran mudir memberi sepatah dua kata dan diteruskan dengan MD MPN.

Pelajar Tahfiz


Chalet untuk yang datang hari minggu
Selepas itu, majlis penyerahan sumbangan. Kemudian, para pelawat (kita orang la) dibawa oleh mudir melihat disekeliling pondok moden. Fuuh.. hebat dan cukup lengkap serta sempurna. Memang bestlah. Pada orang dewasa yang berminat mendalami ilmu agama pada hari sabtu dan ahad, juga disediakan 'chalet' untuk tidur disana. Masa melalui tempat masa, kelihatan pelajar tahfiz sedang memasak juadah. Hebat.. sambil masak, sambil mengalunkan ayat-ayat suci Allah (patutlah makanan yang dia orang masak walaupun bukan taraf Cef, tapi sedap dimakan)

Sembang sambil tunggu waktu berbuka
Tour tamat pada pukul 7.15mlm dan semua bersedia untuk berbuka puasa. Aku duduk bersama anak lelaki aku manakala si kakak nya aku suruh join staf perempuan MPN. Selepas berbuka puasa (yang ringan tapi berat juga aku lantak.. kuih sedap ooo), kita orang tunaikan solat Maghrib bersama imam tahfiz. Sedap suara walaupun orang nya senyap je.

Lepas solat maghrib, lantak lagi.. sedap gak.. aku tambah ooo... Masak simple iaitu dalca daging dan sambal ayam serta acar timun... Paling best ialah air jus manga yang dibuat sendiri dan juga manisan yang turut dibuat sendiri... sedap dan menyelerakan.

Selepas itu, ada beberapa orang staf bergerak pulang kerana ada yang ambil kesempatan cuti tiga hari untuk pulang ke kampung dan ada yang ada urusan lain.

Aku lak.. tunggu solat isyak.. :).. Lepas solat isyak, aku pun angkat kaki balik.. sebab fikirkan perjalanan yang jauh serta agak kepenatan.

Al-fadhil Ustaz Mohd Fadzil Ismail @ Mudir
Hmm.. apa yang aku dapat untuk aktiviti kali ini?
1. Memasak sambil mengalunkan ayat-ayat suci lagi baik dari menyanyi.. Confirm makanan sedap (dah dua kali lihat perkara ni.
2. Bila ada masa lapang, datanglah dalami ilmu agama disini. Suasana yang cukup baik
3. Bila kerja dengan ikhlas kerana Allah, semua perkara dipermudahkan.

Gambar lain boleh dilihat di sini.

Sunday, June 16, 2013

Princess Yah & Princes Syasya :)

Minggu lepas, 8hb Jun, 2013 adalah hari perkahwinan anak ibu @ pengasuh anak-anak aku. Anak-anak aku terutamanya Syasya sudah pun seperti sebahagian dari keluarga ibu. Apa tidaknya, adakalanya selamba je tidur sana. Ikut dia orang pergi berjalan termasuk ke Genting Highlands ntah berapa kali dah. Aku sendiri pun tak naik lagi.. Setakat lalu je. Itu pun sebab nak pergi Kelantan.

Di pendek kan cerita, si ibu ni belikan baju gaun ala-ala princess termasuk sekali dengan kasut. Syasya lah yang paling complete hingga ke kasut sekali. hahaha. Dari pagi lagi dia orang dah ada kat sana. Siap berpakaian. Sempat la aku ambil beberapa shots gambar dia orang buat kenangan.

Maka inilah gambar puteri-puteriku yang dua orang ni yang diapit oleh heroku .. Idlan



Macho seorang hero

Princess Yah

Princess Syasya

Disamping pengantin

Mengiringi pengantin

Princess Sofi

Band yang memang ummmph la..

Tempat bersanding

Hero & 2 princess ... belakang kiri (baju biru) ialah ibu

Tuesday, May 14, 2013

Panjat Bukit Broga

Hari sabtu lepas, 11.05.2013, aku dengan anak aku (kakak dan idlan) turut serta dalam aktiviti syarikat iaitu 'Fitness Program & CSR' di Bukit Broga, Semenyih. Lokasi adalah seperti dibawah.

View Larger Map

Sedia ceria
Semasa taklimat, telah dimaklumkan bahawa pendakian ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil (bawah 12 tahun). Tapi aku ignore je. Bawa juga anak aku untuk lihat sejauh mana kemampuan dia orang. Itu pun sebab pengasuh anak aku ada buat majlis, kalau tak mau wife aku ikut serta juga :).

Seawal 7 pagi aku bertolak dari rumah. Anak aku cukup bersemangat. Kesian kat anak ketiga aku yang tak dapat aku bawa. Memang tak sesuai lah untuk dia. Kami hanya ambil sandwich sorang satu beserta air pilihan masing-masing.

Gembira nak daki
Tiba di tempat (tidak susah mencari tetapi teragak-agak juga) yang dituju (Bukit Broga) pada pukul 8.15 pagi. Setelah semua staff yang berminat tiba (dalam pukul 8.45), taklimat disampaikan oleh pengarah program dan sesi warm-up.

Aku dan anak aku bergerak dulu sebab kata mereka nanti aku ketinggalan sebab yang lain tak bawa anak... hahahaha...

Sampai kat permulaan pendakian, aku berhenti sekejap untuk ambil gambar. Kemudian big boss aku sampai bersama beberapa orang diketuai Miqdad (rakan sekerja yang biasa mendaki). Kami teruskan dan aku mula terasa penyeksaan dalam pendakian terutamanya dengan beg yang penuh dengan kamera, lens dan air minuman.. berat sungguh.

Idlan memanaskan badan
Sampai satu bahagian, anak perempuan aku (kakak) dah jauh ketinggalan bersama Miqdad dan bos. Aku suruh tunggu sebab aku tak larat tapi anak aku cakap tak pe sebab ada dengan bos dan Miqdad. Cuma idlan je lah dengan aku.

Sampai satu bahagian sukar lagi, si Idlan sudah meninggalkan aku. Kali ini dia bersama dengan Shahril yang memotong aku ... hahaha..

Aku akhirnya tiba di check-point 1 setelah kakak tiba lebih awal diikuti oleh Idlan. Seronok anak aku gelakkan abah dia yang baru sampai. Siap kutuk lagi tu.
Kakak di check point 1

Lepas rehat seketika, anak aku ajak naik ke puncak (check-point 2) Bukit Broga yang tidak jauh tapi aku dah larat (bersama warga Matrix lain yang juga pertama kali mendaki). Cukuplah setakat ini .. hahaha.

Selepas seketika, kami laksanakan projek CSR dengan mengutip sampah sekeliling. Sayang, ramai orang Malaysia ingin sihat dan menikmati keindahan alam, tetapi dalam masa yang sama tidak hiraukan kebersihan.


Hampir 4 karung penuh sampah dikutip dengan botol air, kain, surat khabar, plastik pembalut, etc. hmm.. Mentaliti orang malaysia.

Mentaliti malaysia.. dah makan tak reti buang
Lebih kurang pukul 11 pagi, kami turun. Dan seperti biasa, anak perempuan aku sampai dulu diikuti anak lelaki aku dan aku... hahaha .. I'm proud of you kids :).

Kami di sini
Idlan jumpa duit
Alhamdulillah, pada permulaan, aku rasa risau yang anak aku akan halang aku mendaki, tetapi sebaliknya terjadi. Dan Alhamdulillah, projek ini berjalan dengan jayanya dan anak aku berjaya buktikan kemampuan dia orang.

Di check-point 1

Matrix di Broga

 Untuk gambar lain, boleh tengok di sini dan di sini.

p/s: Gambar sedikit tak clear sebab lens dah pecah... hmmm :(

Sunday, July 8, 2012

Hari sukan sekolah tahap 1

Pada 30 June 2012, anak sulong aku ada sukan sekolah tahap satu... Ada banyak kekurangan.. misalnya sarapan pagi tidak disediakan (kalau sedia pun, tidak ada pendaftaran atau makluman awam). Kesian adik-adiknya yang lapar sebab tak sempat sarapan. Tapi tak kisah le... janji dapat tengok anak aku bersaing (walaupun untuk satu acara je).

Maka lihat lah gambar mereka ini...hopefully jadi kenangan terbaik...















Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Bapa - Dari Athirah

Pagi tadi anak aku cakap ada surprise.. aku cakap apa dia... dia kata semalam nak bagi tapi aku balik lambat.. so dia bagi hari ini.

Rupa-rupanya a note of love from her to me...


Abah sayang athirah juga :)

Sunday, June 3, 2012

Bilik Idaman Athirah

Isteri aku dok suruh aku rancang dan mula sediakan bilik anak-anak. Buat masa sekarang, semuanya tidur sekali dalam master-bed room.. maklumlah, bilik tu pun besor. Tapi, kerana nak ada sorang lagi anak dan juga kena start train dia orang untuk ada bilik sendiri, maka kena start rancang lah.

Aku pun plan tapi tak leh nak execute lagi sebab kewangan tidak izinkan lagi. Nak renovate bukan sikit ooo...  Tapi anak aku yang sulong ni memang excited teramat. Siap dah berikan aku pelan bilik serta apa yang dia nak.... hehehe... advance sungguh..

Tengoklah pelan dia ni.. (klik kat gambar tu kalau nak tau apa dia nak)