A place to share moment of life with people that I love, know, forgotten, and people whom may hate me. This is my journey of life
Thursday, February 27, 2025
Kembara Mencari Damai - Pengembaraan Yang Mencabar - Hari ketiga
Tuesday, July 27, 2021
Perjalanan Vaksinasi - Dos 1
Aku antara yang mula-mula daftarkan diri dalam program vaksinasi yang diumumkan kerajaan. Sejak awal bulan 3 lagi, kerana aku mengerti akan kepentingan vaksin dan proses imunisasi dalam menguatkan badan melawan penyakit selain dari asbab kerana aku juga antara yang berisiko tinggi.
Tetapi, saban hari menanti, rasa geram pun dok ada. Tengah tunggu, keluar pula arahan ikut giliran berdasarkan kepentingan. Didahulukan frontliner. Ok lah, walaupun aku rasa aku juga frontliner kerana perlu bekerja dan juga perlu keluar mendapatkan barang keperluan.
Kemudian kerajaan umumkan pula bahawa AstraZeneca (AZ) dikeluarkan dari senarai tawaran vaksin dan dibuka untuk sesiapa berminat Maka berpusu-pusulah orang berebut AZ ini. Aku terpingga lagi sekali. Tapi tak pe, bagi sedapkan hati aku buat research dan katakan pada diriku yang AZ ni risiko kesan sampingan agak tinggi juga untuk orang macam aku ni (nak sedapkan hati).
Lepas tu, laku macam pisang goreng AZ ni, dibuka lagi. Aku pun join sama berebut daftar kat website vaksincovid. Macam cara orang pakai termasuk tukar alamat, bahasa dan sebagainya. Ada yang buka sehingga beberapa gadjet bagi mendapatkan slot. Dan aku kecewa lagi. Lepas tu keluar berita kata AZ masuk dalam senarai program vaksinasi semula. haiya.... tak pa la.. may be ada harapan
Akhirnya, geram punya pasal sebab terasa tidak guna daftar awal tapi tetap yang jenis serbu juga diutamakan, setiap hari aku hantar kat helpdesk MySejahtera tu dan juga post ke FB. Siap tagging nama menteri dan KKM lagi, demi dapatkan slot.
![]() |
Geram sebab belum dapat appointment |
Menuju penghujung Julai, kawan aku pm aku tanya aku dah dapat ke belum. Aku cakap belum. Lepas tu ada yang share bahawa lepas 1 Ogos, boleh walk-in dan jawapan aku pada dia ialah, walaupun belum walk-in tanpa temujanji, pasti ada SOP. Bukan boleh hentam keromo je datang. Mau sesak PPV, terutamanya PPV yang menawarkan vaksin kasta tinggi seperti pfizer (rakyat marhean kata lah yg pfizer ni kayangan, dan sinovac untuk marhaen.. ye lah sebab cara nak handle vaksin ni berbeza). Kemudian, selang beberapa hari, keluar berita bahawa walk-in hanya jika belum daftar atau belum dapat appointment. Sekali lagi orang yang daftar awal terasa dianak-tirikan.
Tapi, aku rasa lega bila sahabat aku bantu dapatkan aku slot menggantikan orang yang tukar tarikh temujanji. Jadi dapatlah aku temujanji yang mengejut.
Bayangkan, pukul 8 pagi aku semak MySejahtera belum ada lagi (aku jadi tabiat semak pukul 8pg, 12 tengahari, 2 petang dan 4 petang.. takut terlepas pula sebab ada dengar kadang temujanji dapat mengejut). Pukul 10 kawan aku cakap temujanji aku hari ni dan aku tengok tangkap layar skrin yang dia kongsi, temujanjinya pada pukul 9pagi.
![]() |
Terus on kereta dan redah. Nasib line clear |
Sampai je, park kereta dan aku jalan terus masuk. Tiba di barisan dan cuba scan QR code, asyik gagal. Dapat message kata kena semak tarikh. Hairan juga aku. Last aku jalan sampai ke anggota rela bertugas aku tunjuk temujanji yang betul dan cakap pukul 9 tapi aku dapat temujanji pukul 10. Rela tengok tarikh je dia terus suruh masuk.
![]() |
Beratur nak masuk |
Sekali lagi di depan dewan, aku kena imbas suhu badan dan tunjuk kepada petugas temujanji lagi sekali (berapa kali nak semak daaa sebelum dia beri nombor)
![]() |
Ok dapat nombor. So far so good. Laju wei |
Dapat nombor terus nak duduk, baru rasa nak lunjur kaki, nombor aku kena panggil dan sekali lagi kena tunjuk temujanji di MySejahtera (dah masuk 3 kali tunjuk benda sama dah ni). Cuma di kaunter (ala2 kaunter pengesahan walau sebelum ni dah periksa), dia minta kad pengenalan. Disemak dalam komputer dan kemudian diberi 2 borang untuk aku isi. dan disuruh ke bahagian berikutnya.
![]() |
Dah kena panggil daa |
Sampai ke bahagian berikutnya, aku duduk nak isi (nasib baik aku bawa pen sendiri dan aku pula jenis isi laju.. tak ade nak tulis kemas @ cantik.. janji boleh baca sudah). Elok je habis tulis, nombor aku dipanggil untuk kaunter berikutnya.
![]() |
Ok. Isi borang dulu. Takat tanda ni, laju je aku isi. |
![]() |
Tunggu nak masuk bilik cucuk vaksin |
Ini lama la sikit. Mungkin orang sebelum aku ni banyak tanya kut. Tiba giliran aku, aku bagi borang dan siap2 angkat lengan baju. Doktor baru cakap, dia tengok lepas tu dia kata "eh dah angkat". Aku senyum je kata "saya dah biasa kena cucuk dengan jarum ni". Lepas tu ditunjuk berapa banyak nak cucuk serta picagari berisi vaksin sehingga 0.5ml (AZ je 0.5ml). Lepas tu masa dia nak cucuk dia cakap "tahan ye, jangan keraskan tangan".. nak je aku cakap "cucuk je doktor, saya dah biasa".. lepas tu rasa nak berlakon jerit2 bikin drama... hahaha... tapi tak jadi sebab rasa malu lak.. hahaha. Nak ambil gambar pun tak sempat. Habis cucuk, dia tunjuk picagari yang dah kosong. Aku kata ok je. Ye lah, aku tengok dia cucuk, tak de nak pandang tempat lain la. Bukan apa, risau jarum tu kecik bebenor, takut tertinggal lak dalam tangan lepas kena cucuk (hahaha)
Lepas tu dia suruh tunggu luar untuk pemantauan. Aku cakap ok. Terus jalan, cari tempat duduk. Baru nak duduk, nombor aku dipanggil lagi. Adoilah.. Ok la, apa pula kali ni.
Pergi ke kaunter berkenaan, dia minta borang serta kad pengenalan serta tunjukan temujanji lagi untuk pengesahan bahawa sistem dah kemaskini status vaksinasi dos 1. Nasib baik dah berubah. Kalau tak, nak pula aku tanya kenapa tengok sampai 4 kali benda sama (hahaha). Dia isi kad (nape lah ko isi manual ni bro) dan serahkan, lepas tu kata boleh balik. Aik?? Aku dengar ramai kata lepas kena cucuk, doktor suruh tunggu dulu, nak kena pantau dulu dalam 15 minit untuk lihat ada kesan sampingan ke idak. Tapi aku boleh terus balik. Ok lah. Aku pun tak rasa apa lagi. Semuanya selesai dalam pukul 10.55. Yang lama ialah sebab aku beratur nak bergambar je.. huhuhu.
Memang lancar dan laju. Mungkin sebab aku pergi awal, dan mungkin sebab ramai dah dapat, serta mungkin juga sebab hari sabtu.. dan mungkin juga sebab yang bertugas dah mahir. Apa pun, terima kasih kepada UM dan semua yang bekerja hari itu. Proses lancar dan tamat dalam masa kurang dari 20 minit dari masa aku masuk hingga keluar. Terbaik PPV UM & KKM & yang terlibat.
Sampai kat luar, tengok orang beratur ambil gambar. Majoriti datang berpasangan. Jadi boleh lah suruh pasangan ambil gambar. Aku lak dok fikir sapa nak ambil gambar aku. Tak pa la. Apa ada hal.. aku selfie je.
Tiba giliran aku, dengan selamba bodohnya aku buat aksi selfie. Pasangan belakang aku tawarkan bantuan ambil gambar. Aku pun ok aje. Terus posing 2 kali.
Lepas tu aku ambil gambar dia orang pula (dah agak dah... hahahaha).
On the way balik, aku ambil masa sikit pusing2 UM (padahal aku sesat cari jalan keluar sebab dia tukar laluan kerana nak pastikan satu jalan masuk dan satu jalan keluar lepas vaksin). Lepas tu aku singgat AEON untuk beli barang. Kat AEON, terjumpa member satu ofis. Geng rawang lah katakan.
![]() |
Geng sepejabat dan se mukim shopping |
Balik dari tu, rasa mengantuk lak. Malam sebelumnya aku layan movie, jadi tidur lambat. Cuba nak tidur tapi hari agak panas, tak leh tidur. Rasa lenguh badan.. Orang cakap kesan ubat, tapi aku rasa lenguh sebab berat badan (hahaha.. ye lah, dah masuk kategori obese kan). Tapi malam tu aku rasa panas lain macam. Tidur tidak berbaju aku dan aku minum air kosong banyak.
Selalu 1.5l sehari, ni 2.7l aku minum untuk kurangkan panas badan |
Keesokannya juga begitu. Mungkin kesan ubat. Badan rasa panas. Ada rakan-rakan suruh aku makan panadol. Aku cakap aku tak demam, cuma rasa panas. Ramai syorkan dan katanya akan jadi lebih teruk. Kata mereka AZ punya kesan paling teruk. Ok lah, tapi aku tetap tak nak makan panadol selagi boleh. So aku banyakkan minum air (sampai berulang kali ke bilik air) dan mandi lebih lama dari biasa untuk sejukkan badan. Lalu depan orang jual durian, aku tahan sabar je. Ambil bau je dulu. Ye lah, kena hati-hati juga. Durian bersifat panas, dan badan aku pula tengah rasa panas. Kena sabar nampaknya.
Masuk hari ke-2, aku dah tak rasa panas. Petang tu aku terus sambar durian.
Aku ni hantu durian.. tak tahan ambil bau je |
4 kilogram. Aku rasa dari segi ulas durian, aku paling banyak makan berbanding dengan ahli keluarga aku yang lain. Ramai juga berpesan bahwa aku ni nak cari bahaya ni. Baru lagi lepas cucuk dah pekena durian. Aku cakap, dah ok, jadi aku belasah aje lah.
Alhamdulillah, masuk hari ketiga, aku rasa tiada apa-apa yang kritikal. Benar juga kata rakan-rakan yang lain. Dia ikut badan. Hampir semua rakan sepejabat yang ambil vaksin AZ tumbang (demam). Tapi aku, Allah bagi kemudahan pada dos pertama ini. Aku cuma minum air kosong banyak dan mandi air sejuk lama sikit je.
Dos ke-2 ini tidak lah aku ketahui apa kesannya nanti. Yang pasti, ramai katakan bahawa dos ke-2 akan memberi kesan yang lebih teruk dari yang pertama. Risau juga. Apa pun, kena lalui juga demi membolehkan aku nikmati kebaikan vaksin ini, InsyaAllah.. sekali gus memberi sinar harapan untuk aku rentas negeri balik bertemu keluarga di kampung yang telah hampir 2 tahun tidak bertemu secara fizikal, terutama mak aku.
Pada yang belum kena vaksin, jangan risau. Ibarat kena sengat tebuan, ada yang bengkak, ada yang demam, dan ada yang kemerahan sahaja. Semua itu kehendak Allah, menguji sejauh mana kekuatan kita dan tahap kesyukuran kita serta keyakinan kita pada Allah dalam mengharungi era pandemik ini Ini adalah usaha kita, selebihnya kita berserah pada Allah.
Tuesday, March 31, 2020
Sofi menjalani ujian saringan Covid-19
![]() |
On the way |
![]() |
Melalui roadblock :) |
![]() |
Jarak Social!!! |
- Pastikan dilakukan ditempat yang mempunyai kawasan parking yang luas dan mudah. Ini mustahak apabila jumlah orang yang perlu disaring adalah ramai. Kawasan parking tadi agak terhad dan tiada kemudahan parking berhampiran kecuali di tepi jalan.
- Pastikan ditandakan checkpoint yang perlu dilalui. Ini memudahkan aturan perjalanan proses tersebut. Pada hari ini, mungkin agak tergesa, maka tempat pendaftaran tidak berapa jelas dan ramai ibubapa yang terus ke kawasan beratur tanpa pergi mendaftar terlebih dahulu.
- Minta disediakan sanitizer. Walaupun telah dimaklumkan bahawa ibubapa perlu bawa sanitizer, tapi hampir 90% tidak bawa serta mengambil mudah perkara ini.
- Minta diletakkan pita penghadang bagi menghadang ibubapa 'sengal' untuk berada hampir dengan murid. Telah dimaklumkan bahawa perlu berada dalam jarak selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter. Tapi ramai ibubapa yang sayang anak terlebih sangat duduk berhampiran dengan anak dan ada yang siap rapat dengan anak2 yang lain. Ada satu masa aku termasak cakap kuat "sofia duduk depan sikit, pak cik belakang tu dekat sangat. Dia tak tau jarak 1 meter macam mana. Abah tahu, abah nak sofia depan sikit.". Kemudian baru aku nampak dia jarakkan sikit. (dalam hati, hantar anak sekolah tapi ko pula macam tak sekolah. huh?). Masa dipanggil pun sama. Pihak PKD panggil sekali 3 orang, habis semua dengan ibubapa serbu tanpa jaga jarak sosial yang betul. Sekali lagi aku terpaksa cakap kuat, barulah satu mak ni tarik anak dia bagi berdiri kedudukan betul. Huh. Masa nak keluar pun sama juga. Sibuklah ibubapa ni duduk depan pintu keluar. Dan aku terpaksa jerit sekali lagi pada anak aku untuk lalu tepi dan jangan dekat dalam 1 meter. Barulah ibubapa 'sengal' ni beralih dari pintu keluar.
![]() |
Menanti dipanggil |
![]() |
Sofi disaring |
- Hadith & Doa berkaitan Wabak Penyakit https://link.medium.com/nZCmPMWuc5
- Zikir dan Wirid Nabawi buat pendinding dari malapetaka https://link.medium.com/2la4wcnDi5
- Zikir dan Wirid Nabawi buat pendinding dari malapetaka https://titipanqalbu.blogspot.com/2020/03/zikir-dan-wirid-nabawi-buat-pendinding.html
- Antara doa-doa memohon lindungan Allah dari bencana dan penyakit https://titipanqalbu.blogspot.com/2020/03/antara-doa-doa-memohon-lindungan-allah.html
Monday, March 30, 2020
Belajar bersyukur masa Covid-19

Pagi ni family aku sarapan mihun goreng pucat dengan bahan biasa; iaitu telur dan lebihan nugget ayam semalam. Anak2 aku kurang selera tengok. Aku lak, tambah kicap dan cari cili sikit.. Lepas tu minta anak2 hargai makanan.
Aku yakin, seperti anakk-anak aku, ramai parent pun dah pening terutama dengan kerenah anak2 yang sudah biasa makan mewah (sekali sekala makan western, McD, KFC, dan sebagainya), tetapi secara tiba-tiba terpaksa belajar makan makanan yang biasa-biasa. Lalu aku kongsi dengan mereka untuk terapkan nilai syukur. Aku cakap, masa abah kecik, kalau nak makan ayam, mak tok (mak aku) akan bagi RM2 untuk belikan tulang2 ayam baki jiran buat perapan sate. Dalam la dalam sekilo rangka ayam dan mak tok akan buatkan sup. Itulah lauk abah makan sehari tu dengan nasi kosong. Tok wan tak bagi sebab rasa malu, dan abah hanya beli dan mak tok masak bila tok wan kena buat intipan (abah aku dulu PDRM bahagian SB dan JSJ).

Ada masa (dan kebanyakkan masa, abah makan nasi berlaukan telur goreng dan garam. Anak2 tanya, tak masin ke. Aku cakap, masin atau tidak, itu je yang mampu. Itu pun abah sekeluarga bersyukur sebab ada makan. Sebab tu abah, mama korang masak apa pun, abah makan tak berkira. Kalau rasa tawar, abah gigit cili bagi bangkit rasa tu. Korang tau tak, masa abah gi solat kat masjid negara (masa kerja buat projek TM 10 tahun dulu), abah selalu nampak Indon dan Bangla ambil nasi penuh sepinggan + sambal belacan banyak dan telur mata. Itu je dan laju dia orang makan.
Kesimpulannya, aku pesan pada anak2 aku, makanlah apa yang ada dan ajar lidah untuk makan apa sahaja yang orang hidang depan mata walaupun sedikit. Penat mak kau masak. Penat abah dan mama kerja cari duit untuk bagi korang makan. Belajar bersyukur.
Kemudian aku ingatkan mereka bahawa ada tempat2 dah kena perintah berkurung. Dan mereka hanya dibekalkan dengan makanan asas seperti beras, telur, teh dan susu sahaja (mungkin ada lain dan aku tak berapa ingat). Mereka kena hadap apa yang disediakan tu selama 14 hari. Korang rasa macam mana? Jadi belajar bersyukur dan terima apa yang ada agar bila tiba masa kita, kita tidak akan risau. Makan je.. buat isi perut dan tidak lapar. Itu je.
Dan selepas itu, semua anak-anak aku habiskan mihun goreng dalam pinggan mereka.... :)
Sunday, March 29, 2020
Covid-19: Aktiviti masa Perintah Kawalan Pergerakan
Korang tentu bosan kan??? Mak2 pula dah pening nak sediakan menu apa. Kalau yang buat catering atau jaga dewan makan, menu mingguan dewan makan tu boleh guna pakai kat rumah :)
Ok. Pada yang bosan... ada pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan. Pada kaki gym dan runner, naik turun tangga atau lompat skipping di parking keta pun ok. Tak pun buat 5min workout yang boleh burn kalori lebih banyak dan lama dari berlari.

Pada yang ada anak, yang berkemampuan, boleh belajar online atau melawat zoo maya atau cuba AR dari Google. Kat sini https://9to5google.com/2020/03/28/google-ar-animals/ boleh belajar dan cuba macam mana nak tengok.
Gambar sebelah aku try shark ... hahaha seronok anak aku main.
Pada yang tak berkemampuan, juga ada banyak boleh dibuat seperti Murajaah dan Tashmiq bersama anak-anak. Macam aku, agak beruntung sebab 2 orang anak aku di aliran Tahfiz. Sorang di Tahfiz A'liy bawah SRITI, manakala seorang lagi di Maahad Integrasi @ Karimiyah Integrated Islamic School @ KIIS (https://www.facebook.com/karimiyah.iis/)
Ini hari pertama anak aku tashmiq dengan guru hafazannya, Ustaz Muhammad. Jazakallah khairan Ya Ustaz.
Lepas hari pertama, setiap hari dia ber-murajaah dengan mak dia sebab nak pastikan tak tergagap masa buat VC dengan ustaznya. 3 Surah; Yaasiin, Al-Jumuah, dan satu lagi aku tak ingat... habis dihafaznya. Alhamdulillah. Jangan lupa ye nak... Habis 3 surah tu, dia ulang murajaah agar bacaan diperbetulkan tajwid dan makhrajnya bagi perfect.

Hari ni, aku buat kerahan tenaga.. bersihkan kipas dan aircond rumah. Berpeluh gak beb. Tengoklah aku buat timing.. 2 jam.. 1.6k kalori beb.. nak recover perlu rehat 15 jam tu... hehehe. Apa aktiviti korang??
Saturday, March 28, 2020
Covid-19: 28 March 2020 - Imbauan masa lalu

Aku suka roti bawang, tapi sejak PKP @ #perintahkawalanpergerakan #rmo #mco #pkp, tak banyak pilihan tinggal.
Roti ni memang sedap dimakan panas-panas. Kena pula dengan peneman dia seperti kari kambing, kari ayam, sardin, sambal ikan bilis, dan gulai ikan temenung. Anak aku pula suka dengan susu dan gula. Apa pun pilihan, memang kelas la sebagai sarapan mahupun minum petang.

Lepas makan, aku pun bercerita.. Aku cakap la yang kat Kedah memang orang kedah suka ni, tapi ikan temenung yang depa pakai kat kedai selalunya kecik sikit.
Kemudian anak lelaki aku cakap.. "Ye lah, ider pernah makan dengan abah. Masa tu kita pergi dengan mak tok, tok wan.." .."Eh, tok wan je lah. Masa tu abah, ko dan caca balik kampung tengok mak tok. Mak tok masuk spital abah bawah sebab kaki mak tok sakit. Pastu pepagi kita pergi cari roti canai dengan tok wan. Korang oder roti milo. Pening pak cik jual roti canai tu sebab tak pernah buat." .. "Eh ye lah.. dengan caca.. lepas tu kita orang makan roti kosong je"... Kannn.. Semoga Allah jadikan kubur abah @ tok wan salah satu taman2 syurgaMU Ya Allah. Itu lebih 4 tahun dahulu.
Inilah coretan ringkas mengimbau kenangan lalu di kala menikmati makanan kegemaran orang tua aku.
Kepada rakan2 yang masih punya makanan dan masih mampu makan. Hargailah makanan anda. Jangan membazir serta jangan tamak.
Semoga Allah menerima ibadah kita semua, mengampuni dosa kita dan membantu kita melalui zaman kesukaran ini.
Wednesday, January 1, 2020
ماري مرتبتكن جاوي (Mari martabatkan jawi)
تاهون اين، اكو اكن چوبا بوات ڤوستيڠ مڠڬوناكن جاوي سباڽق موڠكين. اين باڬي مڽمبوت سارنان توانكو ڤرماءيسوري اڬوڠ اونتوق ممرتبتكن توليسن ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ اصل دان جوڬ بهاس ايبوندا مليسيا. سموڬ منجادي ساتو تيتيق ڤروبهن ڤد تاهون اين. اكو جوڬ ايڠين مڠاجق راكن-تاولن اونتوق برسام مڠڬوناكن توليسن جاوي اين كران اي اداله لامبڠ جاتي ديري اورڠ تانه ملايو سجق داتڠڽ اسلام ك تانه اين. سباڬاي ڤرمولأن، ايوه، ڬوناكن له دوا اڤليكسي ﴿هاڽ اونتوق اندرواد سهاج﴾ اين. اونتوق يڠ مڠڬوناكن اينترنيت برووسر اتاو ڤرانتي اڤڤلي، بوليه ڬوناكن لينك اين ﴿هتتڤ://ووو.ايجاوي.نيت/چونۏرترۏ2.ڤهڤ﴾ سباڬاي ڤرمولأن. |
Tahun ini, aku akan cuba buat posting menggunakan jawi sebanyak mungkin. Ini bagi menyambut saranan Tuanku Permaisuri Agong untuk memartabatkan tulisan persekutuan tanah melayu yang asal dan juga bahasa ibunda Malaysia.
Semoga menjadi satu titik perubahan pada tahun ini.
Aku juga ingin mengajak rakan-taulan untuk bersama menggunakan tulisan jawi ini kerana ia adalah lambang jati diri orang tanah melayu sejak datangnya Islam ke tanah ini.
Sebagai permulaan, ayuh, gunakan lah dua aplikasi (hanya untuk android sahaja) ini. Untuk yang menggunakan internet browser atau peranti Apple, boleh gunakan link ini (http://www.ejawi.net/converterV2.php) sebagai permulaan.
Tuesday, December 3, 2019
Kembali mencoret - Tips Menyelesaikan Rubik (Back to Sharing - Tips Solving Rubik Cube)
Tidak banyak boleh aku perihalkan kerana mereka lebih pakar. Hanya gambar dan video sebagai petunjuk. Video lengkap tips akan dikeluarkan nanti.
Dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah |
Langkah terakhir |
Bawah ini 2 video bukti penggunaan tips diatas