Monday, March 30, 2020

Belajar bersyukur masa Covid-19



Pagi ni family aku sarapan mihun goreng pucat dengan bahan biasa; iaitu telur dan lebihan nugget ayam semalam. Anak2 aku kurang selera tengok. Aku lak, tambah kicap dan cari cili sikit.. Lepas tu minta anak2 hargai makanan.
Aku yakin, seperti anakk-anak aku, ramai parent pun dah pening terutama dengan kerenah anak2 yang sudah biasa makan mewah (sekali sekala makan western, McD, KFC, dan sebagainya), tetapi secara tiba-tiba terpaksa belajar makan makanan yang biasa-biasa. Lalu aku kongsi dengan mereka untuk terapkan nilai syukur. Aku cakap, masa abah kecik, kalau nak makan ayam, mak tok (mak aku) akan bagi RM2 untuk belikan tulang2 ayam baki jiran buat perapan sate. Dalam la dalam sekilo rangka ayam dan mak tok akan buatkan sup. Itulah lauk abah makan sehari tu dengan nasi kosong. Tok wan tak bagi sebab rasa malu, dan abah hanya beli dan mak tok masak bila tok wan kena buat intipan (abah aku dulu PDRM bahagian SB dan JSJ).

Ada masa (dan kebanyakkan masa, abah makan nasi berlaukan telur goreng dan garam. Anak2 tanya, tak masin ke. Aku cakap, masin atau tidak, itu je yang mampu. Itu pun abah sekeluarga bersyukur sebab ada makan. Sebab tu abah, mama korang masak apa pun, abah makan tak berkira. Kalau rasa tawar, abah gigit cili bagi bangkit rasa tu. Korang tau tak, masa abah gi solat kat masjid negara (masa kerja buat projek TM 10 tahun dulu), abah selalu nampak Indon dan Bangla ambil nasi penuh sepinggan + sambal belacan banyak dan telur mata. Itu je dan laju dia orang makan.

Kesimpulannya, aku pesan pada anak2 aku, makanlah apa yang ada dan ajar lidah untuk makan apa sahaja yang orang hidang depan mata walaupun sedikit. Penat mak kau masak. Penat abah dan mama kerja cari duit untuk bagi korang makan. Belajar bersyukur.

Kemudian aku ingatkan mereka bahawa ada tempat2 dah kena perintah berkurung. Dan mereka hanya dibekalkan dengan makanan asas seperti beras, telur, teh dan susu sahaja (mungkin ada lain dan aku tak berapa ingat). Mereka kena hadap apa yang disediakan tu selama 14 hari. Korang rasa macam mana? Jadi belajar bersyukur dan terima apa yang ada agar bila tiba masa kita, kita tidak akan risau. Makan je.. buat isi perut dan tidak lapar. Itu je.

Dan selepas itu, semua anak-anak aku habiskan mihun goreng dalam pinggan mereka.... :)

No comments: