Monday, September 1, 2014

Membaiki Kunci Pintu Rumah jenis 'Cylinder Dead-Lock'

Pintu rumah aku pecah gara-gara terlebih pulas dan hentaman pintu berulang kali kerana angin kuat. Untuk menjimatkan belanja, aku cuba baiki sendiri dengan cari kunci serupa serta cara pemasangannya. Namun, agak kecewa kerana didalam kebanyakkan laman sesawang, kunci yang dipaparkan tidak serupa atau cara pemasangannya tidak lengkap. Malah, video @ youtube juga tidak membantu.

Setelah belajar sendiri (dengan tunjuk ajar mertua) dan memahami caranya, aku berhasrat berkongsi caranya.

Langkah menggantikan kunci pintu jenis Cylinder Dead-Lock adalah seperti berikut.
1. Setelah kunci asal dibuka keseluruhannya, ukur panjang jarak antara kunci dengan lubang kekunci.
Kunci yang telah di'robek' keluar
Ukur jarak utama
2. Dapatkan kunci jenis yang sama dari kedai hardware berhampiran. Anda sepatutnya mempunyai set seperti berikut. Set asal kunci mungkin tidak panjang. Dapatkan kunci yang panjangnya sama dengan kunci asal bagi mengelak perubahan pada pintu anda.
Set kunci pintu


3. Mulakan dengan memasang sendal kunci.



4. Buka/keluarkan tombol pintu seperti dibawah

Tekan pin ke bawah untuk keluarkan tombol seperti dibawah

5. Tarik keluar penutup kunci

6. Masukkan tombol pintu dan pastikan ruang kunci antara kunci dan tombol ter'lekat' @ masuk didalam ruang yang betul.


7. Kemudian, 'skru'kan penutup kunci seperti dua gambar dibawah

Selepas penutup kunci di 'skru' kan ke pintu.
 8. Tutup penutup kunci seperti dibawah


9. Akhir sekali, masukkan kembali tombol pintu dan pastikan ia masuk ke dalam ruang 'cakuk' yang tersedia seperti sebelum dikeluarkan.

10. Pintu anda telah siap diganti kunci. :)


Dan akhirnya, anda boleh tidur lena tanpa terkejut anak kacau program anda :)

Peralatan yang diguna pakai :)








No comments: