Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010 @ Felda Hot Spring, Sungai Klah, Perak

7 Syawal, aku sekeluarga bersama dengan keluarga mertua aku, termasuklah abg ipar dan kak ipar dan anak2 dia org pergi bercuti raya di Felda Hot Spring, Sungai Klah, Perak. Satu percutian yang aku gambarkan dan kemudian direalisasikan oleh abg ipar aku, Fattah. Agak sedih sikit sebab Abg Fattah dan Kak Min tak boleh join last minute sebab kena pulang ke kampung kerana masalah kesihatan bapa mertuanya. Walau bagaimanapun, terima kasih bebanyak brother for making this happen. :)

Salah satu villa di Felda Hot Spring
Percutian ini agak menyeronokkan... anak aku suka teramat... mandi kolam panas la, kolam jakuzi la.. kolam air gunung la... aku, abg ipar (helmi) & adik ipar (acap & azel) siap main ATV lagi.. first time naik... susah juga ye nak kawal. Anyway... this is a fun and enjoyable trip... Kurang dia satu je.. makanannya kureng enak. Yang lain, memang kelas lah...

Ini ada sebahagian gambar yg aku ambil ketika disana...
Di depan villa cafe (Sayang dan 3 org anakku)
Di depan tasik air gunung

Di salah satu punca air panas... :)

Aidilfitri 2010 @ Sungai Petani

Tahun ni beraya di sungai petani. Agak kurang menyeronokkan. Bukan kerana aku tidak gembira pulang berjumpa mak abah... tetapi kerana tahun ini, bonus tiada, maka perayaan kali ini agak suram memandangkan aku terpaksa berjimat cermat. Malah pakaian raya isteri dan anakku pun tidak dibeli. Dan tiada sumbangan aku berikan pada kedua orang tuaku... Sedih sangat.

Ini juga kali pertama aku menetap di hotel kepunyaan HPA... El-Zahra Inn dan juga Cinta Sayang Resort. Komen terhadap hotel ini telah aku berikan pada blog aku mengutuk (baca disini)

Sini ada beberapa gambar aku ambil bersama kaum kerabat ku ketika raya

mak kat belakang tgh duduk atas kerusi.. didepan ni adik ipar aku dengan anak menakan dia..



sebelah kanan ialah bapa aku... dan yg pakai baju biru tu, pak tam aku... lokasi ialah di atas pangkin depan rumah pak tam






Ni lak isteri tersayang dengan anakku yg ketiga.. Batrisya...




Ni anak sulong dan anak lelaki aku bersama tok usu dia org...