Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010 @ Sungai Petani

Tahun ni beraya di sungai petani. Agak kurang menyeronokkan. Bukan kerana aku tidak gembira pulang berjumpa mak abah... tetapi kerana tahun ini, bonus tiada, maka perayaan kali ini agak suram memandangkan aku terpaksa berjimat cermat. Malah pakaian raya isteri dan anakku pun tidak dibeli. Dan tiada sumbangan aku berikan pada kedua orang tuaku... Sedih sangat.

Ini juga kali pertama aku menetap di hotel kepunyaan HPA... El-Zahra Inn dan juga Cinta Sayang Resort. Komen terhadap hotel ini telah aku berikan pada blog aku mengutuk (baca disini)

Sini ada beberapa gambar aku ambil bersama kaum kerabat ku ketika raya

mak kat belakang tgh duduk atas kerusi.. didepan ni adik ipar aku dengan anak menakan dia..



sebelah kanan ialah bapa aku... dan yg pakai baju biru tu, pak tam aku... lokasi ialah di atas pangkin depan rumah pak tam






Ni lak isteri tersayang dengan anakku yg ketiga.. Batrisya...




Ni anak sulong dan anak lelaki aku bersama tok usu dia org...

No comments: