Monday, June 15, 2015

Cuti Sekolah - Ke mana kita

Cuti sekolah ini, perkara pertama ditanya oleh anak-anak aku ialah, kita nak pergi mana abah... Aku punya reply simple je... "Tak".. mulalah sorang sorang buat muka.. so terpaksalah panjangkan penerangan.. Aku cakap "Lagi 2 bulan kita nak balik kampung raya insyaAllah. Abah akan spend duit banyak masa tu... nak prepare persiapan raya, nak tempah hotel, nak budget journey dan selepas tu"... Dengar je hotel.. terus dia orang happy... hehehe

Tapi nak kata tak buat pape, tak juga... aktiviti tetap ada...

1. Membeli-belah di Hospital Sungai Buloh
sofi dapat berus gigi
(abah tolong jawap)
Pada 3hb Jun, 2015... aku bawa anak aku pergi hospital untuk buat medical checkup... Lepas checkup, memandangkan dah jadi macam satu event jualan murah bila masuk gaji di kebanyakkan pejabat kerajaan (antara punca kenapa gaji staf kerajaan tak cukup... awal-awal lagi peniaga dah umpan) termasuklah hospital, maka aku pun jejalan lah tengok.. Lagipun ada permintaan dari wife untuk beli baju... dan memandangkan dah lama aku tak beli pape untuk isteri aku, aku ok je lah :). Lepas tu tengokkan jubah anak... dan end-up aku spend about RM130 untuk beli baju (kecuali baju anak lelaki aku sebab tak de di jual)

Masuk  peraduan pasal gigi
Ider cari jawapan
Hari pertama dapat jubah
seronok gilos
Seronok pakai jubah
Beli baju perojen @ jubah frozen
2. Belajar muzik di UiTM
Boleh masuk tak Asia Got Talent.. hehehe
Aktiviti kedua yang anak aku buat masa cuti ialah belajar muzik dikendalikan oleh Fakulti Muzik, UiTM yang terletak di INTEC, Seksyen 17, Shah Alam. Pening juga nak cari tempat sebab signboard INTEC tu kecik sangat dan agak terselindung. Ini gambar dia orang main piano... aku suruh ambil piano sebab kalau nak belajar main gitar, kena ada gitar sendiri dan size anak aku kecik je untuk pegang gitar. Biola dan Gamelan pula anak aku tak minat. So main le piano. Surprisingly, cikgu muzik cakap anak sulung aku berbakat sebab dah boleh main satu lagu... itu baru 2 jam belajar tu... hehehe Anak ke-2 aku masih dalam proses mencuba. Kena pula dia duduk dengan adik dia, memang kompem main je lah..

Hensem boy main muzik
Itu je aktiviti dia orang... lepas ni kena plan untuk hantar dia orang belajar betul main piano dan belajar berenang pula...

Kos belajar

Cikgu muzik.... (cun pulak.. hahaha)