Sunday, February 20, 2011

Percutian yang tidak menjadi....

Fitri mengambil gambar dirumah toknya
Hujung bulan lepas, semasa sekolah bercuti panjang, aku rancang satu percutian keluarga ke utara bermula dari 28 Januari hingga 3 Februari. Pada mulanya percutian itu agak menyeronokkan. Namun, mungkin kerana anak-anak aku masih kecil, maka mereka lebih suka berada di bilik hotel dan menghabiskan masa di hotel berbanding berjalan-jalan. Aku hanya sempat mengambil gambar menaiki feri ke pulau pinang. Seronok juga anak-anak aku menaiki feri. Maklumlah, pengalaman pertama mereka. Anak sulongku memaksa aku mengulanginya lagi, namun terpaksa aku tolak dengan baik.

Isteri dan anakku diatas feri (nama tak ingat) yg slow
Sukar juga memandu di Pulau Pinang yang telah hampir 10 tahun aku tinggalkan. Kesesakkannya mengalahkan Kuala Lumpur kerana diluar waktu puncak, aku masih sukar melalui jalan-jalannya. Kekurangan 'parking-lot' juga menyukarkan aku untuk berjalan-jalan dan mengambil gambar.

Agak kecewa sedikit kerana beberapa tempat kegemaran sudah tiada dan ada yang bertukar serta ada juga yang telah berubah tukang masaknya lantas menjadikan keenakkannya berkurangan.


Ke Penang

Mee goreng mamak yang asli... mee goreng mamak kat KL hampeh

Masih lagi kekalkan ciri tradisional untuk mengoreng mee.. lokasi: stadium penang. Tapi ada tempat lagi best dari sini.. lokasi: air itam, penang

Batrisya dengan rakusnya makan mee goreng mamak...

Cucoq udang.. lazat beb... lokasi: market chowrasta, penang.. singgah pekena lepas beli jeruk pala. Yang buat ni member aku masa sekolah dulu... dia dah tak kenal aku