Tuesday, March 31, 2020

Sofi menjalani ujian saringan Covid-19

Minggu lepas aku dimaklumkan bahawa salah seorang tenaga pengajar di sekolah anakku disahkan +ve Covid-19 manakala guru2 lain diarahkan menjalani saringan dan kuarantin dirumah selama 14 hari. Dan semalam, pihak sekolah mendapat arahan PKD untuk melaksanakan saringan ke atas semua pelajarnya. Dengan kerjasama pihak sekolah, PKD dan PDRM, ujian tersebut dilaksanakan di sebuah dewan.

On the way
Makanya, sebagai ketua keluarga, aku bawalah anak aku ke dewan tersebut.

Beberapa point ingin dikongsi bersama disini.
1. Tahniah pada pengurusan SRITI kawasan Selayang, Selangor kerana mengambil inisiatif bersama PKD dan PDRM dalam melaksanakan saringan ini. Semoga Allah memelihara dan menjauhkan semua bala termasuklah Covid-19 dari warga SRITI keseluruhannya.

Melalui roadblock :)













2. Sekiranya perlu dilakukan lagi dan jika pihak sekolah lain juga ingin laksanakannya, saya mencadangkan beberapa perkara.
Jarak Social!!!
  • Pastikan dilakukan ditempat yang mempunyai kawasan parking yang luas dan mudah. Ini mustahak apabila jumlah orang yang perlu disaring adalah ramai. Kawasan parking tadi agak terhad dan tiada kemudahan parking berhampiran kecuali di tepi jalan.
  • Pastikan ditandakan checkpoint yang perlu dilalui. Ini memudahkan aturan perjalanan proses tersebut. Pada hari ini, mungkin agak tergesa, maka tempat pendaftaran tidak berapa jelas dan ramai ibubapa yang terus ke kawasan beratur tanpa pergi mendaftar terlebih dahulu.
  • Minta disediakan sanitizer. Walaupun telah dimaklumkan bahawa ibubapa perlu bawa sanitizer, tapi hampir 90% tidak bawa serta mengambil mudah perkara ini.
  • Minta diletakkan pita penghadang bagi menghadang ibubapa 'sengal' untuk berada hampir dengan murid. Telah dimaklumkan bahawa perlu berada dalam jarak selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter. Tapi ramai ibubapa yang sayang anak terlebih sangat duduk berhampiran dengan anak dan ada yang siap rapat dengan anak2 yang lain. Ada satu masa aku termasak cakap kuat "sofia duduk depan sikit, pak cik belakang tu dekat sangat. Dia tak tau jarak 1 meter macam mana. Abah tahu, abah nak sofia depan sikit.". Kemudian baru aku nampak dia jarakkan sikit. (dalam hati, hantar anak sekolah tapi ko pula macam tak sekolah. huh?). Masa dipanggil pun sama. Pihak PKD panggil sekali 3 orang, habis semua dengan ibubapa serbu tanpa jaga jarak sosial yang betul. Sekali lagi aku terpaksa cakap kuat, barulah satu mak ni tarik anak dia bagi berdiri kedudukan betul. Huh. Masa nak keluar pun sama juga. Sibuklah ibubapa ni duduk depan pintu keluar. Dan aku terpaksa jerit sekali lagi pada anak aku untuk lalu tepi dan jangan dekat dalam 1 meter. Barulah ibubapa 'sengal' ni beralih dari pintu keluar.

Menanti dipanggil
Sofi disaring
3. Saya amat berharap bahawa unit bergerak saringan dapat diadakan atau disegerakan bagi membolehkan penyaringan dibuat di rumah. Kalau suami isteri dan seorang anak je ok lah. Kalau keluarga ramai atau tidak punya kereta, memang seksa lah nak ke pusat saringan.
Dah sudah. Jom balik

Itu sahaja pengalaman yang ingin dikongsi.

Semoga kita dijauhkan dari segala malapetaka. 







Amalkan doa-doa serta wirid yang ulama unjurkan. Moga-moga Allah qabulkan doa kita dan hindarkan kita dari bala Covid-19 dan segala wabak penyakit. InsyaAllah
  1. Hadith & Doa berkaitan Wabak Penyakit https://link.medium.com/nZCmPMWuc5
  2. Zikir dan Wirid Nabawi buat pendinding dari malapetaka https://link.medium.com/2la4wcnDi5
  3. Zikir dan Wirid Nabawi buat pendinding dari malapetaka https://titipanqalbu.blogspot.com/2020/03/zikir-dan-wirid-nabawi-buat-pendinding.html
  4. Antara doa-doa memohon lindungan Allah dari bencana dan penyakit https://titipanqalbu.blogspot.com/2020/03/antara-doa-doa-memohon-lindungan-allah.html

No comments: