Tuesday, May 14, 2013

Panjat Bukit Broga

Hari sabtu lepas, 11.05.2013, aku dengan anak aku (kakak dan idlan) turut serta dalam aktiviti syarikat iaitu 'Fitness Program & CSR' di Bukit Broga, Semenyih. Lokasi adalah seperti dibawah.

View Larger Map

Sedia ceria
Semasa taklimat, telah dimaklumkan bahawa pendakian ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil (bawah 12 tahun). Tapi aku ignore je. Bawa juga anak aku untuk lihat sejauh mana kemampuan dia orang. Itu pun sebab pengasuh anak aku ada buat majlis, kalau tak mau wife aku ikut serta juga :).

Seawal 7 pagi aku bertolak dari rumah. Anak aku cukup bersemangat. Kesian kat anak ketiga aku yang tak dapat aku bawa. Memang tak sesuai lah untuk dia. Kami hanya ambil sandwich sorang satu beserta air pilihan masing-masing.

Gembira nak daki
Tiba di tempat (tidak susah mencari tetapi teragak-agak juga) yang dituju (Bukit Broga) pada pukul 8.15 pagi. Setelah semua staff yang berminat tiba (dalam pukul 8.45), taklimat disampaikan oleh pengarah program dan sesi warm-up.

Aku dan anak aku bergerak dulu sebab kata mereka nanti aku ketinggalan sebab yang lain tak bawa anak... hahahaha...

Sampai kat permulaan pendakian, aku berhenti sekejap untuk ambil gambar. Kemudian big boss aku sampai bersama beberapa orang diketuai Miqdad (rakan sekerja yang biasa mendaki). Kami teruskan dan aku mula terasa penyeksaan dalam pendakian terutamanya dengan beg yang penuh dengan kamera, lens dan air minuman.. berat sungguh.

Idlan memanaskan badan
Sampai satu bahagian, anak perempuan aku (kakak) dah jauh ketinggalan bersama Miqdad dan bos. Aku suruh tunggu sebab aku tak larat tapi anak aku cakap tak pe sebab ada dengan bos dan Miqdad. Cuma idlan je lah dengan aku.

Sampai satu bahagian sukar lagi, si Idlan sudah meninggalkan aku. Kali ini dia bersama dengan Shahril yang memotong aku ... hahaha..

Aku akhirnya tiba di check-point 1 setelah kakak tiba lebih awal diikuti oleh Idlan. Seronok anak aku gelakkan abah dia yang baru sampai. Siap kutuk lagi tu.
Kakak di check point 1

Lepas rehat seketika, anak aku ajak naik ke puncak (check-point 2) Bukit Broga yang tidak jauh tapi aku dah larat (bersama warga Matrix lain yang juga pertama kali mendaki). Cukuplah setakat ini .. hahaha.

Selepas seketika, kami laksanakan projek CSR dengan mengutip sampah sekeliling. Sayang, ramai orang Malaysia ingin sihat dan menikmati keindahan alam, tetapi dalam masa yang sama tidak hiraukan kebersihan.


Hampir 4 karung penuh sampah dikutip dengan botol air, kain, surat khabar, plastik pembalut, etc. hmm.. Mentaliti orang malaysia.

Mentaliti malaysia.. dah makan tak reti buang
Lebih kurang pukul 11 pagi, kami turun. Dan seperti biasa, anak perempuan aku sampai dulu diikuti anak lelaki aku dan aku... hahaha .. I'm proud of you kids :).

Kami di sini
Idlan jumpa duit
Alhamdulillah, pada permulaan, aku rasa risau yang anak aku akan halang aku mendaki, tetapi sebaliknya terjadi. Dan Alhamdulillah, projek ini berjalan dengan jayanya dan anak aku berjaya buktikan kemampuan dia orang.

Di check-point 1

Matrix di Broga

 Untuk gambar lain, boleh tengok di sini dan di sini.

p/s: Gambar sedikit tak clear sebab lens dah pecah... hmmm :(

No comments: