Tuesday, May 7, 2013

PRU13 - Aku telah mengundi

Alhamdulillah, pada hari ahad lepas, yakni 05/05/2013, aku mengundi lagi. Ini merupakan kali ke-4 mengundi setelah kali pertama melakukannya pada PRU10 (1999).

Suasana kali ini agak menarik berbanding pada PRU10 dan PRU11 dan lebih mencabar dari PRU12. Ini kerana masyarakat kini lebih banyak terbuka pada maklumat yang pelbagai, baik dari segi maklumat yang sah mahupun umpatan dan fitnah.

Pada PRU10, aku mengundi di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Di kala itu, aku memilih berdasarkan pada pilihan keluargaku iaitu BN. Pada aku, tiada perbezaan sangat ketika itu memandangkan aku masih belajar dan akan menamatkan pengajian aku dan memulakan kerja.

Pada PRU11, aku sudah bijak menilai. Kali ini, aku mengundi di Shah Alam. Walaupun ketika itu, IC aku  menunjukkan aku orang Pulau Pinang, tetapi kita aku mengubah tempat mengundi kepada Shah Alam, aku memberi alasan bahawa aku menetap di Shah Alam dan bekerja di Bangi. Cuma aku bernasib baik kerana ketika itu, sentimen pengundi hantu tidak dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim. Jika tidak, aku pasti dianggap sebagai pengundi hantu walaupun aku sebenarnya menetap di Shah Alam hanya kerana IC aku tertera alamat Penang dan aku bekerja di Bangi (hanya orang rumah sewa aku je kenal aku.. orang sekitar tak kenal sebab aku keluar rumah selepas subuh dan balik rumah lepas maghrib... hari sabtu ahad aku lepak di KL :)) ... Apa pun, ketika itu aku lebih kepada parti dan personaliti MUSLIM. Aku memangkah PAS ketika itu memandangkan aku tidak kisahkan sangat siapa yang memimpin Shah Alam dan ketika itu Shah Alam sendiri sudah cukup meriah dengan ceramah agama.

Pada PRU12, aku sekali lagi menukar tempat mengundi aku. Ketika itu, aku mengundi di Bandar Tasik Puteri (DUN Kuang dan Parlimen Selayang). Tujuan aku menukar tempat mengundi kerana aku sudah membeli rumah dan menetap disitu. Bagi aku, apa guna aku mengundi di Penang atau Shah Alam jika apa jua pilihan aku tidak akan membawa sebarang perubahan kepada hidupku di tempat yang aku diami ketika ini. Lantas, serentak dengan pertukaran alamat di IC aku, aku menukar sekali tempat mengundi bagi memudahkan segala urusan dan memastikan aku nikmati apa yang aku pilih. Aku tidak mahu menjadi seperti sebilangan orang yang sanggup pulang ke tempat lain untuk memilih sedangkan setiap perubahan disitu tidak membawa perubahan ketara kerana tidak menetap disitu. Bagi aku, sebaiknya kita perlu mengundi dikawasan yang kita diami kerana disitulah kita akan tempuhi segala cerita selama 4 - 5 tahun. Dan seperti biasa, kali ini aku mengundi berdasarkan personaliti. Aku memilih calon yang aku fikir mampu memastikan kelestarian hidupku sebagai Mukmin di dunia dan akhirat. Aku memilih Dr Badrul Amin (PKR) untuk DUN dan untuk MP, aku memilih wakil MCA memandangkan ketika itu ramai rakan cina aku yang juga ahli MCA. Namun, pilihan aku ketika itu tewas. DUN dimenangi oleh Abdul Shukur (UMNO) dan MP dipegang oleh PKR (William Leong). Dan aku dapati, pilihan aku ketika itu 50% tepat dari segi personaliti. Dr Badrul Amin terus menghilangkan diri lepas tewas. Geram juga kerana tiada kredibiliti lansung berbanding wakil MCA yang tewas tetapi meneruskan khidmat dikawasan aku bersama ADUN yang menang melambangkan personaliti yang bagus pada mereka. Dan Yang menang MP pula hanya berkhidmat dikawasan cina sahaja berbanding di BTP. Yang dia tahu hantar wakil sahaja.
sudah ngundi

semak saluran
Dan PRU13, merupakan saat aku mengundi menggunakan akal fikiran yang waras serta setelah memohon petunjuk dari Illahi. Kali ini aku serahkan undi aku kepada BN kembali (kembali ke asal seperti mana ketika PRU10) walaupun aku tidak yakin bahawa MCA akan berjaya kali ini kerana ketiadaan promosinya ditempat aku. Yang pasti, aku memilih Abdul Shukur kerana berharap akan terbinanya laluan exit latar dari BTP seperti mana yang penduduk BTP harapkan kerana laluan di pekan Kundang kini telah pun sesak. Jika dahulu aku boleh keluar rumah pukul 6.40am melalui kundang. Kini aku perlu keluar sebelum 6.30am jika ingin melalui laluan itu tanpa banyak kenderaan. Ia seperti mana ketika 5 tahun dulu sebelum wujudnya bandar Emerald. Dan sedikit masa lagi, pastinya jalan kundang akan sesak kerana pasarnya dan laluan satu lorongnya. Oleh itu, janji ADUN BN lebih menarik dan aku harap dikotakan bagi mengelakkan kesesakan setahun dua lagi. Untuk Parlimen, aku yakin tiada perubahan kerana yang dipilih kali ini memang dari dulu tidak menyinar di dewan rakyat. Malah, aku yakin bahawa lambakan pekerja Bangla, Nepal, Afrika, dan Indon di pasar selayang akan bertambah sepertimana bertambahnya mereka sejak dipegang oleh MP tersebut.
pukul 8am dah macam ni
saluran 5 punya line

saluran 4 punya line
Apa pun... PRU13 sudah tamat dan aku sudah pun tunaikan tanggungjawab aku memilih bagi kali ke-4. Aku harap, yang dipilih akan laksanakan tugas mereka dengan cemerlang selama 4 - 5 tahun lagi.





Lepas habis.. balik rumah.. aku cuci tangan guna sabun FAB ... hmm memang dakwat boleh tanggal tetapi kat jari masih ada sampai hari ni

Lepas ni kena ubah la.. tak payah guna dakwat kekal sebab kekekalannya tidak sangat. Guna Biometrik pula.. boleh pakai 10 jari tangan dan 10 jari kaki.. Untuk yang tidak punya satu jari pun, MyKad dah cukup sebab tak ramai sebegitu.. 

No comments: