Mempunyai anak yang bijak adalah idaman setiap ibu bapa. Malah, mempunyai anak yang bukan sahaja bijak, tetapi juga soleh merupakan doa setiap ibu bapa yang mencari redha Allah.
Alhamdulillah, anak aku, walaupun baru berumur 6 tahun, sudah memberi pelbagai nasihat pada abahnya. Mungkin kerana mendapat pendidikan di taska yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Dalam sebulan dua lepas, aku mendapat nasihat berguna, walaupun secara bersahaja dan selamba, tetapi mengingatkan aku betapa aku adakalanya terlupa...
Senario 1
Berlaku didalam kereta ketika menuju ke tempat beli sarapan.
Abah: Buka radio tu idlan...
Idlan: (membuka radio dan kebetulan radio IKIM.fm)
IKIM.fm: (ceramah agama oleh ustazah)... taubat.. adakalanya kita lihat apa yang tak kena pada anak kita, staf kita, dan juga bisnes.. macam-macam usaha dah lakukan, tapi tetap begitu juga. Ya tuan2 dan puan2 sekalian.. mungkin sudah tiba masanya kita pandang belakang dan lihat akan dosa2 yang pernah kita lakukan.. sudahkah kita bertaubat?.... (dan panjang lagi)
Idlan: Taubat tu apa abah?
Abah: Taubat tu rasa bersalah sebab buat salah.. lepas tu minta maaf dengan Allah.. solat taubat...
Anak: Abah dah taubat (dengan muka selamba sambil kedua tangan diletakkan belakang kepala, bersandar pada kerusi sambil pandang ke depan)
Abah: terdiam... tersenyum sambil tengok anak... dalam hati... (terkena den... hmmm kena bertaubat ni)
Senario 2
Juga berlaku dalam kereta
Abah: (Buka radio dan kebetulan radio di hitz.fm)
Anak: (tukar radio tekan nombor 1 ... IKIM.fm)
IKIM.fm: (alunan zikir)
Anak: Titi (Idlan) suka dengar ni... Abah suka tak?
Abah: hehehe.. suka... (hehehehe...)
Senario 3
Masih berlaku dalam kereta .. dalam perjalanan ke masjid
Anak: (masuk dan buka radio... dapat IKIM.fm)
IKIM.fm: (alunan ayat suci Al-Quran)
Anak: Abah bila nak ngaji... asyik ajar kami je... tak pernah tengok abah ngaji pun...
Abah: Abah ngaji tak kan depan kamu...
Anak: ala.. nak juga dengar abah ngaji...
Abah: ye lah ... nanti abah ngaji bagi korang dengar ye.. (dalam hati... kena practice perbetulkan bacaan balik ni)...
hehehehe... itu lah dia... walaupun pedas, tetapi terbaik dalam mengajar kita ibu bapa yang adakalanya (selalunya lah) terleka atas urusan kerja dan peribadi...
Moga anak-anak kita semua diberkati dan menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi ahli syurga Allah.... aaamiiinn.
No comments:
Post a Comment