Monday, September 8, 2008

Konsortium tak pernah serik

Baru je senyap sekejap kes bas konsortium ni, ni dah kena balik. Memang syarikat ni perlu digantung seumur hidup, bukan setakat sebulan je. Ahli lembaga pengarah atau pemilik dia dan sekutunya patut diharamkan terus dari terlibat dalam perniagaan jenis ni. Yang menghairankan pula tu, setelah terjadi barulah kecoh bas ada 14 saman dan pemandu ada 13 saman serta waran tangkap. Macam mana bas dan pemandu yang ada waran boleh berada diatas jalan raya dan membawa bersama penumpang lagi? Kemana perginya POLIS dan JPJ? Kenapa tidak ditangkap @ ditahan mereka ini yang sememangnya membahayakan penumpang dan juga kenderaan lain dijalan raya? Kenapa sibuk dengan tali pinggang belakang yang tidak mengurangkan kemalangan tetapi tidak sibuk melakukan pemeriksaan keatas kenderaan dan pemandu yang sememangnya boleh bukan sahaja mendatangkan bahaya pada kenderaan lain dan penumpang, malah menyebabkan kemalangan?

Dulu bising sekejap, lepas tu senyap.... sekarang gendang yang sama berbunyi lagi... lepas sebulan senyap la tu... Sampai bila nasib pengguna akan jadi begini? Tak kan nak tunggu laporan atau aduan atau dah jadi baru nak bertindak. Jadilah 'PROAKTIF' sedikit. Ke nak Pak Lah turun padang gak, merasa keperitan beli tiket bas dan naik bas express baru nak bertindak?

Setiap kali budget, mesti ada peruntukan untuk menaik taraf pengangkutan awam seperti Monorail, LRT, bas, dan lain-lain. Tapi setiap tahun juga peruntukan itu entah kemana kerana taraf pengangkutan awam masih ditakuk lama. Tiada ketepatan masa, masa perjalanan tidak menentu, tidak selesa, harga tidak setimpal dengan perkhidmatan, berbau hapak (bas metro dan bas mini), pemandu yang kurang ajar, tidak mengikut arah laluan yang sepatutnya, dan bas yang tidak diselenggara dengan betul (keluar asap hitam, aircond selalu rosak, bau busuk, dll).

Hmmm.... Apakan daya, kami hanya penumpang @ pengguna, ada kuasa membeli tapi tiada kuasa menawar dan mengugut. Tidak seperti penyedia perkhidmatan itu... Kami hanya berharap....

No comments: