Setuju sangat dengan saranan Dr Subramanian (Menteri Sumber Manusia) berkenaan kelonggaran oleh Perkeso untuk pekerja yang terlibat dalam kemalangan yang tidak melalui jalan sepatutnya ketempat kerja (melalui lencongan atau jalan lain) atau keluar makan dari kawasan tempat kerja.
Bayangkan jika seseorang itu tinggal di satu kawasan yang mempunyai pelbagai cara atau jalan untuk sampai ke tempat kerjanya, apakah menjadi kesalahan padanya kerana tidak mengikut jalan yang menjadi kebiasaannya jika dia cuba mengelak kesesakkan jalan atau cuba berjimat dengan melalui jalan yang singkat dan mudah? Apakah menjadi kesalahan jika dia memasuki satu lorong sebentar untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ketempat kerja? Adakah menjadi kesalahan jika dia keluar makan, sedangkan di kawasan kerjanya ada disediakan makanan (tetapi sudah tiada pilihan kerana dia keluar lewat)?
Sepatutnya, Perkeso tidak boleh meletakkan syarat sebegitu. Andaikan seseorang itu tinggal di Rawang. Kebiasaannya dia menunggang motosikal dari Rawang ke tempat kerja di KL melalui Lebuh Raya PLUS dan pulang melalui jalan yang sama. Tetapi, ada ketika dia perlu pulang melalui Templer Park kerana singgah di pasar borong selayang untuk membeli barang. Adakalanya juga dia terpaksa menaiki komuter kerana hari hujan. Andai dia kemalangan kerana melalui Templer park atau menaiki komuter, maka jika ikut takrifan Perkeso, dia tidak boleh 'claim' perkeso. Tapi logik ke tidak takrifan perkeso itu, jika tujuan orang itu ialah mengelak kesesakan, hujan, banjir dan seumpamanya dan dia masih bertujuan asal yakni pergi dan pulang dari kerja?
Inilah masalah didalam perkhidmatan yang tidak telus dan tidak cekap serta tujuan baik tapi disalah gunakan hingga menyusahkan pencarum-pencarum dalam perkeso semua. Apakah motif dan sebab Perkeso begitu menyusahkan untuk keluarkan duit tapi begitu rakus meminta orang mencarum kedalamnya, tiada siapa yang tahu melainkan orang-orang tertentu sahaja.
Kepada Dr. Subramaniam, teruskan tugas anda dalam menjaga kami @ pekerja @ sumber manusia ini semua dari menjadi mangsa mereka yang rakus.
No comments:
Post a Comment