Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam AidulFitri kepada rakan taulan, saudara mara, dan musuh-musuh...
Raya kali ni, aku beraya dirumah keluarga di Sungai Petani, Kedah. Aku pulang awal bersama anak sulongku, Athirah. Seronok juga jurney bersama anak... enjoy. Aku bertolak lepas subuh. Sepanjang perjalanan anakku tidur sahaja. Senang sikit, tak de nak berhenti... terus je. Sampai sungai petani dalam pukul 11 pagi.. Tak de traffic jam dan tak perlu nak memecut laju.
Hari pertama sampai, agak penat sikit sebab jurney jauh kan. Lepas berehat, bersama abah dan adik kami pergi membeli belah baju raya. Aku beli 3 pasang baju kurung untuk anakku. Sayang sekali gambar dia memakai baju kurung tak boleh aku paparkan sebab komputer riba ada problem. Seronok dia. Mulanya risau gak sebab dia tak pernah pakai baju kurung lagi. Pakai blaus/skirt atau seluar panjang. Tapi nampaknya dia tidak kekok. Maklumlah, masa bulan puasa dia ikut mbah dia pergi solat terawih. Hehehe, kelakar juga bila ingatkan umurnya yang belum cecah 3 tahun, tapi sibuk nak ikut mbah dan bibik nya pergi solat terawih.
Hari kedua dikampung, aku sibuk membantu mak buat tempeyek. Ye lah, aku yang teringin sangat sebab dah lama tak buat sendiri. Kurang menjadi lak kali ni.
Raya kali ni, aku sekeluarga tidur di hotel Swiss-Inn kat sungai petani tu. Bukan merajuk ke apa, sebab rumah mak agak sempit. Ditambah pula adik aku belikan sofa yang besar gedabak tu. Jadi makin sempit pulak. Sebelum ni aku sekeluarga tidur diruang tamu je. Tapi bila dah sempit macam tu sampai nak jalan pun susah, jadi kita orang decide tidur dihotel je.
Raya pertama aku berjalan sehingga ke Baling. Lawat sedara mara yang jarang-jarang jumpa. Raya kedua, tok wan sebelah abah datang. Mulanya aku nak pergi ziarah dia di Kuala Nerang. Tapi dia dah datang sini, jimat sikit.
Malam tu anak sulong aku demam. Ntah le... kerana cuaca ke atau kerana berendam dalam kolam renang lama sangat. Raya ketiga aku bertolak balik ke KL. Nak rehat lebih sikit. Ye lah seminggu berjalan je. Masuk hari sabtu dan ahad, satu keluarga aku demam, kecuali aku la. Klinik pula semua tutup. Haru... Nasib baik klinik Ng & Singh kat Bandar Country Homes buka... Kalau tidak... naya. Call MiCares (Berjaya-Sompo) punya call center... memang bangang tahap cipan.. Ada ka patut dia suruh pergi Bukit Sentosa. Gila ka apa. Dari Bandar Tasik Puteri nak pergi sana, baik aku pergi KL je... Lagi dekat dan mudah. Apa punya tak updated la dia orang ni. Tengok site ada banyak kat country homes dan tasik puteri, bila call boleh cakap tak ada...
Hari isnin, aku extend cuti... yelah nak jaga keluarga.. Bawa dia orang pergi klinik. Anak sulong aku dah ok...
Hmm... penat juga beraya ni... Puasa enam? wife aku dah nak complete... Aku je tak mula lagi... macam tak mula je... hampeh betul...
No comments:
Post a Comment