Tuesday, October 9, 2012

Ahli keluarga yang terkini - si kecil ku dilahirkan

4 October 2012

Pukul 6.00 pagi, isteri ku tersayang minta jangan pergi ofis. Dia kata sakit sangat dan minta aku hantarkan ke hospital. Apa lagi, terus hantar email pada ofis dan terus set hantar anak ke sekolah dan dan dua orang lagi ke rumah pengasuh. Dalam pukul 9, sampai di Hospital Sungai Buluh, Dewan Bersalin.

Isteri daftar masuk dan aku menanti di luar. Nasib baik ada phone baru. Dapat juga menghilangkan boring menunggu.

Ke UiTM

Dalam pukul 10, aku dapat message dari UiTM kata aku punya status jadi GUGUR TARAF. Terkejut sekejap. Selepas periksa isteri dan tengok dia lambat lagi, aku bergegas ke UiTM untuk periksa. Rupa-rupanya aku terlupa untuk bayar yuran. Walaupun dah nak hantar tesis, aku masih perlu bayar yuran. Apa lagi, terus bayar bersama denda dan selesaikan masalah. Selepas itu, aku bergegas ke Hospital semula.

Sampai di hospital, isteri cakap belum lagi. Aku pergi solat dan makan tengahari. Belikan isteri nasi kukus bersama ayam goreng berempah. Lapar katanya... aku lak, boring sebab tak tau nak buat apa. TV pun tak leh buka.

Nasib baik dah beli smart phone... apa lagi, aku layan FB, email, dan games sementara menanti untuk dipanggil masuk. Charger extra pun dah beli... so senang le sambil plug-in sambil layan....

Baby dah keluar

Tunggu punya tunggu punya tunggu... tak juga kena panggil. Pukul 5pm lebih kurang, aku maklumkan pada isteri aku nak pergi solat. Bila isteri cakap line-clear apa lagi, bergegas aku ke surau dan solat. Siap mandi lagi tu.. hahaha panas beb. Lama menanti lepas tu pula dewan bersalin tu punya pintu mengadap dewan bersalin.

Dalam pukul 5.30pm aku kembali ke tempat menanti. Tengah menanti tu aku dapat message dari bos tanya bini dah bersalin ke belum... aku cakap belum pastu minta dia kongsi surah untuk aku baca bagi menenangkan diri aku dan juga memastikan isteri senang melahirkan anak. Dalam pukul 6.15pm, bos aku bagi mesej sarankan aku baca surah Maryam. Nasib baik ada smart phone .. hehehehe.. dan nasib baik dah download aplikasi Quran For Android. Terus buka, cari dan baca... Merangkak juga aku baca.. Almaklumlah, sejak masuk kerja di sini dan anak dah baca Quran, aku mula buka kembali lembaran Al-Quran. InsyaAllah, akan aku jadikan kebiasaan nanti.

Tengah merangkak membaca tu, aku dengar nurse kat depan dapat panggilan suruh suami Alia masuk. Tersenyumlah aku. Terus Sadaqallahulazim dan berjalan ke arah nurse. Aku harap dapat le sambut bayi aku yang terakhir ni InsyaAllah (hanya sambut yang pertama je sebab yang kedua dan ketiga tak sempat). Tapi kecewa bila aku sampai je kat bini aku, dia dah bersalin. Cuma kesian aku tengok isteri aku sebab tak pernah lihat dia dalam keadaan teruk seperti ini. Terpaksa aku urut badan dia jap dan biarkan dia pegang aku. Lepas dia rehat dan ok aku tengok keliling anak aku tak de... mula aku rasa semacam.. terus tanya isteri anak kat mana.. dia cakap nurse amik bagi bersih.. fuuuhhhh...

Lepas tu suapkan isteri makan...sikit je dia makan.. tapi aku paksa dia makan buah sebab kang lagi lemah badan tu. Lepas tu minta nurse bawa aku ke tempat baby... lepas nurse dah selesai, aku ambil, diazankan di telinga kanannya dan diiqamahkan di telinga kirinya... dicium sekali dan aku letak kembali dan pergi lihat isteriku.

Dalam pukul 7.15, isteri dan anak aku dibawa ke bilik. Aku ikut serta tetapi ikut jalan lain sebab kena ambil pas pelawat. Sampai je, terus bantu isteri aku ke bilik mandi untuk dia salin pakaian. Teruk kali ini. Terpaksa papah dan pegang dia ketika dia mandi. Banyak juga darah keluar. Doktor yang jadi bidan tu buat tak betul katanya. Ada ke patut tak de ubat bius masa nak bersihkan uri yang tertinggal. Udah le tu, tak bersih lak tu. Masih ada yang tertinggal kata isteriku. hmmm....

Lepas mandi, rehatkan dia, dan aku susun barang dan bergegas pulang kerana ada 3 orang anak yang menanti aku di rumah pengasuh untuk dibawa pulang ...

 
Bye bye isteriku sayang dan anak bongsu ku... esok jumpa lagi ye...


No comments: