Untuk mendapat anak yang soleh/solehah merupakan idaman setiap ibu bapa. Anak ini yang akan menyejukkan mata kedua orang tuanya dan juga memberi sinar (dengan doa) ketika ibu bapa nya di alam barzakh.
Alhamdulillah, walaupun agak nakal tetapi dicuit didalam hatinya untuk belajar solat dan membaca Al-Quran walaupun umurnya masih mentah. Tercuit juga hatiku. Mampukah aku menunjukkan mereka jalan yang diredhai Allah? Moga-moga aku diberi kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya.
|
Dua beradik |
|
Dipeluk abangnya kerana perubahan |
|
Sujud pada yang MAHA ESA |
|
Memberikan post istimewa pada abahnya |
Dan semalam, ketika aku sudah mandi, terpandang dia baru selesai solat (walaupun masih belum sempurna) dan terus berdoa.. dalam doanya dia memohon "Ya Allah bagilah abah cepat kerja, bagilah abah sihat, bagilah abah banyak duit... bagi mama sihat, bagi mama banyak duit, bagi syasya sihat, bagi syasya pandai, bagi abang dan kakak sihat...." .... amiiinnnnn...
Moga perkembangan ini diteruskan...
No comments:
Post a Comment