Hi... Baru-baru ini, aku pergi ke Kaherah @ Cairo, ibu negara Mesir bagi membentangkan penyelidikan berkaitan 'optimization'. Persidangan yang dihadiri ialah ICMO 2011, bertempat di Ramses Hilton, Kaherah, Mesir. Kertas pembentangan aku boleh dibaca di SPIE (link1 atau link2). Di sepanjang perjalanan, ketika berada disana, dan dalam perjalanan pulang, ada beberapa pengalaman menarik yang aku alami dan harapnya dapat memberi sedikit manfaat pada semua.
Pengalaman aku boleh di baca di sini:
1. Perjalanan ke sana (Dari KL singgah di Dubai)
2. Dari Dubai, terbang ke Kaherah (Penerbangan ditunda)
3. Hari Persidangan
4. Melawat Iskandariah dan Menyusuri Sungai Nil
5. Pulang ke Malaysia
Dan sepanjang perjalanan, aku mendapat beberapa pengalaman dan pengajaran:
1. Perangai bangsa arab yang sombong, angkuh, penipu, 'rasist', pengotor dan samseng (walaupun ada yang baik, tapi kuantitinya cukup sedikit).
2. Pelajari bahasa arab untuk sekurang-kurangnya fahami percakapan mereka.
3. Dimana sahaja mereka solat, hatta di bawah tangga laluan pejalan kaki atau tepi kedai di dalam shopping mall. Tidak seperti kita yang perlu mencari surau atau musollah.
4. Mereka terlalu kuat semangat keBANGSAan. Bangsa mereka dilayani dulu berbanding bangsa lain walaupun sudah berada lama.
5. Mereka tidak menghormati bangsa lain dan memandang rendah bangsa lain.
6. Tukar duit di BANK. Walaupun mahal tukarannya, tapi lebih baik dari dapat duit palsu atau sekurang-kurangnya risiko mendapat duit palsu adalah rendah.
7. Mengapa orang arab perlu memakai purdah atau menutup muka. Debu dan habuk sentiasa kelihatan. Hatta mentari pagi pun sukar dilihat dengan baik.
8. Jangan terlalu rendah diri atau hormati mereka itu kerana makin rendah diri atau terlalu pandang tinggi pada mereka, kelak di permainkan atau di pandang hina oleh mereka itu.
Sekadar perkongsian pengalaman aku...
No comments:
Post a Comment