Selepas perjalanan yang amat panjang dan pelbagai macam masalah dan barisan panjang disetiap pit-stop, selepas aku harap tiada lagi masalah, aku akhirnya jejakkan kaki di Dubai dan dikhabarkan berita lagi buruk.. Penerbangan ke Cairo TAK ADA. WHAT??? Dalam kepala dah fikir nak tidur mana... Ada beberapa orang pelanggan yang terus menjerit memaki hamun staf Emirates yang tidak bersalah. Kesian juga, tapi Alhamdulillah, Emirates berikan satu lagi perkhidmatan sebagai ganti.
Aku telah diberi visa sehari di Dubai dan penginapan di Hotel Millenium lengkap dengan breakfast, dinner, and tea. Tapi sebelum tu aku terpaksa beratur panjang gila (BERATUR LAGI) untuk dapatkan 'boarding-pass' untuk ke Cairo keesokannya.
Aku ambil masa 30 minit untuk keluar dari Dubai Airport. Itu pun setelah melalui bahagian kastam dan imigresen kat Dubai yang di kawal selia oleh pak arab yang tidak mesra serta laluan yang memeningkan kepala dengan petunjuk yang aku lansung tak faham. Aku kemudian menaik 'shuttle' yang telah disediakan untuk ke hotel yang disediakan.
Hotel Millenium, Dubai
Tiba di hotel, kena beratur lagi. Ada satu penumpang yang sama 'flight' dengan aku dah tension tapi masih berjaya kawal. Yang keluar dari mulutnya hanyalah 'Great!! another line ha ha ha..'.
Di Kafe Hotel Millenium, Dubai |
Lepas makan ingat nak call family, tgk jam dah kul 12 malam.. kesian dia org.. Wife cakap anak2 tunggu sampai tak larat tunggu untuk interaksi dengan aku guna skype :(
Tea @ 4.30am @ Hotel Millenium, Dubai |
Dubai Airport ke Cairo Airport
Sampai kat Dubai Airport, beratur lagi (panjang juga) dan lihat bermacam ragam manusia yang tidak berpuas hati dengan Emirates Airline. Ada yang tak puas hati sebab kena bayar untuk luggage yang besar teramat, dan ada yang terlebih muatan dan pelbagai masalah lain. Aku pula beratur hanya untuk diberitahu boleh terus masuk dan tak payah check-in. Hampeh punya staf Emirates yang suruh aku beratur dan buang masa dekat 30 minit. Selepas itu, aku lalui lagi satu pengalaman dengan kastam dan imigresen pak arab yang sombong dan berlagak.
Dah lepas kastam, aku g solat. Ramai juga orang Malaysia yang aku jumpa. Sempat juga merayau kat Dubai Airport dan berjalan lihat sekeliling (kerana terminal aku dihujung sekali.. rasa mcm tak tercabut lutut jalan jauh bebenor). Setelah penat tunggu, pukul 8:30 aku naik flight ke Cairo hanya untuk diberitahu yang flight delay lagi.. Tapi kali ini sebab ada mangkuk hayun yang bawa beg besar-besar dan terpaksa keluarkan beg utk dimasukkan ke tempat barang. Heran.. bukan nak guna barang dalam beg besar tu pun. Hampeh tul. Tak pasal-pasal aku kena duduk dalam flight lama lagi.
Sampai di Cairo tepat jam 11:30 tgh (waktu Cairo), pada 1/10/2011 (sehari lewat) dan keluar dari airport dalam pukul 12pm. Seksanya... Sudahlah tu, staf airport langsung tak membantu dan sombong. Dan paling best, aku cakap English, dia cakap arab dan aku hanya mampu ternganga je.
Cairo Airport ke Hotel - Kena Tipu
Setelah pening dengan teksi haram aku naik teksi berdaftar (ada perkataan teksi kat atas bumbung). Katanya ada resit dan 90 pound.. Aku ingat 90 pound to duit mesir.. Dia pun bawa aku ke hotel Ramses Hilton yang dikelilingi polis dan anjing.. Banyak betul polis kat sekitar mesir. Disepanjang perjalanan ke hotel, pemandu tu sibuk tunjukkan beberapa tempat dan cakap dalam bahasa arab. Aku hanya cakap 'oooo..', 'wow', 'ok', 'i see'... dan perkataan lain yang mengambarkan ketidakfahaman aku... hahahaha lantak le.
Sampai kat hotel, pemandu tu minta USD90.. cit.. sudah kena tipu la. Aku bagi USD100, dia ambil, keluarkan beg aku dan terus nak blah. Aku minta resit, dia cakap tak de resit.. Cit, kena lagi.. Pastu staf Ramses campur tangan, dia suruh staf Ramses tolong tulis. Mamat ni lak tulis dalam Egyptian Pound 90.. aku minta baki, dia bagi Egyption Pound 10 dan terus blah tinggalkan aku ternganga lagi. Kena kelentong lagi ngan pak arab ni. Memang penipu betul lah walaupun teksi tu teksi sah.
Masuk hotel, aku kena tunggu dekat 2 jam untuk check-in dan masuk bilik... Sudah lah tu, internet pun kena charge. Cit, lagi baik hotel 3-bintang kat Malaysia. Bosan. Tapi nasib baik biliknya ok walaupun tempat mandinya hampeh teramat.
Chat dengan keluarga
Skype ngan anak-anak |
El-Hamra, Cairo
Setelah spent masa ber'skype' dengan keluarga, aku mandi, solat dan keluar nak cari makan. Pergilah duduk makan di satu kafe. Aku tanya macam mana order makan, dia suruh duduk tunggu pelayan datang.
Kofta Halabi |
Aku amik Kofta Halabi dan Turki Coffee. Masa tengah makan, dia bawa lagi satu roti arab yang nipis. Free katanya untuk aku. Siap letak bendera Malaysia lagi tu. Nice food (walaupun bukan taste aku) dan aku enjoy makan sebab layanan dia terbaek (setelah 2 hari dapat layanan hampeh).
Turki Coffee |
Dr Ibrahim Fateh dan krew Egypt Blood Bank. |
Setelah makan, aku jalan2 cari universal adapter sebab sini pakai adapter jenis lain. Kenalah 10 Egyptian Pound. Lepas dapat, aku ke arah muzium. Dalam perjalanan, tengok pak arab bawa kereta macam F1 version lama. Sampai kat bawah flyover, aku kena tahan dengan satu mamat arab. Dia minta aku derma darah untuk National Blood Bank. Setelah isi borang, aku masuk kat dalam van dia yang serba daif, derma darah, lepas tu teruskan perjalanan ke muzium mesir.
Hotel Ramses Hilton, Cairo dari bawah flyover |
Pintu masuk muzium |
Muzium mesir.. Mahal gilos, tapi sebab nak tengok keunikannya aku masuk juga (60 LE). Sebelum masuk kena sekat dengan pemandu pelancong suruh aku ambil servis dia (50LE). Aku cakap aku nak jalan seorang diri dan ambil aku punya sweet-time. Kamera tak leh masuk dalam.. Masuk je aku hanya nampak berpuluh patung pelbagai bentuk, keranda pelbagai bentuk, dan batu bersurat... Ada yang besar, berbentuk binatang, dibuat dari batu, kayu, dan emas. Setelah 30 minit, aku keluar sebab dah nak tutup. Sempat juga aku ambil beberapa keping gambar kat luar. Aku kemudian dipaksa beli satu kertas yang ada gambar lukisan arab purba (5LE).
Koleksi Gambar di luar muzium
Balik hotel, aku terus mandi dan malas nak turun untuk makan malam sebab takut lagi dasyhat kena tipu lak malam-malam ni. Lagipun itu nasihat orang.
Sambil tu, aku main-main sikit ngan kamera baru dan lepas bosan tengok tv, aku tido..
Main-main dengan kamera sambil belajar... pening betul
No comments:
Post a Comment