Saturday, October 15, 2011

Attending Conference at Cairo – 4


Tourist day

Hari ini aku ikut serta rombongan UUM yang di susun atur oleh co-author persidangan ke Alexandria @ Iskandariah. Awal pagi aku dah sarapan di kedai FallaFillo (kedai makan stail arab).. Beli 2 roti dengan inti kentang lenyek dan kacang hijau lenyek (setiap satu) dan pekena ‘syer mi laban’ @ teh susu .. semua dlm 5 ghenith.



Perjalanan bermula


Kemudian berkumpul dengan rombongan UUM di depan hotel. Kami naik van pelancong dan disertai oleh affik dan hazmin (dua orang student kat sana yang bertindak sebagai translator.. affik anak kepada salah seorang peserta dari UUM). Perjalanan mengambil masa 3 jam dari hotel ke Iskandariah melalui pekan Cairo yang sibuk dan terus masuk ke highway. Macam dari Ipoh ke KL la jarak dia (200++km). Di sepanjang perjalanan, aku lihat beberapa ‘homeless’ yang berada di kaki lima jalan. Ada yang tidur terlalu hampir dengan jalan raya. Sikap buruk orang arab juga jelas kelihatan di sepanjang perjalanan tersebut. Yang paling menakutkan ialah cara mereka memandu. Begitu ganas dan sombong.  









Tidak ada apa yang menarik di sepanjang perjalanan tersebut kerana yang ada hanyalah bangunan yang seperti tidak lengkap, rumah atau kawasan rehat yang hanya dibuat dari pelepah kurma sebagai dinding dan atap serta sikap orang arab yang tidak pentingkan kebersihan (tandas kotor, tempat makan terbuka dengan habuk serta pasir yang jelas kelihatan dibawa angin).

Selain itu, perjalanan diselang-seli dengan gurun dan kawasan kebun sayur serta 2 kawasan elit (ada pasaraya dan rumah yang besar-besar serta kemas susunannya)




Di Iskandariah - Pantai

Kawasan pertama dilawati ialah kawasan pantai berhampiran sebuah istana milik pemerintah mesir dahulukala yang hanya boleh diperhatikan dari luar pintu pagar. Keindahan pantai iskandariah tidak dinafikan. Malangnya kami hanya dibenarkan berada diluar kerana pantai tersebut merupakan kawasan ‘private’ (nak masuk kena bayar). Jadi ambil gambar di luar pantai sahaja. Nak masuk tanda di situ dikenakan bayaran 1 ghenith (lebih kurang 50 sen).





Perpustakaan Alexandria dan Universiti Alexandria

Kemudian kami dibawa ke Alexandria University dan Perpustakaan Alexandria yang terbesar di situ. Di sepanjang perjalanan ke situ, kami dihidangkan dengan pemandangan pantai yang cukup menarik. Mungkin kerana ia merupakan kawasan elit, maka tahap kebersihannya agak tinggi. 





 Kelihatan dari jalan utama merupakan sistem pertahanan laut yang dibina oleh Pemimpin Perang ISLAM terkemuka (Salahuddin Al-Ayubi atau Iskandar Zulkarnain… tak berapa pasti).  Hendak masuk ke perpustakaan, kami dikenakan bayaran sebanyak 10 Ghenith seorang. Sementara menanti, aku sempat juga melihat beberapa keindahan makhluk Allah yang juga pelajar universiti tersebut. Cantik bangat.




Didalam universiti, kelihatan susun atur yang cukup kemas dan menarik. Ada beberapa artifak tinggalan sejarah seperti pencetak buku, manuskrip lama, etc. dipaparkan. Sempat juga aku berkenalan dengan beberapa gadis mesir yang memberikan senyuman manis ketika gambar mereka diambil. Setelah puas, kami beredar ke kubu pertahanan laut mesir.






Di kubu, yang ada hanyalah kawasan pantai yang tiba berapa menarik. Mungkin kerana ia merupakan kawasan nelayan, maka agak kurang enak baunya. Namun masih lagi boleh diterima berbanding di Kaherah. Sempat juga aku beli beberapa cenderahati buat kawan-kawan ofis.





Melawat perkuburan para ulama’ dan nabi

Setelah itu, kami menuju ke perkuburan para ulama’ dan nabi. Kubur pertama yang dilawati ialah kubur milik seorang imam yang dikatakan paling hebat dikalangan imam di Iskandariah yang juga merupakan salah seorang dari 7 wali Negara mesir. Namanya ialah Sayyid Imam Muhammad Al-Busoiri (harap ejaannya betul). Sempat juga kami tunaikan solat di masjid tersebut.

Kemudian kami tuju sebuah lagi masjid berhampiran yang juga didalamnya ditempatkan satu kubur milik wali mesir yang ke-2. Namun, atas sebab-sebab tertentu, kami hanya berada diluar sahaja. Setelah itu, kami beralih arah ke ruang niaga terletak bersebelahan masjid seperti di masjid india (Jalan TAR @ KL). Aku sempat juga membeli beberapa helai baju untuk anak-anak dan juga cenderahati untuk bos (mr. haris). Aku beli beg pakaian sebagai ganti beg aku yang telah rosak diperlakukan oleh pekerja airport. Murah juga. Dari 250 LE, aku berjaya paksa dia untuk jual pada 200 LE (kurang RM100) untuk sesuatu yang bernilai RM200 di Malaysia.

Setelah penat membeli-belah, kami tuju tempat mengisi perut J. Setelah melalui beberapa kedai, kami memilih sebuah kedai makan di tengah kawasan pekan dan sibuk dengan penjual tepi jalan yang menjual pelbagai barangan (seperti di ropewalk @ jln stadium di Penang). Dari perkakas elektrik hinggalah pada pakaian. 






 Naik sahaja kedai makan, kami di hidangkan pelbagai jenis roti bersama 3 jenis inti / bahan cicah yang semuanya berunsur sayuran sebagai pembuka selera secara percuma (tradisi peniaga arab yang menjual makanan arab akan hidangkan roti secara percuma). Aku memilih untuk mencuba sejenis nasi arab (tak tahu nama sebab si hazim yang pilih). Ada yang mencuba makarena (macaroni), burger dan hotdog stail arab. Kos makan tengahari aku ialah 20 LE tidak termasuk air.

Setelah makan, sementara menanti ‘driver’ aku jalan-jalan di sekitar. Adalah beberapa warga arab yang meminta aku ambil gambar mereka. Siap minta aku print dan hantar tu. 
 Aku mencuba jus buah arab yang seperti buah naga tetapi berkulit keras dan hitam. Airnya agak wangi dan manis (bukan manis gula). Sedap dan murah, hanya LE1.50. Aku cuba juga nikmati jusnya yang berharga LE 5.

Lokasi seterusnya ialah makam Nabi Danial dan Luqman Nur Hakim. Apa yang dapat aku katakan ialah, aku rasa teramat rendah diri dan insaf serta rindu untuk melihat 2 orang manusia yang dikasihi Allah dan seorang darinya diperihalkan dalam Al-Quran (Surah Luqman). Sungguh hebat mereka ini. Moga-moga aku akan turuti jalan mereka.

Di luar masjid, ada pelbagai peniaga jalanan lagi. Aku sempat juga belikan kurma mesir yang bersaiz XXL. Cukup berbeza dengan kurma yang datang ke Malaysia. Dan rasanya juga jauh berbeza. Silap aku hanya beli 2 kilo (1kg hitam + 1kg merah yang baru dikait). Rasanya cukup hebat dan yang merah cukup sesuai untuk orang yang ada kencing manis (rasa manis kelat). Dan aku terlupa untuk simpan dalam peti ais L bila sampai di hotel.

Hajat kami untuk melihat binaan orang Rom terpaksa ditunda ke satu tarikh lain (InsyaAllah jika diberi keizinan melawat lagi).










Pulang ke Cairo
Kami berangkat pulang ke Cairo @ Kaherah dalam pukul 5 petang dan dijangka tiba dalam pukul 9.30 malam. Ramai yang tidur sebab dah gelap waktu tu (5.30pm). Seperti biasa, aku tidak boleh tidur atas kerusi. Dan aku melihat aksi orang arab yang memandu tanpa menyalakan lampu kereta serta corak pemanduan yang sombong dan ganas.

Menjelajah sungai Nil
Kami tiba awal dari jangkaan (8.30pm). Lalu masing-masing bercadang melawat sungai nil. Aku beredar dan tak nak join kerana keletihan dan perlu berkemas untuk pulang keesokkannya. Lepas naik, mandi, dan solat, aku turun nak cari makan.. tapi bertemu dengan si hazim. Setelah duduk lepak bersembang, warga UUM (Kak min dan Kak Ila bersama keluarga masing-masing) turun, dan aku turut serta dalam aktiviti mereka.







Setelah berbincang dengan pengusaha bot, kami bersetuju untuk ambil set 30 minit jelajah sungai nil. Kos perjalanan lebih kurang LE 60. Kami dibawa naiki satu bot yang agak besar dan dihiasi dengan lampu yang agak menarik serta dihidangkan dengan halwa telinga lagu arab yang rancak (sedap juga dengar).
Menarik juga sungai nil di waktu malam. Tak de la Nampak debu dan kotoran. J

Kemudian, kami masuk ke ‘shopping complex’ @ Ramses Center yang masih belum ditutup (pukul 10 malam). Kak min dan Kak Ila membeli-belah manakala aku hanya memerhatikan sahaja. Aku hanya belikan satu jubah untuk anak perempuan ku.

Lepas penat, kami tuju kedai makan di luar hotel. Aku beli bungkus kerana berhasrat makan di bilik akibat kepenatan. Aku cuba nasi planta + udang goreng dan sebiji kebab yang di isi dengan 3 gulungan daging yang disaluti lemak dan dibakar kering. Boleh lah dengan kos yang lebih kurang 40 LE. Untuk minuman, aku beli Jus Oren dan Air mineral (kos ialah LE 10). Semasa menanti, si hazim dan affik belikan kami sejenis makanan arab yang sejuk; nasi yang di campur susu dan seakan-akan yogurt tetapi manis dan enak.
Dapat je makanan, aku naik ke atas dan berehat sambil nikmati makanan tersebut.

Setelah kenyang, aku mandi dan terus menuju ke katil kepenatan. Baring je, aku terus terlelap… sesuatu yang aku tak dapat lakukan setelah berada disana selama 3 hari.

Ok … esok pulang ke Malaysia…

No comments: