Pagi hari ke-3
6am waktu Cairo |
Pukul 5.30 masuk
subuh. Lepas solat, aku bersiap mencari sarapan kerana sudah terang (pukul 6
pagi di mesir seperti pukul 8 pagi di Malaysia).
Selepas berjumpa pelbagai orang dari bangsa arab yang degil, angkuh,
sombong, dan berlagak, aku akhirnya bertemu juga dengan beberapa orang arab
yang mesra dan membantu. Orang pertama yang aku rasa ok ialah Reda (bellboy
hotel) yang aku jumpa pada waktu pagi masa nak cari breakfast. Seorang yang
agak besar badannya, dia menunjukkan aku tempat makan stail orang mesir yang
berada didepan hotel.
Sarapan stail mesir
Roti Arab bersama inti sayur jeruk dan kentang goreng |
Kemudian aku pergi ke satu lorong untuk cari minuman, terjumpa beberapa
kereta-sorong yang turut menjual makanan orang mesir. Orang mesir ni memang
suka makan roti. Ambil satu roti di kedai, bayar dalam 1 ghenith ke 3 ghenith,
dan terus menuju ketempat kerja sambil mengunyah rotinya. Aku beli sejenis lagi
roti yang berinti sayur jeruk dan kentang goreng serta cili goreng. Bergantung pada jenis inti, harga akan
bertukar dari 1 ghenith ke 3 ghenith
Lepas tu aku cari minuman pula. Kat tepi jalan memang tak jual minuman dan
kedai makan juga tiada minuman (kedai makan stail warung kecik la). Aku masuk
satu tempat sebelah kedai roti pertama aku singgah. Tempat tu rupanya tempat
warga mesir melepak (terutamanya yang tak de kerja) sambil hisap shisha. Asyik
sungguh. Nak ambil gambar tapi tengok pada ketidak-mesraan dia orang, aku
batalkan hasrat sebab kawan sekerja dari mesir pesan jangan memandai-mandai,
kang ada yang pelangkung karang. Aku pun masuk minta air dan seperti biasa
macam ayam dan itik bercakap. Akhirnya aku tunjuk teh susu, tapi yang sampai
kemudian ialah teh 'o' sahaja. Jadilah. 2 Ghenith harganya. Oklah. Lepas minum
sambil makan 2 roti pertama, aku naik atas. Siap dalam masa 30 minit sahaja.
Persidangan bermula
Di lokasi persidangan |
Aku merupakan orang pertama sampai. Dan mengejutkan aku lihat persidangan yang hanya diadakan dalam sebuah bilik bersaiz 7 X 7 meter persegi (lebih kuranglah) dan susunan kerusinya seperti menghadiri satu pembentangan kecil atau talk (5 round table with 5 chairs). Untuk hilangkan boring menanti, aku amik beberapa gambar.
Dapat juga berkenalan dengan beberapa orang UUM, Kak Maznah dan Kak Ila
bersama anaknya Siti dan peserta dari Indonesia, UPM, China, dan Mesir.
Persidangan Bermula
Welcome speech by organizer |
Skype-ing dengan kakak dan abang... manja tak de |
Aku present |
Dr Razamin @ kak min from UUM |
Kak Ela from UUM |
Kak Nah from UUM |
Jalan-jalan bersama team UUM ke Mall.
Lepas habis persidangan, peserta dari Malaysia diketuai oleh Dr Razamin (kak min) mengajak aku berjalan-jalan. Memandangkan aku tak tahu nak buat apa, aku ok sahajalah walaupun badan dah tak mampu dah. Anak kak min yang mengaji di mesir jadi translator. Itupun kena kelentong juga dengan pak arab ni. Cakap MPV, tapi yang datang wagon yang sempit. Sudahlah tu janji 50LE tapi bila sampai ke mall (dalam 15 minit perjalanan.. tapi sampai dlm 30minit sebab sesak teruk) dia minta lebih.. Memang dasar kaki kelentong dan tak ada maruah. Yang paling best, perangan pak arab ni termasuk driver malam tu bawa kereta macam setan. Sudahlah pukul 8 malam, lampu tak pakai, jalan 2 lane boleh jadi 3 atau 4 lane, laluan sehala dijadikan dua hala, signal tak reti, tapi hon tak berhenti bunyi. Gila dan kurang ajar. Lantak le.. Janji selamat sampai sudah le. Satu wagon naik 9 orang.. hahaha
Anak sulong Kak Ela |
Kami makan di mall.. Aku ambil nasi kicap (warna mcm kicap) dengan ayam.
Tak sedap, nasi keras dan kering, serta ayam yang terlebih panggang. Tapi sebab
lapar, balun jelah. Lepas makan, semua jalan untuk balik. Mula ingat dapat
teksi pakai meter, tapi lepas tu kena tipu. Masuk je dalam teksi, mangkuk hayun
arab ni cakap tak nak pakai meter. Jam katanya. Bergaduh lah si affik dengan
pemandu arab setan. Tension ooo...
Akhirnya satu hari yang memenatkan
Yang pasti, esok hari untuk lihat perangai buruk orang arab lagi...
Ke Alexandria @ Iskandariah ...
No comments:
Post a Comment