Sunday, October 16, 2011

Attending Conference at Cairo – 5


Pagi sebelum kembali ke Negara Tercinta

Rasa tak sabar nak menjejakkan kaki di Malaysia. Aku bangun seawal 5 pagi dan mula susun atur pakaian. Selepas solat subuh, aku chat dengan keluarga… First time dapat ber’skype’ bersama syasya (anak manja) dengan fitri. Kakak pula di sekolah. Sekejap sahaja sebab lepas tu internet habis. Kemudian aku sambung mengemas (pakai beg baru beli.. lebih besar dan murah) dan layan movie sementara tunggu masa nak breakfast.

Last minute shopping

Aku turun breakfast dan seperti biasa aku layan roti arab bersama inti ubi lenyek dan sayur pedas. Sedap pula yang pedas ni (tak pedas sangat). Pertama kali aku order air dalam bahasa arab walaupun sebutan kurang tepat. Janji dia faham. Lepas sarapan, aku ingat nak beli barang jap, tapi kedai tak buka lagi (kata guard, pukul 11 pagi baru buka). Aku naik dan layan movie lagi.

Dalam pukul 11 pagi, aku check-out, tinggalkan beg pada bell-boy (Rabe namanya) dan pergi untuk beli apa-apa yang patut. Aku cari cenderahati.. Dapatlah 6 Al-Quran kecil dan 5 monumen kecil untuk kengkawan. Semuanya dalam LE 70. Kemudian aku cari jubah yang dipinta anakku. Puas mencari, tak jumpa saiz mereka. Malah jubah yang aku bayangkan pun tak wujud. Mungkin salah tempat. Yang pasti, kalau ada masa, aku mungkin boleh pergi ke pasar Hussin seperti dimaklumkan Hazim dan Affik.

Dalam pukul 12, aku kembali ke hotel, ambil beg, dan naik teksi ke airport. Dan aku rasa bersalah tak bagi tips pada Rabe dan Ismail (bell-boy hotel ramses Hilton) di atas tugas mereka yang cukup baik. Dan seperti biasa, pemandu teksi masih lagi nak menipu. Sampai di airport, dia minta tambahan LE 20 dari LE 80 yang dipersetujui sebelum ini. Katanya untuk tiket tol. Kali ini aku bertegas. Dia cuba berunding. Dari LE20 jadi LE10. Aku bertegas tidak akan beri lagi. Terus ambil beg dan pergi dari situ. Selang 2 – 3 langkah, aku lihat dia pun pandu teksi dan keluar. Dalam hati, dasar penipu.

Di Lapangan Terbang Cairo




Lapangan terbang Cairo ibarat lapangan terbang Labuan. Sekadar OK sahaja. Aku cuba mencari tempat untuk bertanya memandangkan agak mengelirukan. Orang pertama (arab) meminta aku merujuk pada kaunter Emirates. Aku menjengah kaunter emirates dan hampir 30 minit menanti pak arab ini melayan. Dia punyalah lama cakap dalam phone sampai aku naik bosan. Aku blah dari situ dan duduk disatu tempat dimana aku berjumpa dengan seorang mat salleh yang menjelaskan pada aku. 
Lepas dapat tahu, aku pergi mengisi perut. Oklah makanan tersebut. Nasi bersama ayam stail arab (lupa lak nama). Lepas makan, bila lihat waktu sudah pun tunjukkan hampir pukul 3ptg, aku pergilah tempat yang sepatutnya aku lalu untuk pemeriksaan kastam. Aku tanyalah pada pegawai disitu. Punyalah kurang ajar, dia cakap yang dia akan jawap pertanyaan mudah aku dalam pukul 3 tepat nanti. Huk aloh… Macam ni pun ada.

Tepat pukul 3ptg, aku dipanggilnya dan suruh masukkan beg melalui pengimbas dan disuruh tuju pada kaunter tertentu untuk check-in. Aku mula beratur, tapi tengok pak arab yang bertugas duduk lepak buang masa. Setelah disiasat, rupanya perangai pak arab ni ialah akan check-in kan selepas pukul 3.45ptg. Sementara tunggu, aku pergi ke satu kaunter untuk menukar duit Mesir yang tidak laku di tempat lain. Sampai di kaunter, aku tanyalah berapa UK Pound dan dia tanya berapa aku nak tukar. Aku cakap aku nak tukar beberapa ratus dan puluh LE. Dia cakap dia akan tukar beberapa ratus (aku terpaksa pegang dalam LE30 yang tak laku) kepada 60 UK Pound. Aku tanya pula USD dan aku hanya dapat muka dan nada marah. Celaka sungguh pak arab ni. Langsung tak hormat pelawat dan bangsa lain. Aku tukar, ambil duit sambil memaki-hamun (dalam hati).

Lepas pukul 3:45ptg, kaunter check-in dibuka. Terpaksa beratur lagi. Panjang pula tu. Dan paling best, bila seorang warga arab (tourist agent) datang bersama sekelompok warga indon, terusnya mendapat satu lorong istimewa. Celaka punya arab. Lepas check-in (dan sekali lagi tiket diberi tanpa nombor gate yang menyusahkan aku untuk mencari nombor gate), aku lalui satu lagi barisan panjang untuk pemeriksaan imigresen (nak check-out dan stamp-out kat passport). Lepas itu, aku jalan-jalan dan akhirnya aku duduk menanti di ruang legar. Boleh tengok kapal terbang take-off.

Lepas sejam menanti, panggilan untuk ‘boarding flight’ ke Dubai pun dibuat. Aku turun ke gate yang dikatakan. Dan satu lagi barisan panjang. Sempatlah aku pergi buang air kecil. Sampai di kaunter untuk masuk ke kawasan menanti, ada sekali lagi pemeriksaan passport dan beg. Air botol aku diambilnyer. Apalah salah dia bagi aku minum air yang sudah hampir habis. Sudahlah pak arab ni ambil air aku, dipegangnya passport aku tak lepas sambil berkata ‘Malaysia Good’ dan menunjukkan isyarat tangan seperti meminta ‘fulus @ duit’. Aku cakap tak ada, dan terus tarik passport aku dan cepatkan langkah ke tempat menunggu.

Setelah menanti hampir satu jam, sekali lagi aku kena beratur panjang. Hampir 30 minit beratur semata-mata pak arab seorang nak periksa lagi sekali tiket dan passport. Al-mangkuk Wal-hayun betul pak arab ni. Dah lah tu, seorang je nak periksa berpuluh penumpang. Jadi lembab. Setelah diperiksa, aku kena naik bas untuk ke kapal terbang. Dah naik, kami dimaklumkan ada pak arab yang lambat. Celaka. Hampir 30 minit lagi menanti. Sementara menanti, aku saksikan ramai juga penumpang yang boleh diklasifikasikan sebagai bangang. Diangkutnya beg-beg yang bagi aku patut berada di ruang barang sahaja. Sudahlah besar, kandungannya pun bukan diguna (beg tak buka pun sepanjang perjalanan). Menyusahkan diri dan orang lain terutamanya masa nak keluar nanti. Bukan sahaja pak arab, semua orang aku lihat begitu. Yang bawa beg kecil macam aku hanya beberapa orang sahaja.

Di dalam kapal terbang ke Dubai

Kapal terbang (Emirates) ‘take-off’ pada pukul 7 malam waktu Kaherah. Perjalanan dijangka dalam 2jam dan 30 minit. Aku layan cerita Fast Five (kali ke-2 tengok setelah kali pertama di komputer aku dengan bunyi yang kurang ummph). Aku makan spaghetti bersama ayam. Oklah untuk alas perut.

Di Dubai Airport
Aku tiba di lapangan terbang Dubai pada pukul 11.30 malam (waktu dubai). Perkara pertama aku lakukan ialah solat. Setelah solat, aku lepak di kawasan check-in (gate masuk). Nak makan, kad kredit hanya set untuk digunakan di mesir. Duit sini aku tak de lak. Berlapar lah aku. 

Ramai juga melepak. Dan seperti biasa, aku nampak pak arab yang sudahlah lambat (gate sudah tutup), tapi masih berjalan ala-ala model ke tempat masuk dan menyebabkan flight lambat berlepas (lewat hampir 30 minit). Malas aku tengok telatah arab yang angkuh, aku layan movie ‘Merantau Worrior’. Ok lah sementara nak menanti flight aku. Lepas habis, aku lihat beberapa wanita berpurdah (orang Malaysia) dan juga lelaki (mungkin yang mengaji kat Mesir atau UAE) menanti untuk naik flight yang sama. Yang aku hairan ialah mereka ini sanggup bawa beg yang agak besar dan pasti tidak berguna ketika di atas flight. Dalam hati terdetik, ‘tak tahu nak simpan ke? Atau banyak sangat barang berharga?’. Dan aku yakin bahawa hanya ada pakaian dan barang lain yang tidak akan digunakan dalam flight. Paling nak guna pun mungkin buku, Al-Quran, kain dan sejadah, dan kain lap yang boleh dimasukkan dalam beg kecil. 

 
Setelah tiba, semua berpusu-pusu menuju ke tempat duduk. Ada la satu ‘auntie’ yang berulang kali tanya tempat dan minta air (di setiap pramugara/i bertugas). Soalan sama lak tu. Sedangkan dibelakangnya dah beratur panjang. Dan seperti biasa, selepas duduk, aku saksikan betapa mereka yang bawa beg besar itu akan menyusahkan diri dan orang lain. Seorang sahaja dah penuhkan ¾ ruang letak beg di atas kepala. Akhirnya, terpaksa letak di merata tempat. Sudah la berat, risau pula aku dengan cara letak mereka yang main letak je. Rosak kan gadjet aku. Dan seperti biasa, telahan aku tepat. Daripada semua beg besar itu, hanya satu sahaja diambil. Itupun tuala kecil yang boleh diletak didalam beg sandangnya. Malahan, 90% yang bawa beg besar lansung tidak buka beg mereka sehinggalah tiba di kaunter bagasi di lapangan terbang. Apa punya orang da…

Tiba di KL

Kapal terbang tiba di KL lebih kurang 1:30 petang. Lewat 30 minit. Sebaik turun, aku terus tukar duit. Paling tension apabila salah satu USD yang aku tukar masa nak pergi tidak diterima dengan alasan tahun 1976 dan juga mesin tak boleh imbas. Huk aloh. Aku sudah kena tipu lah dengan mangkuk hayun di KL Sentral. So pesanan… Lepas tukar duit nanti (di KL Sentral), SILA SEMAK TAHUN DAN DUIT ANDA. Takut ada yang dah tak boleh pakai. 

Lepas ambil beg, aku solat dan amik teksi (budget taxi). Kos dalam RM105 untuk sampai ke rumah aku. OK lah. Pemandu teksi aku seorang melayu yang mesra dan bagus. Banyak juga bersembang dengan dia. Dia juga berkongsi pengalaman mengenai orang arab dan afrika yang akhirnya kami dapat simpulkan bahawa mereka itu kebanyakkannya adalah haram-jadah. Tidak di nafikan ada yang baik, tetapi majoritinya begitu.

Pukul 4ptg, aku tiba dirumah. Alhamdulillah. Selamat akhirnya aku tiba di Negara tercinta untuk bertemu keluarga tersayang. Dan Alhamdulillah, beberapa hari selepas aku kembali, mesir kini bergolak semula dan kejadian berlaku betul-betul di depan hotel yang aku inap (50 meter sahaja).

Sekadar ini sahaja perkongsian pengalaman aku pergi ke Mesir. Moga ada yang boleh dijadikan pedoman dan teladan serta sebagai langkah berjaga-jaga. Yang penting, pelajarilah bahasa di tempat yang akan ditujui (atau pakai kamus). Sekurang-kurangnya untuk memenuhi keperluan.

No comments: