Sunday, July 21, 2013

Ride to Kampung with my Kawasaki ER6F

Assalamualaikum dan moga semua dalam keadaan baik terutama pada bulan puasa ni.

Alhamdulillah, minggu lepas, aku akhirnya balik kampung untuk berpuasa bersama mak abah setelah tidak melakukannya hampir 10 tahun. Mungkin ini adalah permulaan untuk terus pulang menjengok mak abah setiap bulan seperti mana aku berniat ketika menaik taraf lesen moto dan motosikal aku.

Aku mula journey pada hari sabtu pada pukul 9:45pagi selepas sesi bertemu dengan ustazah tadika anak lelaki aku. Alhamdulillah, ustazah maklumkan satu perkembangan yang baik walaupun aku masih ada keraguan memandangkan sisi dia yang agak berbeda ketika berada dirumah. Walaubagaimanapun, aku tetap bangga dan berharap anak aku akan terus meningkatkan kemampuannya dalam menjadi khalifah Allah nanti.

Aku tak isi minyak sebab sudah isikan ketika pulang dari kerja beberapa hari sebelumnya. Aku isi RM20 di jalan duta.

Aku mulakan dengan mengawal kelajuan dan selepas Tapah, aku naikkan kelajuan ke sekitar 140km/h. Tiba di Ipoh, meter telah blink menunjukkan keadaan minyak yang berada pada bar terakhir. Papan muka diubah ke jarak yang boleh pergi menggunakan minyak yang ada dan tengok dalam 100km lagi. Hmm.. Aku teruskan mendaki terowong menora... Cuak juga bila tengok blinkingnya tak berhenti walau dalam keadaan menurun selepas itu. Tapi aku kawal kelajuan pada 100km/h sahaja.

Alhamdulillah, sampai kat RnR Sungai Perak. Aku pun isi full tank kat situ.. hmmm.. Dalam RM22 dah penuh. Ini bermakna, dalam tank minyak ada lebih kurang 4 liter lagi. Kalau aku maintain kelajuan mode eco, aku mungkin boleh lajak sampai ke Bukit Gantang yang terletak lebih kurang 40km je... tapi sebab tak berani.. ye lah nanti sorang-sorang tolak moto.. dah la berat.. bulan posa lak tu... hehehe..

Lebih kurang 10 minit lepas berehat, aku gerak semula. Dan, Alhamdulillah, Allah redha dengan kepulangan aku ke kampung. Diturunkan hujan selepas itu (ada yang lebat ada yang renyai) dari bukit gantang sampai ke juru sebelum hujan bersambung di perhentian Sungai Muda. Jadi, tak terasalah sangat panas nya. Kali ni aku kekalkan secara puratanya kelajuan aku pada 130km/h dan aku terkena 2 speed trap... hahahaha satu AES dan satu lagi dari polis trafik... amik ko.

Parking kat rumah mak abah
Jimat kalau mode eco
Alhamdulillah, aku selamat sampai kat rumah mak abah aku kat sungai petani dalam pukul 1:00tgh (lebih kurang la). Tengok bar minyak.. ada lagi 3 bar...hmmm jimatlah kalau bawa dalam mod eco.

Hari tu aku berbuka makan nasi dalca (atau famus di kalangan keluarga aku dengan nama nasi ganja sebab rasa dia yang sedap buat orang nak makan lagi... cuma la ni taste dia dah kureng). Nasi ni, adik pertama aku belikan di Penang (balik pulau)... so thank you my dear sister. Nanti aku nak makan kat tempat ori dia.. kut kut taste ok lagi. Happy gak berbuka bersama mak abah... Kali pertama dia orang cakap berbuka dengan nasi. hehehe...

Aku sahur pun nasi gak. makan masak lemak cili api ikan keli dengan sambal petai ikan bilis.. fuuuh.. kaw gilos.. power la.. ye lah dah lama tak pekena masakan abah aku... sekali sekala kalau dia tengah gembira, masak memang kaw-kaw sedap... tak pernah aku makan sahur bertambah... hehehehe.

Lepas solat subuh dan lepas mengaji, aku tidur jap.. hehehe nak simpan tenaga untuk balik rawang... hehehe..

Dalam kul 8.30, aku bawa mak dan mak teh (bersama abah) ke sungai petani untuk urusan keluarga. Lepas selesai, abah ajak singgah rumah mak wa (mak long).. ziarah katanya sebab dengar khabar mak wa tak sihat. Hmm.. memang kurang sihat lah.. tak dapat berdiri katanya.. mengesot je.. Moga disembuhkan Allah.

RnR Sungai Perak

Lepas tu, aku pun bertolak balik.. Dalam pukul 10 pagi. Aku isi minyak kat Petronas Sungai Petani (kat rumah mak abah aku).. Dalam RM11 je sebab dah ada 3 bar sebelumnya... Kali ini, aku pecut habis-habis (setakat yang aku berani la).. Dengan purata kelajuan 145km/h dan maksimum 175km/h, aku sampai kat RnR Sungai Perak pada pukul 11.30. Isi minyak dan rehat kejap.. Lepas tu aku sambung ride sampai Rawang. Aku masuk ikut tol rawang dan seperti sedia maklum, jam tak kira masa. Lepas isi minyak, aku gerak ke rumah dan tiba pada pukul 1:00tgh. hehehe

Rehat lepas isi minyak
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya gak ride seorang diri ke kampung. Moga-moga lepas ni diberi kekuatan untuk buat setiap bulan.

Antara pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang ride:

  1. Laluan motosikal di Tol Juru dan Sungai Petani memang teruk. Cukup-cukup luas untuk moto aku. Kalau besar sikit, sure tak selesa nak lalu. Selain itu, kawasan laluan yang tidak rata dan teruk juga. 
  2. Aku rasa boleh laju lagi.. meter tak cecah merah... sekitar 8000rpm je.. pada kelajuan 175km/h
  3. Jimat sikit ... lagi jimat kalau dalam mode eco. Perjalanan pergi balik ini hanya RM80 secara total and tak de tol.



Itu je catatan kembara aku hari tu. Adios!!!!

No comments: