Monday, April 2, 2012

Sukaneka Tadika Al-Farabi

Hari ahad (semalam), 2 April 2012, Tadika Al-Farabi (tadika anak aku bersekolah), telah mengadakan sukaneka. Sebenarnya konpius juga sebab sukanekanya agak awal berbanding tadika lain. Tapi tak kisahlah asalkan dapat lihat anak lelaki aku 'compete' dan bagi 'full support' kat dia.

Sampai tu dia senyap je, tapi bila dah jumpa kawan, lupa pasal mama ngan abah dia. Aku lak, lepak menanti saat bermula. Anak aku masuk 2 acara (semua budak yang hadir masuk 2 acara) dan mungkin juga kurang bernasib baik sebab ramai bebudak ni pantang ada mak bapak, terus jadi lembik, tak semangat, nangis la... maka team anak aku (rumah hijau untuk 5 tahun) hanya dapat tempat ke-4 (acara pertama) dan ke-3 (acara kedua.. sedikit penambah-baikan). Geram pun ada tengok bebudak lain nyer perangai. Huh.. tak pe lah anak abah... next time kita cari team yang boleh bagi komitmen tinggi dan ada semangat nak menang.

Pulun anak abah pulun... pulun sampai berjaya dunia dan akhirat.

Sempat le aku amik beberapa gambar untuk kenangan....
Idlan fitri bersama kawan baiknya

Ustazah anak aku sedang uruskan pendaftaran

Tengoklah dua kawan baik ni...

Penyokong setia .. kakak, adik, dan mama (mama tu dah bosan la tu)

Beratur untuk mulakan aktiviti peratama

Selepas persembahan.. bersama rakan sekelas...

Pease (stail anak aku cakap)

Bergerak untuk aktiviti pertama
Membaca ikrar... hebatlah budak ni.. moga diteruskan semangatmu

Senaman pagi sambil menyanyikan lagu arab lah (abah dia tak paham.. keh keh keh)

Membawa apa ntah atas kepala (acara kedua) sambil diberi semangat oleh kakaknya

syasya sibuk nak tunjuk skil berlari.. tension la tu tengok kakak-kakak yang masuk acara lembik je.

Acara pertama ni.. lari dalam guni pastu lari bawa bola pingpong dengan sudu

Senaman ringkas sebelum acara sebenar

Menahan panas pancaran matahari pagi sambil membaca ikrar
Rehat sebentar menanti acara berikutnya

Acara untuk budak umur 6 tahun

Pandangan jauh melalui kon untuk acara budak umur 6 tahun

Masa menjamu selera

Gembira dapat hadiah... cayalah anak abah... teruskan tapi lebih cemerlang kay...


No comments: