|
Kat bilik aku (idlan fitri dan isteri) |
Alhamdulillah, semalam aku hadiri jamuan kesyukuran sebagai sebahagian dari keluarga besar syarikat tempat aku bekerja. Keseluruhan anggota keluarga aku hadir. Aku balik dalam pukul 12 tengahari dan solat jumaat di rumah. Selepas solat, aku ambil anak-anak dari rumah pengasuh. Dalam pukul 4petang, keluar bersama anak-anak dan ambil isteri di UKM. Sampai di opis pada pukul 7.10mlm.
|
Syasya kat meja aku |
Walaupun baru 2 minggu bekerja di syarikat ini, penerimaan dari rakan-rakan sekerja, alhamdulillah cukup baik. Begitu juga dengan pihak majikan. Dan ini pertama kali aku hadiri satu majlis kesyukuran dimana pihak atasan datang secara ala-kadar. Malahan MD syarikat hadir dengan hanya berkain pelikat dan berbaju melayu. Cukup berbeza dengan senario di syarikat lain yang aku pernah bekerja.
|
Kakak test jadi bos |
Inilah pertama kali solat aku disesebuah syarikat, orang paling atas didalam syarikat bukan setakat menjadi khalifah didalam syarikat, malah menjadi imam dalam solat maghrib dan isya' serta mampu membawa majlis bacaan yassin.
|
MD (berbaju putih) bersama Finance Director membaca yassin |
Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian di sertakan dengan bacaan Yassin dan disambung dengan Selawat dan Qasidah yang juga dipimpin oleh salah seorang staf opis bersama beberapa rakan selawatnya. Kemudian, solat isya berjemaah sebelum majlis makan bersama.
Selepas makan, syarikat mengadakan satu forum bertajul 'Apa ertinya saya menjadi hamba yang bersyukur' dimana ahli panelnya ialah Ybhg Ustaz Dr Zulkifli Mohammad AlBakri (Penulis buku Hadis Modal Insan dan seorang ustaz yang selalu ke udara di Radio IKIM.fm) bersama MD syarikat dan di selia oleh moderator yang juga staf syarikat. Pelbagai ilmu dikongsi bersama berkenaan menjadi hamba yang bersyukur. Yang pastinya, selepas itu isteri aku sound ... katanya 'sesuai lah masuk ofis ni.. belajar jadi bersyukur sikit'.. hehehehe.. InsyaAllah, satu langkah besar dalam diari kehidupan aku.
|
Sebahagian ahli keluarga sembang lepas makan |
|
Forum Perdana |
|
Anak-anak main sementara tunggu masa makan |
|
Main belon.. suka teramat dia orang |
|
Kakak tengah cari belon |
|
Qasidah sebelum isya' |
Yang pasti, aku sampai rumah kul 12.30 mlm... dan pagi ni anak aku tanya bila nak pergi ofis lagi... seronok main belon la tu
No comments:
Post a Comment