Wednesday, March 21, 2012

Alhamdulillah.. pilihan yang diberkati

Hari ini, masa tengah browse surat khabar (Berita Harian), terpandang satu sudut iaitu TERAS yang akan membantu ekonomi bumiputera dengan membantu syarikat bumiputera terpilih berdasarkan kebolehupayaan untuk maju dengan membawa syarikat ini ke peringkat global. Dalam membaca senarai tersebut, terpandang salah satu syarikat yang akan saya sertai (mula bekerja) bermula pada 26 March ini, InsyaAllah.

Keratan akhbar berita harian bertarikh 21 march 2012.

Alhamdulillah, pemilihan ini diberkatiNYA dan moga-moga saya beroleh keberkatan dan ilmu yang bermanfaat di sana.

* Untuk lebih jelas, sila dapatkan Berita Harian hari ini (21/03/2012) atau klik gambar.
** Maaf, nama syarikat yang akan saya sertai tidak dimaklumkan disini :) ... tetapi merupakan salah satu yang terpilih.

Tuesday, March 20, 2012

Kempunan naik belon panas

Hari ahad yang lepas (18 March 2012), aku bawa le anak-anak (2 orang je sebab yang sulong di rumah mertua) ke Putrajaya untuk lihat aksi belon panas. Memandangkan hari terakhir dan juga sebab cuti sekolah dah habis, maka aku rasa ada peluang untuk bagi anak aku naik belon panas tanpa perlu berebut dan juga mesti tak ramai orang.

Semangat nak tengok belon panas
Sampai di kawasan pameran belon panas dalam pukul 11 pagi. Lepas dapat parking (kecewa dengan penganjur yang tidak menguruskan parking dengan betul dan tersusun), maka turunlah kita orang mencari tempat untuk saksikan dan naik belon panas.

Wajah ceria anak aku kerana dapat datang
Mulanya anak-anak ajak naik helicopter, tapi bila check, yang nombor lima pun masih belum naik lagi dan barisan masih panjang, terpaksa buat u-turn pergi ke arah kawasan belon panas. Malangnya, bila sampai, dapat berita tak best. Dimaklumkan bahawa perkhidmatan naik belon panas dah tamat sebab tiket dah habis dan belon pun dah turun tengah kemas. Yang tinggal cuma 3 belon panas yang masih naik (yang tak cantik dan juga nak habis tunggu nak packing je). Huk aloh, baru pukul 11.30 pagi bro... tak kan dah bungkus.. kata pukul 9 malam hari ni last... apa dahh... sungguh mengecewakan. Sudahlah belon yang ada pun hampeh-hampeh punya. Nak naik pun tak dapat.




Yang masih hebat masa itu ialah tempat jual beli barang mainan, dan barang-barang yang boleh didapati di waktu biasa. Hampeh... 1000X hampeh. Lain kali, letak dalam iklan tu, Pertunjukan Belon Panas dan di bahagian acara, letak sampai hari ahad pukul 12 tengah hari je.... apa da...
Wajah kecewa selepas tak dapat naik belon panas

Saturday, March 10, 2012

Abah Saya - by Idlan

Semalam anak lelaki aku, idlan fitri, balik dari sekolah terus cakap.. "abah, titi ada surat untuk abah"... malam tu tengah lepak, dia bagi surat... sekeping nota ringkas lakaran abahnya. Aku amik lepas tu aku keronyok sebab tak tgk pun... kemudian dia datang lagi, tanya aku dah baca belum surat dia bagi tu... aku cakap belum... lepas tu aku buka balik dan tgk lakaran ringkas dia itu... aku letak sebelah dan sambung buat kerja... mungkin kerana dia merasakan bahawa aku tidak endahkannya, dia amik surat tersebut dan letak pada dompet aku.
Pagi tadi tercari juga aku surat tersebut... bila tanyakan dia, dia amik dari dompet aku.. aku amik dan scan... untuk jadikan kenangan betapa anak lelaki aku ini perlukan kasih sayang abahnya juga... :)

Abah Saya - by Idlan Fitri


p/s: Abah sayang Idlan Fitri juga

Thursday, February 23, 2012

Surat kakak untuk abah

Selepas sekian lama kakak (anak sulong aku) tidak menulis surat, semalam aku dapat surat darinya. Satu luahan perasaan apabila dia merasakan bahawa dirinya semakin diketepikan. Terkedu juga lihat surat yang ringkas tetapi mendalam maknanya.

Aku sedar betapa kebelakangan ini, aku agak jarang memberi perhatian kepadanya dan lebih banyak memenangkan adik-adiknya berbanding dia. Mungkin kerana itu, dia merasakan akan kehilangan kasih sayang. Aku terkesima. Kesian pun ada.

Kakak... kakaklah anak abah yang paling abah sayang... huhuhu...

Saturday, February 11, 2012

Mesyuarat PIBG SKBTP1

Alhamdulillah, first time attend mesyuarat PIBG sekolah dan serba sedikit faham akan mesyuarat tersebut. Apa yang dikesalkan ialah beberapa ulasan dan cadangan yang disalurkan, ternyata tidak seperti diharapkan. Mungkin kerana aku berasal dari sekolah bandar yang PIBG-nya dan ibu-bapa-nya diwakili oleh pelbagai bangsa, maka banyak input yang diberi menjurus kepada sesuatu yang lebih bermanfaat pada semua serta penyertaan yang membanggakan. Tetapi, apabila aku hadiri mesyuarat ini, ramai yang mengambil sikap berdiam dan ada yang melontarkan idea yang bagi aku seakan mencerminkan betapa mereka ini masih berada jauh kebelakang dan tidak berfikir kedepan.

Selain itu, apa yang pastinya, pemilihan AJK juga banyak bergantung pada pengenalan antara ibu-bapa. Bayangkan aku yang baru hadir (sebab anak baru sekolah), hanya mengenali sebilangan kecil sahaja dan sukar untuk memberi pendapat serta menyuarakan/memilih wakil. Sepatutnya setiap tahap sekolah itu perlu ada seorang wakil, maksudnya tahap 1 patut ada ibu-bapa yang anaknya berada di tahap 1 dan seterusnya. Barulah seimbang perangkaan kerja itu.

Tapi aku bersyukur kerana dapat utarakan pendapat aku pada salah seorang AJK lama yang dilantik semula. Harap dia boleh peringatkan dan AJK terima kerana ia memudahkan komunikasi antara semua.

Friday, February 10, 2012

Almari untuk anak

Alhamdulillah... semalam masa pergi TESCO, kebetulan ada sales untuk almari anak-anak. Harga kira 50% off. Apa lagi, wife yang memang dah lama aim, terus minta beli. Sekali beli 3 berlainan warna.

Ingat hari sabtu nak pasang tapi lupa lak yang hari itu aku kena hadiri mesyuarat PIBG. Hari ahad lak aku konvoi pergi kenduri kahwin rakan (rakan KIPS). So malam tadi aku pasang bersama anak-anak. Kerjasama dan ustaz cakap, bila buat kerja ngan anak-anak dalam hal rumah, itu yang akan menambahkan ikatan kasih sayang keluarga.

Lepas siap, apa lagi, semua kemas dan masukkan pakaian masing-masing yang sebelum ini disusun dalam rak biasa. Maklumlah, 8 bulan lagi rak itu nak digunakan untuk adik dia orang yang baru. :)

Lihatlah kegembiraan dia orang berposing depan almari masing-masing. :)









Thursday, February 2, 2012

Rezeki Tahun Baru

Positive
 Alhamdulillah... dikala masih mencari rezeki bagi memastikan kelansungan hidup berkeluarga, Allah telah membuka satu pintu rezeki untukku. Satu tanggungjawab yang pastinya menguji sejauh manakah kemampuan aku sebagai khalifah didalam negara yang kecil ini dengan penambahan seorang lagi rakyatnya.

Ya Allah, rezeki ini ku terima dengan redha dan moga ia menjadi permulaan kepada rezeki yang lain.

Positively


“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39