Monday, December 24, 2012

Jalan-jalan hujung minggu - Hari Sabtu (Disember 22)

Menanti check-in kereta
Sempena cuti hujung minggu baru-baru ini (22/12 & 23/12), aku ambil kesempatan untuk bawa anak-anak naik beberapa pengangkutan awam. Kebetulan aku hantar kereta servis di Intan Matang Servis di Seksyen 25, Shah Alam. Maka, aku decide nak ajak anak-anak naik pengangkutan awam. Tujuan utama ialah untuk bersama-sama menghabiskan cuti minggu bersama anak-anak serta menunaikan janji untuk bawa dia orang berjalan-jalan. Sambil tu ambil kesempatan untuk mengajar mereka akan kepayahan orang yang menggunakan pengangkutan awam ini.

Acara pertama - hantar kereta dulu kat tempat servis...

Lepas tu ambil teksi (sebab tunggu bas punyalah lama) ke stesyen komuter kat seksyen 15 (ke seksyen 13.. ntah aku pun tak ingat)... Sampai tempat komuter, lepas bayar, aku pergi tandas yang kena bayar 30 sen. Tandas yang ada agak kurang bersih dan juga tidak selesa untuk tunaikan hajat besar. Lepas tu kita orang kena naik jejantas ke seberang untuk ambil komuter ke KL. Selain dari tangga yang tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah (jarak ketinggian tangga antara langkah agak tinggi), ia juga akan kurang selamat. Selain itu, ia sama sekali tidak mesra warga tua dan OKU. Yang pasti, tempat tunggu komuter tu, kalau hujan lebat, memang sah akan basah dan juga agak panas (kipas tak de).
Naik jejantas kat stesyen komuter shah alam..
tinggi dan tidak mesra kanak-kanak dan OKU
Sampai je komuter, aku terpaksa heret anak aku dan tarik mereka masuk.. Maklumlah, ramai yang tidak menggunakan akal ketika menggunakan pengangkutan awam. Kalau di luar negara, ada penjaga yang menjaga dan memastikan pengguna berdisiplin. Tapi kat Malaysia, memang mustahil untuk lihat.
Dalam komuter (yang kurang padat tetapi ada ramai warga asing), aku lihat, ramai orang (termasuklah orang Malaysia) tidak ada kesedaran sivik (rendah akhlak @ moral). Bukan peduli orang ada anak kecil, orang tua, atau orang yang bawa banyak barang. Juga tidak peduli sama ada orang nak keluar atau tidak. Apa pun, pengalaman berguna untuk anak aku agar bersyukur dengan apa yang ada (kereta yang biasa je abah dia ada...)

Enjoy naik komuter ... nasib baik sempat cari tempat duduk...
Agak lama juga komuter ni ambil masa dari Shah Alam ke KL Sentral. Terlalu banyak perhentian serta adakalanya berhenti untuk memberi laluan kepada komuter dari arah bertentangan untuk masuk laluan. Jika kita keluar negara, sistem komuternya akan beroperasi secara bersilih perhentian; iaitu komuter yang pertama akan berhenti di stesyen 1, 3, 5 dan seterusnya manakala komuter kedua akan berhenti di stesyen 2, 4, dan seterusnya. Ada beberapa stesyen utama yang akan dikongsi berhenti. Ini memudahkan, cepat, dan mengurangkan kesesakan.

Sampai kat KL Sentral, aku kena naik monorail untuk turun di Hospital KL sebab wife tunggu berhampiran situ (UKM kampus KL). Sebelum naik monorail, aku decide untuk cari makan dulu... Ye lah, anak2 pun letih berjalan dan cakap lapar.. First nampak McD, tapi sebab aku nak avoid selagi boleh, so pergi lah cari tempat yang sesuai... Penuh sahaja tempat makan... Yang tinggal cuma Kenny Rogers, Starbuck, dan Secret Recipe... Anak2 pilih Secret Recipe..
dahaga....

syasya punya? 

aksi makan... ketika tengah lapar

 Menu yang kita orang pilih ialah Laksa Sarawak (sebab itu je nampak menarik) dan Fish and Chips (yang sesuai untuk anak2).. Apa lagi... dapat je melantak teruslah... Fish and Chips kena order 2 baru cukup... hehehe...
syasya dah tak tahan.. amik abang punya lah... hehehe

Lepas tu kita orang menuju ke tempat monorail. Punyalah jauh dari KL Sentral. Sudah lah jauh, turun je dari KL sentral untuk ke perhentian monorail, nampak akan betapa teruknya keadaan dibawah (tempat beberapa bas dan teksi berhenti).. Cukup kotor (tidak terurus) dan tidak elok untuk kesihatan serta ditambah dengan bunyi enjin bas yang bising, asap bas yang kotor, dan bau hancing. Jauh beza dengan keadaan diatas KL sentral dengan dibawahnya.. bagai langit dan bumi... huh. Paling menyedihkan, tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil terutamanya dengan laluan yang agak sempit serta orang dewasa yang lalu tak tengok bawah.. berulang kali hampir langgar anak aku.. nasib baik aku dah boleh agak.. so cepat-cepat tarik anak ke belakang... huh

Hampir 15 minit juga berjalan dalam cuaca yang panas dan keadaan kawasan yang tidak menyihatkan untuk sampai di monorail. Sampai kat monorail, lepas bayar, kita orang naik lah menunggu. Seperti biasa, tidak sesuai untuk OKU dan pengguna (majoriti orang Malaysia) tidak peduli pada orang tua dan orang yang membawa anak kecil. Nasib baik badan aku besar, jadi boleh cover ketiga anak aku dan tolak beberapa mangkuk-hayun yang muda dan sihat... kalau tak mau nangis anak aku nak naik monorail.
Dlm monorail

Dalam masa 15 minit (lebih kurang), sampailah kami di stesyen Chow Kit. Susah juga nak mencari jalan ke arah HKL. Sudahlah penunjuk arahnya tidak banyak membantu, tangganya juga tidak sesuai untuk kanak bawah 5 tahun. Malah, keadaan jalan yang sibuk juga menyukarkan untuk warga berkeluarga.
Ceria layan abis

aaa.. syasya rasa ngeri la tinggi sangat...
Apa pun, akhirnya kami tiba juga di UKM kampus KL. :)

Esok jalan-jalan lagi... :)

No comments: