Monday, December 24, 2012

Jalan-jalan hujung minggu - Ahad (Disember 23)

Semalam merupakan satu aktiviti keluarga, walaupun tak banyak aktiviti yang dilakukan dan sekadar naik pengangkutan awam (komuter dan monorail), ia merupakan saat ceria yang dikongsi bersama. Almaklumlah, kalau nak tunggu betul-betul masa terluang untuk buat sesuatu aktiviti dalam tempoh masa yang lama (3 - 4 jam), memang susah.

Hari ni, kebetulan workshop dah call semalam kata kereta dah siap. So, aku decide nak pergi ambil dan guna pengangkutan awam lagi. Cuma pilihan kali ini ialah LRT, Bas,dan seterusnya teksi.

Bila aku cakap nak guna LRT yang lalu bawa tanah, apa lagi, anak sulong dan kedua aku nak ikut. Yang ketiga, mungkin rasa malas (dan juga sebab nak air beku @ air tin sejuk di fakulti tempat wife belajar), membuat keputusan untuk tidak turut serta.

Kami 3 orang anak beranak turun di PWTC untuk ambil LRT berhampiran sementara isteri dan anak ketiga menuju ke UKM kampus KL. Tinggi dan menyukarkan untuk warga tua dan OKU sebab tidak ada lif (lif belum beroperasi.. dan kalau beroperasi, orang yang sihat pun akan guna juga.. situasi normal di Malaysia).

Sampai kat kaunter, aku cari tandas dulu.. dah nak terkucil dah... Nampak arah tandas, tapi bila pergi, berkunci. Bila jumpa orang di bahagian kaunter, katanya tandas dalam pembaikan dan tiada tandas berhampiran. Hmmm... Lepas tu cakap nak beli tiket, dia suruh ke mesin... cit, nasib baik aku bawa banyak duit seringgit dan syiling. Bayangkan jika seseorang tu ada duit paling kurang RM10 .. pastinya selepas itu poket seluar dia penuh dengan baki yang dipulangkan dalam bentuk syiling... huh menyusahkan.

Tapi tak pe.. aku beli 2 tiket sebab anak kedua aku belum cukup umur untuk dikenakan tiket. Seperti biasa, aku tengok map, map tidak membantu... tengok papan tanda pun tidak membantu. Jika hendak ke Stesyen Pasar Seni, tidak ada tempat yang beritahu bahawa anda perlu naik LRT ke Masjid Jamek (mana-mana LRT di stesyen PWTC) dan tukar LRT dan ambil LRT ke arah Kelana Jaya. Nasib baik ada satu keluarga (suara macam indon) yang terangkan cara untuk ke Pasar Seni.

Dlm LRT.. Orang Malaysia buat bodoh
tengok budak berdiri
Smile kids :)
Masa LRT sampai, seperti biasa, fenomena biasa penduduk di Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam. Kena berebut dan tidak peduli pada orang yang berkeluarga, ada anak kecil, orang tua dan OKU. Aku bernasib baik apabila berjaya masuk dan dapat tempat duduk untuk anak-anak aku. Aku lihat ramai orang muda yang buat 'bodoh' je dan tidak memberikan tempat pada yang memerlukan. Yang paling baik sekali dapat lihat senario orang muda duduk di tempat yang dikhaskan untuk OKU.

Turun untuk tukar LRT
Sampai Masjid Jamek, aku turun dan cuba cari papan tanda. Malangnya tidak ada. Tanya pada seorang brother, dia memberikan petunjuk. Cari juga lif untuk OKU, orang tua, dan yang bawa bayi, tapi tidak bertemu. Hmmm... teruknya pengangkutan awam di Malaysia.

Terpaksa turun 2 tingkat ke bawah (setelah turun setingkat baru nampak arah untuk ambil LRT ke kelana jaya.. kalau harap map yang dipaparkan, memang tak faham untuk tukar LRT). LRT sampai, dan anak-anak aku terpaksa berdiri melambangkan betapa teruknya mentaliti orang Malaysia. Malah ada yang membawa anak kecil terpaksa berdiri juga. Nasib baik anak aku tengah enjoy sebab lalu terowong.... jadi tak terasa sangat lah.
Dlm LRT ke Pasar Seni .. kena berdiri beb
Sampai Stesyen Pasar Seni, turunlah kami untuk mengambil bas ke shah alam. Satu lagi masalah. Turun je tak ada petunjuk yang jelas untuk mengambil bas ke shah alam. Yang ada board tertera huruf A di beberapa tempat. Cari orang untuk bertanya, jumpalah orang rapidkl, dia cakap cari tempat tunggu bertanda E. Aku cari E sampai pening... tak jumpa. Lepas tu jumpa driver bas dan tanya, dia cakap pergi kat tempat lama. Aku tanya kat mana tempat lama, dia kata jalan terus je.. hmmm... Aku jalan kebelakang dan cari mana E.. lepas tu aku tanya seorang lagi kat mana tempat lama, dia cakap ikut jalan situ dan terus je... baru nampak arah...
Akhirnya... naik bas pula

Kakak melukis, ide memikir
Hampir 200 meter gak berjalan ke tempat perhentian untuk bas ke Shah Alam. Nasib baik ada tempat duduk.. Aku ter touch dua kali (dah le kalau pakai touch n go kena RM3.00 sedangkan yang bayar pakai duit kena RM2.50 je.... masa turun aku touch pun dia deduct lagi... huh.. apesal tak de detection cakap dah bayar dalam bas sama masa naik dan turun tak kena lagi... memang menipulah.. dah le lebih mahal.. patutnya orang guna touch n go ni dapat murah sikit sebab memudahkan...)

Kita orang turun kat PKNS ... terus cari makan.. aku pekena nasi lemak (yang tidak berlemak) beserta sambal sotong di gerai biasa aku sarapan dulu (dah tak sesedap dulu)... anak-anak pekena kuih je.
Anak sapa ni tak reti duduk atas kerusi dalam bas ... hahahaha

Lepas tu pusing-pusing di PKNS. Lihat banner ada tertulis Jualan Kembali Ke Sekolah dengan gambar pakaian sekolah... tapi aku nampak banyak baju perempuan je... huh

Lepas bosan, kita orang pergi ke Plaza Alam Sentral pula. Naik sampai tingkat paling atas.. yang 3 tingkat teratas, nampak kedai yang tutup je. Pergi tengok tempat bowling, nampak penuh (rasanya macam bebudak U terdekat je)... hmm... bosan tak de pape.. Turun dan makan aiskrim bersama-sama. Siap pesan kat anak-anak jangan beritahu mama.. hehehehe kang bisingnya huuuuu... tak tahan beb.

Habis makan, aku tuju ke PKNS semula. Kena ambil teksi ke Seksyen 25 untuk ambil kereta. Alhamdulillah, tak lama tunggu walaupun tak banyak teksi. Heran gak...

Sampai je, terus ambil kereta dan balik.

Inilah pengalaman aku sekeluarga menaiki pengangkutan awam (Komuter, Monorail, LRT, Bas dan Teksi). Keseluruhannya, memang teruk dan pilihan terakhir atau jika tidak ada kenderaan sendiri. Dari ntah apa agensi, ke LPKP, dan sekarang SPAD serta setiap tahun didalam budget negara, ada peruntukan untuk menambahbaik, tapi aku tengok sama sahaja dari aku kali terakhir naik (10 tahun dulu). Tahap perkhidmatan, masa, keselesaan, mesra pengguna, dan sebagainya, masih jauh dari standard. Hanya jadi terbaik masa PM dan menteri buat check sahaja.. cubalah buat spot-check (secara mengejut tanpa maklum terlebih dahulu buat spot-check .. juga tengok keadaan kenderaan terbabit..).. baru dapat tahu keadaan sebenar dan mengapa rakyat malaysia kurang gemar naik pengangkutan awam.

Setakat ini sahaja travelog aku sekeluarga menaiki pengangkutan awam. :) ... moral of the story.. pengangkutan awam di Malaysia masih standard yang sama sejak kali terakhir aku guna (10 tahun dulu).

No comments: