Tapi agak malang kerana aku tak sempat balik awal. Sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. Sampai je anak-anak terus keliling cakap hepi birthday dan beritahu ada hadiah. hmmmm... tapi aku cakap sekejap.. aku nak solat dulu.
Lepas solat, aku ajak anak-anak pergi makan luar. Merata cari kedai makan di BTP dalam keadaan hujan lebat. Akhirnya singgah di hab halal dan makan western je. Hajat dihati nak bawa pergi makan kat McD (seperti selalu bila sambut hari lahir anak) atau ke Pizza hut... tapi masa tak mengizinkan. hmmm...
Di hab halal BTP |
Sabar ye syasya... tunggu kakak minum dulu... |
Lepas je makan, terus balik dan setiap seorang berebut nak bagi hadiah. Hadiah yang tidak seberapa tetapi cukup bernilai kerana usaha mereka yang bersungguh-sungguh menyediakannya untuk aku. Terharu juga dan gembira bila anak-anak berikan aku hadiah. Masih aku simpan dan aku ingat nak buat frame :).
Ni gambar hadiah anak aku...
baju dan cupcake dari kakak |
cupcake dari belakang :) |
baju dan cupcake dari idlan |
cupcake idlan lagi ceria dari belakang.. maklumlah nak jadi chef |
baju dan cupcake dari syasya |
baju dan cup cake dari kakak untuk mama juga... |
kad bday dari kakak |
kad bday dari kakak.. mcm kasik kat boyfriend lak |
hahaha... bagi kad untuk abah tapi ada permintaan lak... |
surat yang buat aku terharu dari kakak... |
No comments:
Post a Comment