Tuesday, December 27, 2011

Cuti-Cuti Malaysia - Satu hari di Zoo Negara (24 Disember 2011)

Hari sabtu baru-baru ini, aku bawa keluarga pergi ke Zoo Negara, KL, setelah sekian lama tertangguh kerana masa yang tidak sesuai serta kurangnya keinginan aku.

Perancangan asal nak pergi ke perpustakaan negara sebab dah lama tak pergi dan lepas tu pergi ke zoo. Tapi terpaksa ubah kerana anak-anak bangun lewat. Hampir-hampir tak jadi sebab hujan sepanjang jalan dari rumah ke KL. Tetapi elok masuk ruang lembah keramat, cuaca ok... maka melencong terus lah aku ke zoo negara.

Nak masuk kena bayar tiket.. RM25 (dewasa) dan RM9 (kanak-kanak)... harga merangkumi keseluruhan zoo negara + taman burung + taman rama-rama.. dan untuk pemegang MyKad dan MyKid sahaja.

Kami tidak menggunakan tramp, sebaliknya berjalan kaki je. Jumpa la member lama kat situ. Haiwan pertama yang kita org jumpa ialah zirafah.. lepas tu bangau (ke burung apa ntah) dan zirafah.

Paling tak best ialah taman burung tak buka. Rasa membazir je bayar. Tapi sebab aku malas nak bising, dan harapnya duit terlebih bayar itu nanti boleh digunakan untuk menambah baik zoo negara yang agak suram kehebatannya berbanding dengan zoo melaka dan taiping night safari (tempat berikut dalam senarai aku).

Yang paling ceria ialah kawasan monyet dan yang paling membosankan ialah kawasan buaya, harimau, dan singa yang semuanya bersantai dan bermalas-malasan. Boring tengok haiwan yang tidur sahaja. Malah aktiviti zoo negara pun tiada sedangkan hari itu ialah hari sabtu dan pelancong yang datang cukup ramai kerana cuti sekolah dan cuti hujung minggu yang lama sehingga parking melimpah keluar.










 Apa yang pasti, pihak zoo negara perlu lakukan sesuatu untuk memastikan zoo negara kembali ceria dan menjadi antara destinasi pelancongan terbaik negara.

Gambar lain di Google atau kat Facebook

No comments: