Thursday, August 6, 2015

Kisah warga India di Malaysia

Bebaru ini kecoh seorang graduan universiti mengenai peluang pekerjaan dan cabaran getir yang terpaksa dilalui di zaman mencabar ini. Ada yang menyokong dan ada yang memerli. Ada juga yang berkongsi cerita. InsyaAllah aku juga akan berkongsi cerita kembara kerjaya aku yang bukan mudah ketika aku menamatkan pengajian ijazah aku di zaman kegawatan ekonomi; tahun 1999.

Ni brother tu di salah sebuah restorannya...
Hari terakhir di Malaysia sebelum pencen
dan balik India..
Namun, untuk catatan blog pada hari ini, aku ingin berkongsi kisah seorang graduan yang bukan dari sini, tetapi dari negara India. Beliau menceritakan, ketika mula datang ke Malaysia, beliau hanyalah seorang graduan kejuruteraan dan bekerja di dalam bahagian tersebut diatas nama 'kontrak'. Gaji yang ditawarkan agak murah. Maklumlah, pekerja dari India dan tiada pengalaman.

Tetapi, dengan kesungguhan dan keinginannya untuk mencari nafkah, beliau telah berada di negara ini hampir 30 tahun. Dan bukan setakat mampu bekerja di syarikat gergasi, beliau juga mempunyai 2 rangkaian restoran mamak yang diusahakannya bersama silent-partner (warganegara Malaysia).

Apa yang ingin saya tekankan disini ialah, lihat pada mereka yang tidak dibantu dan diberi kelebihan. Dengan usaha tanpa kenal putus asa dan penat lelah serta tidak memandang pada jawatan tinggi, mereka berjaya tanpa kira zaman meleset atau tidak.

Bukan itu sahaja, malah, jika kita perhatikan, mat bangla, pakistan, indon.. bukan satu kerja dilakukan.. Ada yang setiap hari minggu keliling kawasan perumahan mencari peluang memotong rumput dengan bayaran antara RM30 - RM75 bergantung pada saiz laman. Ada yang malamnya bekerja di gerai makan. Malah, ada yang mampu buka kedai runcit.

Kesimpulannya... Hendak seribu daya.. tak nak, bermacam dalih...

No comments: