3 bulan lepas, aku sekali lagi pulang ke kampung. Dan seperti biasa, aku singgah di penang jap untuk melepaskan gian yang sekian lama dok 'menghantui' aku.
Bertolak dari rawang dalam pukul 9 pagi selepas breakfast dengan keluarga. Kali ini, aku pecut je... purata dalam 150km/jam.... hehehe gian punya pasal.
Singgah di tapah untuk isi minyak... Berjumpa dengan rakan2 bikers. Ada dua beradik (naik er6n dan f) dalam perjalanan ke Kedah juga... dan sekumpulan er6 dan versys konvoi ke utara juga. Semua tengah isi minyak dan amik nafas :).
Lepas berehat dalam 15 minit, aku sambung meninggalkan mereka berehat lagi. Sampai di Jambatan Pulau Pinang dalam pukul 11.00.
Kali ini aku ikut jalan dalam ke jeti untuk singgah pekena nasi dalca @ ganja (diberi gelaran ganja sebab lepas pekena sekali mesti nak kena lagi.. sebenarnya tak de kena mengena dengan benda haram ganja tu..). Aku sampai kat depan gerai dalam kul 11.20pagi... terus minta nasi dalca dan salah satu lauk kegemaran aku, iaitu kari ayam (selalunya aku amik kambing, tapi kambing dah habis la pulak)... sambal nyok @ kelapa pun dah habih.. kecewa betul... tapi tak pe.. nasi dia ada lagi...
Bersama minuman teh tarik (kelas punya.. tak macam kat KL.. sama ada rasa pahit atau manis sangat atau tak rasa apa pun... Yang ni, rasa teh dan manis yang cukup.. just nice).
Lepas makan, belikan lauk kari ayam dan kari itik untuk mak abah.. aku meneruskan perjalanan ke kampung :)... terubat juga rindu aku kat nasi dalca ni... :)
Pada yang tak pernah rasa.. mai la penang dan rasa.
Nak tahu lebih lanjut pasal Nasi Dalca Kassim Mustafa, boleh tengok kat sini.
No comments:
Post a Comment