Sunday, June 2, 2013

Kembara Dunia Petrosains

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 31 Mei 2013, aku akhirnya dapat merealisasikan impian anak-anak untuk mengunjungi Petrosains di KLCC. Pada yang belum pernah pergi, boleh rujuk peta lokasi di sini.

Dan kebetulan kali ini ada pameran Sultan of Sciences. Maka, aku ambil kesempatan cuti sekolah dan dengan perancangan yang tidak teratur (last minute ambil cuti ... nasib baik bos benarkan) untuk melawat Petrosains.

Mula nak booking online, tapi malangnya tidak wujud. Sesuatu yang amat dikesali didalam era teknologi tanpa batas ini, Petrosains masih ketinggalan dari aplikasikan sistem ticket online. Begitu juga dengan sistem talian suara (telephone) yang gagal sama sekali. Dari pagi sampai ke petang aku talifon. Dapat masuk beberapa kali.. tetapi selepas dimaklumkan bahawa tempahan diterima (sedangkan aku belum buat tempahan), sistem menyambungkan aku pada jurucakap yang sehingga sudah tidak berangkat talifonnya. Hmmmm... Satu lagi masalah ketara Petrosains. Masa disana, bila ditanya, jawapan lazim yang diberi ialah talian agak sibuk. hmmm... sibuk tetapi aku dapat masuk.. cuma tidak dijawap... hmmm...

Apa pun, ia tidak melemahkan semangat aku untuk bawa anak-anak menghayati apa itu sains dan Petrosains.

Menanti depat pintu
Depan Petrosains
Kami sekeluarga gerak seawal jam 7.30pg sebab aku nak tiba sebelum pukul 9.30 pagi (waktu beroperasi) bagi membolehkan aku membeli tiket dengan kadar segera. Sampai kat KLCC dalam pukul 9:00am. Dapat parking baik punya.

Naik je, terus cari tempat nak breakfast. Ala kadar je. Lepas tu terus kita orang pergi ke Petrosains. Menunggu masuk. Dah ada orang menunggu dah. hmmm...

Aku pun menanti gak... awal sangat
Tepat pukul 9.30am, pintu dibuka dan aku meluru masuk untuk beli tiket. Kena dalam RM57 (2 dewasa dan 3 kanak-kanak.. bayi hingga umur 2 tahun tak kira).

Sebelum naik sfera melalui dunia purba
Mulanya kami masuk Petrosains. Bermula dengan naik bebola bulat tu melalui terowong masa katanya (kembali ke dunia purba kata orang tu). Hmm.. sudah le gelap. Apa yang dicakap pun aku tak berapa dengar. Paparan yang dipaparkan pun sekadar boleh la. Tidak mampu untuk menarik perhatian anak aku melainkan kecantikan dan grafik yang cantik sahaja.

Cuba angin taufan peringkat angin kuat
Sampai je kat destinasi (ambil masa lama gak.. sampai bosan aku dan anak-anak). Kami bermula dengan melihat beberapa bahan pameran. Yang menarik ialah merasai angin taufan dalam pintu gelas.

Kemudian aku melihat anak aku buat pelbagai aktiviti. Siap menikmati gegaran gempa bumi lagi tu. Cuma paparannya agak kurang menarik bagi anak aku. Sebab dia orang dah rasa bosan lepas beberapa aktiviti. Hinggalah kita orang sampai ke tempat math magic yang menempatkan sesorang anak muda untuk ajar mengenai sains. Athirah mengambil bahagian dan kali ini, diajar untuk membuat air berkarbonat menggunakan ais kering :).

Tekan aje lah...
Cubaan menangkap bola.. aktiviti yang ok...
Lepas tu, mereka mencuba beberapa acara. Kami tiba disatu bahagian yang agak menarik berbanding sebelumnya. Ada lebih banyak aktiviti. Apa yang aku kesalkan ialah beberapa alat aktiviti seperti membina kereta lumba dari lego sudah hilang. Nak buat satu kereta pun tak cukup. Selain dari itu, aktiviti kali ini di kuasai oleh satu kumpulan yang lihat dari bajunya ialah dari Permata Negara. Tetapi, paling teruk ialah pemuda-pemudi yang mengiringi mereka. Pengiring ini yang sepatutnya menyusun dan memastikan budak-budak ini mengikut giliran dan pergerakan mereka tersusun tetapi mereka pula yang lebih-lebih dalam mencuba pelbagai benda seperti membaling bola (test kelajuan), meluncur ais, dan memandu kereta F1. Tension aku dengan anak-anak. Sudah la sebahagian dari perkakasan sudah rosak. Ditambah pula dengan gelagat bebudak dan pengiring yang tidak teratur. Menjadikan ia satu aktiviti yang aku tidak puas hati dan terasa tidak berbaloi membayar. Aku harap Petrosains lepas ini akan memastikan pameran yang lebih menarik, perkakasan berfungsi dengan baik, serta menghadkan jumlah orang bagi satu-satu masa. Online ticket booking dan cara kawal jumlah orang patut ada dan efisien.

Athirah memerah otak... ha alih cepat tiang tu..
Kami keluar dari Petrosains lepas melalui beberapa aktiviti yang anak aku tak boleh buat sebab tak cukup tinggi (sorang je tak cukup tapi tak kan nak tinggalkan.. jadi tak buat la semuanya). Kami tiba dipintu keluar pada pukul 12tgh.

Korek.. jgn tak korek biji besi tu..
Syasya pun bolehla abah... hehehe
Idlan mencuba.. kakak tumpang sekaki.
Abah nak baring la idlan... 
Soffiya konpius.. eeehhh banyak nya muka aku...
Dinasor yang sambut kita orang dan bagi tau dia antara penyumbang pada terjadinya petroleum.. hahaha
Ntah game apa anak aku try ni pun aku dah tak ingat...
Cuba rasai gegaran gempa bumi... hmmm..
Aktiviti magnet
Aktiviti magnet juga
Kakak cuba membuat air berkarbonat
Inilah hasilnya bila ais kering campur air... eeee sejuknya 
Kakak cuba hasil air yang dia buat dengan brader  sains.
Idlan cuba game maya
Aktiviti bola luncur...
Mari belajar silap mata...
Aktiviti yang budak suka.. tapi berebut dengan anak orang lain yang tak reti ikut giliran... 
Dahaga la abah.. minum jap aaa..
Di atas pentas pameran Sultan of Sciences
Lepas itu, kami terus menerokai pula pameran Sultan of Sciences. Hmmm.. Pamerannya agak menarik tetapi, malangnya agak suram dari segi presentation dan juga daya tarikan. Agak merugikan juga kerana kami terlepas akan satu aktiviti di pameran ini. Sesi berikutnya ialah pukul 4.30 petang. Hmmm...

Lepas je dari situ, semua terus pergi melepak di taman KLCC sementara aku solat Jumaat di Masjid KLCC. Itu merupakan penutup pada kembara keluarga kali ini.
Belajar teori lubang air

Belajar taktik memotong yang mengelirukan
Kesimpulannya... Kembara kali ini agak membosankan kerana anak aku tidak berminat kepada sains yang berkaitan dengan petroleum serta sains secara amnya. Hmm.. lepas ni nak bawa dia orang melawat balai seni pula dan lihat sama ada jiwa mereka lebih kepada seni atau sains :).

Kagum dengan kebijaksanaan saintis ISLAM.. lupa lak aku sapa yang buat ni.
Gambar kenangan...
Tiket masuk :)
Balik dari tu, aku singgah jumpa bro An (tempat aku hantar motor untuk servis) .. tanya pasal harga moto er6-f .. kut la dapat special harga ke.. hmmm hancus.. anak aku lak sibuk dengan moto kecik :)...

Amacam abah... ada berani :)

No comments: