|
Athirah berehat kat hotel |
Setelah hampir berbulan tidak pulang ke kampung, pada cuti sekolah kali ini, aku ambil kesempatan untuk pulang ke kampung menjenguk mak abah di kampung. Selain itu, aku ambil kesempatan kerana projek yang dilaksanakan baru sahaja melangkah ke bahagian terakhir.
|
Makan kuih raya pemberian ibu (pengasuh) di hotel |
Hari pertama kami bertolak seawal jamp 7.30 pagi dan tiba di rumah mak abah pada pukul 12.30 tgh. Alhamdulillah, ketibaan kami disambut dengan mak yang baru selesai mandi dan abah yang baru selesai memasak. OK.. terus makan tengahari bersama keluarga. Kami berehat dan bersembang. Tepat jam 3 petang, kami sekeluarga beransur ke hotel El-Zahraa In (milik HPA) yang terletak di tengah bandar sungai petani. Hotel ini amat sesuai pada yang ingin bermalam dalam keadaan selesa dan budget yang sederhana. Cuma masalah parking dan ketiadaan sarapan sahaja yang mungkin menjejaskan sedikit tetapi cukup sempurna bagi keluarga aku.
Esoknya, dalam pukul 10 pagi aku ke rumah mak abah lagi. Abah baru selesai memasak makan tengahari ketika aku tiba. Seperti dirancang, dalam pukul 11.30, aku bersama isteri dan anak-anak aku (kecuali athirah yang tak mahu masuk hutan) dan abah dan seorang pekerja balak indon bertolak ke dusun milik abah aku. Musim buah lah katakan. Durian tak berapa menjadi tapi rambutan dan manggis cukup banyak. Rambai dan langsat juga masih belum masak.
|
ada daun kat atas manggis (di panggil pucuk stong) sesuai untuk ubat kencing manis (kata abah aku) |
|
Abah tengah membuang daun yang dah tua |
|
Abah @ tok wan memetik rambutan sambil diperhatikan anak lelaki aku |
|
Idlan, isteri, dan syasya dalam dusun tengah kutip manggis |
|
Hasil kutipan pada hari itu |
|
Rambutan seguni |
Apa lagi, mengait dan mengutiplah kerjanya. Hasilnya, 2 guni manggis, 1 guni rambutan, dan 4 tandan pisang diturunkan. Hmm... sebahagiannya aku bawa pulang dan berikan pada jiran.
|
Manggis untuk dimakan dan dijual |
|
Kolam renang kat Swiss-In Sungai Petani |
Lepas tengahari, aku check-in kat swiss-in sungai petani. Hotel yang selalu menjadi pilihan keluarga ku untuk bermalam kerana harga yang ditawarkan berbaloi selain dari pandangan yang ok (mengadap kolam renang) dan sarapan yang memang sedaplah. Makan malam dia pun ok.
Esoknya, aku pergi ke rumah mak abah... lepak sekejap.. lepas tu solat jumaat. Dalam pukul tiga, aku bawa anak-anak ke Sunway Carnival Mall, tempat abang aku bekerja. Kami tengok Madagaskar 3... Anak aku enjoy sampai salah sorang terkentut dan terbuang air besar (nasib baik sikit je) kerana tergelak tengok aksi binatang. Lepas itu kita orang makan malam kat situ juga. Dalam pukul 8.30 mlm, aku balik ke hotel.
|
Kolam renang kanak-kanak ada gelonsor lagi tu.. |
ari sabtu, sebelum pulang, aku singgah rumah mak abah... dok kejap dan makan tengahari bersama. Lepas sembang, dalam pukul 2ptg, aku bertolak balik. Dan Alhamdulillah, abah aku masih ada barannya tetapi sudah berkurangan sedikit. Kena control bila balik bercakap... :) Mak aku pula seperti biasa, penuh bersemangat walaupun hakikatnya kurang sihat.
|
Dari dalam bilik (lepas ni kena amik 2 bilik la) |
Moga aku masih berkesempatan untuk bersama mereka hingga anak aku membesar dan kahwin :)
No comments:
Post a Comment