27th November 2010 - Hari lelaki bagi diriku dan juga anak lelaki aku. Hari itu (sabtu) aku habiskan satu hari (dari pagi hingga ke petang) bersama-sama dengan satu-satunya (ketika ini) anak lelaki aku (anak nombor 2). Aku ingat satu ceramah mengenai anak lelaki oleh seorang ustaz dan permasalahan membabitkan remaja lelaki ketika ini. Intipati ceramah itu (melalui radio) mengatakan kebanyakkan remaja lelaki yang terlibat dengan gejala tidak sihat seperti hisap rokok, ganja, lumba haram, dan sebagainya ini bukan kerana tiada ibu-bapa yang mendidik, tetapi mereka ini membesar tanpa role-model yang betul. Kesalahan utama ialah si bapa terlampau sibuk dan melepaskan tanggungjawap mendidik sepenuhnya pada ibu. Apabila remaja tadi membesar dan berkawan, dia mencari identiti yang menggambarkan kelakian sebenar dan tertanya-tanya bagaimanakah rupa lelaki sebenar. Ini yang menyebabkan mereka ini mengikut siapa sahaja role-model yang lebih rapat dengan mereka seperti rakan-taulan. Maka, oleh itu, sibapa perlulah lebih kerap berbicara dengan anak lelakinya bagi menonjolkan role-model seorang lelaki yang baik, beriman, tidak rosak akhlak.
Oleh kerana itu, aku ambil masa satu hari itu untuk berdamping bersama dengan anak lelaki aku dan akan aku jadikannya sebagai aktiviti mingguan. Dan aktiviti pertama kami bersama ialah jalan-jalan di MAHA 2010 :)
No comments:
Post a Comment