Dalam seminggu ni agak susah hati dibuat nya... manakan tidak... Anak kedua demam.. Panas dah surut... tapi batuknya menjadi-jadi... kesian pula.. tapi terpaksa tinggalkan juga kerana nak mencari rezeki untuk mereka. Diri sendiri pula sudah tidak bermaya... sabtu lepas main futsal hingga hilang suara... tapi alhamdulillah berbaloi juga... Layak ke final...
Paper untuk symposium belum sempurna... pening juga nak buat. Maklumlah, tak pernah buat paper... mujurlah ada rakan-rakan membantu...
Isteri pula hilang suara mengajar bebudak UiTM. Agak malang juga bila tengok bebudak U sekarang ni. Terlalu kejar 'A' hingga lupa pada konsep belajar sebenar. Lebih banyak menghafal dari memahami apa yang dihafal. Masih terbawa-bawa stail belajar di Sekolah. Dan paling sedih, masih tak sedar kelemahan diri serta tidak mahu berubah.
Minggu ni harapnya bertambah ok lah... walaupun pening juga bila ingat kereta dan motosikal tak servis lagi... itu mau dekat 2K tu... aduuhhhhh.... sabar je lah... dugaan
No comments:
Post a Comment